Beberapa orang pelajar sekolah pengsan dan meracau..histeria (term yang kena guna)
1. hari mula terjadi kat asrama..2 orang pelajar pengsan dan meracau macam-macam
2. keesokannya 5 orang pula terjadi serupa semasa kat kelas..serupa juga
3 . hari seterusnya..semasa malis anugerah kualiti..2 pelajar pula dipapah keluar dewan..semacam saja..pengsan dan meracau.
Ustaz , ustazah serta guru-guru semua bekerjasama memperbaiki keadaan.
Terkadangnya mama terasa seram apabila staff yang telah lama berkhidmat di sekolah ini menceritakan keadaan kawasan ini dahulu.
Terdapat 2 orang guru di sekolah ini juga yang sering pengsan-pengsan..
Mama sebenarnya kuat semangat kerana pengalaman -pengalaman yang pernah dilalui dahulu.
Mama baru setahun di sini dan mama tak sangka pula akan terjadi histeria macam tu.
yang ingin mama nyatakan di sini entah kenapa, sejak mama tengok pelajar -pelajar ini pengsan, badan mama terasa lain macam. Mama ada memegang mereka dan membaca ayat kursi kerana pernah ada seorang ustaz memberi panduan apabila ada pelajar pengsan dan apa-apa yang perlu dilakukan.
Selepas kelmarin, mama dah tak dapat tidur..berjaga sepanjang malam, badan sering berpeluh dan pening.
mama beritahu rakan sebelah meja, kalau mama pengsan, tolong hubungi so n so. Mama takut pula diserang histeria..
Ya Allah lindungilah mama
Mama balik ke rumah di daerah sini, mama masih lemah dan banyak membaca quran..
masih teringat..Amat seram apabila pelajar menjerit dan meronta-ronta ketakutan kerana nampak lembaga tak ada kepala ..nampak itu dan ini
mungkin sahabat blogger mama ada petua-petua atau panduan untuk menghadapi masalah seperti ini...terutama buat mama kerana mama perlu sihat untuk bekerja.
salam mama..
ReplyDeleterupa2 nya mama hampir2 dgn kampung ummi ...
sekolah mana tu mama .. jgn 2 sekolah adik2 ummi tak...?
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeletesekolah anak saya pun pernah berlaku macam tu
Wassalam
Salam Mama,
ReplyDeleteSaya sarankan amal baca Yassin setiap sehari sekurang2nya 1X lepas solat. Lebih baik lagi jika dpt dihafaz. Yasin dikatakan sebagai hati al-quran, jadi sebaiknya ayat itu sentiasa di hati kita...Insya-Allah, dihindari dr segala bahaya. Amalan2 lain pun perlu juga.
Salam mama Nadz
ReplyDeleteSubhanallah...ujian dari Allah kan. Akak tak da cara utk mengatasinya, cuma hari tuu anak akak pun terkena, alhamdulillah HEP suruh bawa balik kami usahakan dgn izin Allah anak akak pulih.
Moga nadz tabah ya menghadapinya.
Wslm
W/salam Ummi,
ReplyDeleteAdik-adik Ummi sekolah kat mana? Rasanya bukan kot sebab sekolah mama jauh dari situ.
Semuga ukhwah kita berpanjangan.
w/salam Rozali,
ReplyDeleteItulah , banyak dah perkara ini terjadi. yang heran tu..pelajar perempuan saja yang ditimpa masalah ni..guru perempuan pun.
W/salam Ina,
ReplyDeleteTerima kasih atas panduan..Insyaallah..itulah yang diamalkan selalu
w/salam kak su,
ReplyDeleteTerima kasih. Mama nadz pun dah sihat sikit.
Perubatan Islam.
Harapnya tak berulang.
Hi. Why such things happens and so frequent. Maybe it's in the mind. be strong & take care, A friend from Pdg Serai.
ReplyDeleteAssalamualaikum, Nadz.
ReplyDeleteSaya membalas kunjungan.
Moga u sekeluarga sentiasa dlm rahmat Ilahi, insyaAllah.
Tai Lim: thanks you for visiting.
ReplyDeleteZai: Insyallah. Terima kasih atas kunjungan.