Thursday, July 1, 2010

Perjalanan Pagi

Lebuhraya dan jalan-jalan kampung..berkongsi langit yang serupa indahnya..
warna warna bagai dipungut dari palette dan disapu selesa ke muka kanvas.

Satu pagi mama bertolak dari rumah di daerah ini ke tempat kerja di utara sana. Awal pagi itu mama dapat melihat keindahan langit. Mama sempat merakam situasi itu. Sambil memandu perlahan mama click-click mana yang sempat. Camera biasa-biasa saja dan walau gambar tak jelas mama paparkan juga, mama suka melihat bentuk awan pagi ini..bagai teknik impasto dalam catan.




sesekali macam karya Van Gogh dalam Starry Night..




Berulang saban minggu ..melalui daerah dan kawasan yang sama .melihat dan menikmati pusingan masa ...tapi mama tidak pernah jemu kerana alam sekeliling kita amat indah dikurnia Allah.
(Banyak sangat pula gambar-gambar yang berbaris dalam koleksi.. semuanya teringat untuk diabadikan ke atas kanvas..tapi mama sekarang sibuk sangat anak-anakku. Insyaallah pada cuti hujung tahun anak-anak mama akan pulang ke rumah ..semuga mama diberi kesempatan melukis dan mengecat keindahan yang telah dirakam dan dipinjam)



9 comments:

  1. salam

    wah dan berjangkit dengan az click2 semasa memandu yer. Bahaya tuh.

    ReplyDelete
  2. w/salam Ayahanda,
    Sesungguhnya kurniaan keindahan Allah itu maha hebat.
    Diberi percuma kepada kita dengan anugerah mata yang berharga ini.
    terima kasih kerana ziarah N3 anakanda.

    ReplyDelete
  3. w/salam AZ,

    Jealous sangat tengok orang lain begitu cekap click2 semasa memandu...lalu mama nadz cubalah
    gambar tak jelas kerana bukan mahir.
    Mama nadz perlahankan kereta bila nak click2..

    ReplyDelete
  4. nadz, cantik pemandangan itu, kebetulan memang hobi saya juga ambik gambar matahari terbenam dan fajar

    ReplyDelete
  5. w/salam Kamato,
    terima kasih. Sebenarnya orang yang mahir gambarnya bagus, mama nadz click biasa-biasa ja..hanya merakam waktu dan suasana.
    terima kasih kerana sudi ziarah.

    ReplyDelete
  6. salam mama

    mama suka melukis ya

    nanti saya emailkan sekeping gambar di lake neverone yg sangat cantik dan indah pada saya ke email mama.

    tapi fail asalnya besar sikit , masa ambik guna RAW dalam 18 mb, tapi saya akan convert ke JPEG DLM 7-8 MB sahaja

    boleh mama terjemahkan kembali lukisan itu di atas kanvas nanti

    ReplyDelete
  7. w/salam Pak Itam,
    Terima kasih banyak-banyak. Sukanya hati mama ni..
    InsyaALLAH ..mama akan hasilkan sebuah catan..
    Mama memang suka melukis..dan mengajar subject Seni visual untuk Tingkatan 6.
    Lake neverone itu memang fascinating .tak sabar-sabar nak lukis ni..
    Terima kasih .

    ReplyDelete
  8. Hi, our blogs are linked. happy blogging.

    ReplyDelete
  9. Dear Tai Lim,
    Thank you. Happy blogging to you too

    ReplyDelete