Friday, July 23, 2010

menitip warna laman

Minggu lepas Fariq balik bercuti dan kami menemaninya ke Padang Besar. fariq ingin membeli jersey. Selalunya begitu, jika balik dan pasti ke Padang besar kerana ramai kawan setempat kerja akan mengirim pesan hendakkan baju jersey..demam bola sentiasa. Anak-anak muda belia. Macam-macam nombor dan negara pilihan. Mama sekeluarga makan tengahari di gerai yang ada ditepi aked di situ. Puteri yang berbadan dua itu ingin sangat ice kacang macam ni...
Kami ketawa walau terasa amat sedih tentang bahasa/ejaan yang diguna ke atas papan iklan gerai itu. Terlalu banyak ejaan yang disalah eja. Sama-samalah kita lihat..kenapa terjadi demikian. Bagi mama sepatutnya ada satu badan kerajaan buat pemantauan terhadap kesalahan yang ketara seperti ini..terlalu banyak ejaan dan bahasa yang terpapar di papan peraga dan iklan untuk tontonan umum di serata bumi Malaysia ini. Macam manalah perasaan guru dan pejuang bahasa disana. Papan peraga ini adalah untuk orang ramai maka tersebarlah kesalahan itu serata-rata.

Pulut kukus, santan dan durian serta garam. Semangkuk ini harganya lima ringgit. Sedap durian kampung macam ni.
Dari tempat kerja mama ke Padang besar merentasi ladang tebu dan ladang getah. Jalan yang selesa untuk kereta dan tidak untuk berjalan kaki..panas tiada teduhan.


Mama tak beli apa-apa di Padang Besar. Dah selalu sangat ke sini. Hanya Fariq saja yang memborong jersey kesukaan. Fariq ada juga membelikan jersey terbaru buat abangnya. Tersentuh hati mama kerana ingatan buat abangnya tetap ada walau hanya sehelai jersey dan Abangnya Adi sekiranya pulang bercuti begitu juga segala macam akan dibeli buat adik-adiknya. Telah lama mereka tidak berjumpa kerana waktu cuti kerja yang berbeza. Mama amat menunggu ketibaan hari raya kerana anak-anak mama akan pulang dan akan berjumpa kesemuanya. Rindu jua buat anak-anak mama di sana.
Pagi ini mama di rumah, di kaki Gunung Jerai, melihat laman rumah yang ditinggal setiap minggu. Bertanya kabar pokok-pokok bunga yang kelihatan merajuk..
Bakawali

Pagi ini ros ini berkembang banyak. Bunga kesukaan puteri mama. Bertahun-tahun tumbuh disekeling rumah, berpasu-pasu. Ros yang berkembang agak besar.

Bunga yang telah ditanam bertahun-tahun dahulu, masih setia hidup dan sering berbunga walau dalam keadaan sibuk puannya. Ada kuning ,ada merah dan pagi ini hanya yang merah yang menceriakan laman rumah.

Yang paling ramah berbunga..Alamanda yang sangat istimewa. Kejadian tuhanitu pelbagai dan indah. Warna dan bentuknya macam bunga plastik. Ros lagi..

Mama tak dapat kesan nama bunga ini . mama suka melihat nya. Mama biarkan pokoknya melilit dipagar kayu. Rajin berbunga dan menghiasai pagar rumah. Pokok ini sebenarnya menumpang di dahan pokok yang besar-besar..tapi mama tanam didalam pasu ..hidup pun.

Pagi ini bunga bakawali masih kembang lagi. Sepatutnya mama click gambarnya semalam. Bakawali kembang waktu malam saja. Tak sempatlah mama tahan airnya. Mama seringkali menadah air kembangnya buat dititik ke dalam mata.




Limau kasturi di sudut laman dapur pun ramah buahnya. Berbetulan pula hari ni mama nak masak laksa Sarawak. Puteri mama yang berbadan dua itu teringin sangat nak makan Laksa Sarawak. Seorang kawan Adi di Kucing telah mengirim bumbu Laksa Sarawak maka hari ni mama akan masak untuk puteri dan keluarga. Kalau sempat mama akan upload gambar Laksa Sarawak. Selamat bercuti buat semua.





















11 comments:

  1. salam mama ...

    pulut deriyan serta air garam memang makanan kita org utara , terkenang suatu masa dulu...

    mama, bila ummi balik Kampong raya nanti , leh ler ummi singgah kat g.jerai tu yer ,tp mama bg ler alamatnya..... teringin nk jumpa mama...

    ReplyDelete
  2. Salam mama nadz

    Alhamdulillah geram tenguk bunga2 tu...

    Kalau lah ada tanah bestkan...

    Bakal nak dapat cucu ke??? Lagi seronok...

    Wslm

    ReplyDelete
  3. w/salam ummi,

    Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. w/salam kak su,

    Insyallah ..bulan 10 nanti ..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama Nadz

    lama dah tak makan pulut durian

    masa budak2 dulu
    macam2 aksi semasa menggaul dgn tangan pulut durian tu
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Mama Nadz.
    Aik, mama duduk kat mana? 2 hari lepas baru saya balik langkawi dari bukit merah dan sempat tengok gunung jerai dari jauh!

    ReplyDelete
  7. salam mama nadz

    pulut durian heheheheheh

    mengamit kenangan dulu semasa arwah ayah masih hidup , kami masa2 tu kekecik lps durian gugur kat belakang rumah, apa lagi makan dgn arwah ayah

    pandai pokok2 bunga tu jaga diri berbunga walaupun selalu ditinggalkan hehehe

    ReplyDelete
  8. w/salam Rozali,
    Pulut Durian memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan ramai-ramai kat dusunnya dan bersila kat atas dangau durian..nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
  9. w/salam uncle,
    itulah dah lalu tepi Gunung Jerai tak singgah,
    rumah mama kat tepi gunung dan laut. sebuah pekan kecil..

    ReplyDelete
  10. w/salam rezeki (Pak Itam),

    seronok kalau diingati..Zaman kecik-kecik semuanya kenangan indah..berebut makan durian..

    yerlah Pak Itam, pokok-pokok bunga pandai juga jaga diri sebab hujan membantu membasahi bumi..
    Terima kasih kerana ziarah mama nadz.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum puan..

    Bunga yang puan tak tau nama tu Hoya sp. Itu aja yang saya tahu...

    ReplyDelete