Saturday, June 19, 2010

Freemantle- petang

Adik-adik ipar membawa mama round-round Freemantle dan memberitahu tempat-tempat yang menarik di situ dan tempat-tempat best shopping. Berkesempatan juga mama ke tepi laut makan fish n chips di Kailis (rasanya Pak Itam ..blogger yang mama selalu ikuti..pernah ada N3 tentang kawasan ni dulu N3 1997). Mereka juga membawa mama ke tempat kerja mereka memandangkan hari tu mereka bekerja .Mama juga sempat melihat sekolah tempat anak-anak mereka belajar. hebat dan menyeronokkan... di tambah pula anakanda Azam akan bercerita tentang sekolahnya. dalam Bahasa Inggeris Australia
" This is standard5, over there is standard3 and over there is my class..we line up here..every day.. and ..
petah ramah bercerita. Azam faham Bahasa Melayu tapi tak dapat bercakap dengan baik. Bahasa Inggeris adalah bahasa harian mereka. Hanya mengharapkan ibu dan bapa sahaja berbahasa Melayu kerana sejak kecil itulah persekitaran mereka. 18 tahun telah mereka di sini. Mereka 5 beradik pun bercakap begitu antara mereka......... (Mom, Where is the beras? Beras ja bahasa Melayu..Alahai
masa emaknya menyuruh abang yang besar tu Azman memasak nasi....
Di rumah mereka, mama melihat kejiranan juga terlalu aman damai. Cuma agak sunyi. Musim sejuk agaknya. Mat salleh berkurung dalam rumah. Rumah-rumah di sini begitu lengkap. Kawasan yang bersih dan berperaturan.
Azam sedang sibuk berlari dan menunjukkan kelasnya. Penat juga mama mengikutinya. Sehinggakan seekor burung yang bertenggek kat pagar sekolah pun diceritakan pada mama. Disebutnya nama burung dan habitat burung..Mereka diberi informasi yang banyak oleh sekolah. Latihan lisan yang cemerlang buat pelajar sekolah rendah.
Buah Lemon yang ada kat belakang rumah mereka. Mama ada bawa balik ke Malaysia 10 biji. nak buat jeruk.

Depa bawa mama ke shopping complex. Tak berani nak beli barang kat sini..apabila diconvert kedalam RM..mahal-mahal sangat. tapi adalah juga mereka belikan satu dua blouse untuk mama..buah tangan Perth
Kawasan kejiranan..tenteram, bersih

persekitaran

kawasan sekolah (mama tak dapat paparkan bilik darjah dan pelajar kerana guru besar yang mama jumpa kat situ kata kat mama' dont take student's picture)



market sayur.

fish n chips




masa ni mama sedang tunggu adik ipar datang ambil.
mama tidak berlama di rumah mereka kerana malamnya ada jemputan makan malam di rumah seorang pelajar daerah mama yang sedang belajar kat situ. Kumpulan mama berhimpun malamnya kat situ. Adik ipar mama hantar sampai kat rumah mereka yang juga di Freemantle. Rupa-rupanya adik ipar mama kenal dengan pelajar-pelajar di sini. maklumlah orang Melayu..pastinya ..di perantauan.
Terima kasih buat Nor dan Jamil (melayani mama di sana, walau kesibukan bertugas, mama datang tak kena masa) dan terima kasih Nor Yusnani kerana menjamu nasi ayam malam tu..sedap...dan menghantar kumpulan kami pulang ke Aarons Perth malam tu.
Yang membekas jiwa dengan rasa indah dan kasih..Azam the boy ..yang sungguh-sungguh welcoming.

21 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    mereka betul2 mengikut sunah
    menjaga kebersihan
    pemimpinnya memberi kemudahan asasi kpd rakyatnya
    Subhanallah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. W/salam Rozali,
    Betul tu...bersih sungguh kawasan sekitar. Mama pun kalau dapat migrate kesana kan best nak juga he he he.
    tak puas menghidu nyaman, segar persekitaran di sana.

    ReplyDelete
  3. Salam mama Nadz,

    bukan sahaja persekitaran yang bersih, bilik air (tandaz awam) nya juga sangat bersih. Kering bak kata orang boleh buat bilik tidor.

    Semoga penduduk Malaysia juga akan mempraktikkan kebersihan yang sebegitu.

    ReplyDelete
  4. w/salam AZ,
    Betul. sangat bersih..cuma tak ada paip seperti kebiasaan kita dalam tandas.

    Semuga kita akan dapat rasa begitu juga di Malaysia suatu hari nanti..Insyaallah..dapat disemai civic minded.

    ReplyDelete
  5. cantik , nyaman dan bersih suasana - best betul melihatnya...omputih ni memang mengamalkan kebersihan ni mengalahkan kita ni!

    ReplyDelete
  6. w/salam cikgu Sonata,
    yerla..Lagi satu..pemandu kereta disiplin sungguh. Bas pun dipandu pelahan-lahan jer. Tak jumpa motosikal pula kat sana...

    ReplyDelete
  7. Salam mama nadz

    Rasa2 seronok ker kalau kita pindah sana??? hee..hee...

    Agak2 kenapa mereka suka cari rezeki kat sana yer???

    Wslm

    ReplyDelete
  8. w/salam kak su,
    tak tahulah..kena tanya yang dah mnigrate ke sana. Keadaan yang damai dan tenteram salah satu sebabnya.

    ReplyDelete
  9. seronok membaca perjelajahan Nadz. Tolong ambik banyak lagi gambar!

    ReplyDelete
  10. W/salam Uncle,
    mama ambil banyak gambar tapi hendakkah pengunjung tengok banyak2. Semua gambar ikut citarasa mama yang kadang2 ikut naluri mama..segala2 yang terlihat dan terlintas..
    terima kasih kerana mengunjungi blog mama.

    ReplyDelete
  11. Asklm cikgu


    Seronoknya cikgu jalan-jalan. Kami tumpang seronok juga dapat baca dan tgk gambar2 tu.OK kami menanti N3 lain pulak. Selamat mengajar!

    ReplyDelete
  12. w/salam mama ju,
    terima kasih ziarah N3 mama. Musim cuti dah habis..waktu kerja ni..agak sibuk..insyaallah akan di update blog ni.
    w/salam

    ReplyDelete
  13. salam silaturrahim nadz...

    terima kasih sdi sgh ziarah ke blog ina srnk sgh sni rasa mcm pergi melancong sama..

    ReplyDelete
  14. salam mama...

    apa khabar..
    sihat?

    moga ceriaaaa..

    ReplyDelete
  15. w/salam azlina,
    terima kasih sudi singgah sini..singgah-singahlah selalu dan ukhwah berpanjangan..

    ReplyDelete
  16. w/salam cik amy,
    Mama sihat, cuma busy lah..kan musim kerja sekarang..
    ada orang tu..cuti sekolah diam jer..cik amy bercuti ke mana?

    ReplyDelete
  17. :) Alhamdulillah,
    jauh perjalanan luas pemandangan,

    ReplyDelete
  18. terima kasih namoyaki

    ..betul..jauh perjalanan luas pengalaman..banyak sangat.

    ReplyDelete
  19. salam mama nadz

    fremantle mengamit kenangan semasa kami ke sana berdua-duaan sambil menikmati fish n chips di kailis

    rasa tenang, damai je

    ReplyDelete
  20. w/salam Pak itam,

    Itulah..mama pernah baca kat blog Pak Itam dulu..
    Bila mama tengok ada burung bertenggek kat meja dan kayu-kayu situ..mama teringat bahawa Pak Itam pernah zoom burung-burung yang cannot be feed..
    Terima kasih .

    ReplyDelete
  21. Salam.sesiapa nak ke perth,australia?. Cuba visit www.mahiraholidayhomes.com Holiday homes kepunyaan org islam malaysia.mereka ada car rental. Boleh call 0123360098 Saya da try 2x. Memang servis terbaikkk dan penginapan yg sgt selesa dan bersih. harga memang berbaloi.mereka ada fullboard muslim pakej juga.

    ReplyDelete