Saturday, July 3, 2010

Perth - Sepanjang Jalan Kenangan

Mama telah membeli arang/charcoal di sebuah Kedai di pusat membeli belah di Freemantle. kat tanah air ni pun ada tapi ada beberapa kedai alatulis yang mama pergi kat Alor Star, mama tak jumpa, lalu kesempatan ke Perth mama jenguk juga kedai work n crafts kat sini. dapatlah membelinya..sebab pelajar mama belum pernah merasai melakar/melukis dengan arang ni...
agak mahal lah kalau di convert ngan RM!!
Lepas ni akan berkarya lah budak-budak tu..mama juga...akan berexperimentasi dengan arang.. gambar bawah ni masa kat Changi ..click2 kereta yang di pamerkan..
Hari sebelum balik, mama round-round Perth jalan kaki, bershopping sikit-sikit, hari ni lah baru nampak ramai manusia kat jalan dan kedai.

nak ke Harbour Town... kalau signboard macam ni agak-agaknya kat Malaysia, ada ke yang akan pusing ke kiri...


Perihatin tentang kebersihan sehingga begini..plastik untuk ***-- pun disediakan. Agaknya kalau kat negara kita, mampukah kita melayani kerenah masyarakat. Taklah kita terpijak masa berjalan kat taman-taman..
Ingin berbaque..di sini tempatnya disediakan..kemudahan yang bagus dan pengunjung hanya perlu lapik dengan almunium foil..mudahkan..tak perlu unggun api..nak cari kayu lagi/arang tak perlu bawa..mudah

kawasan nyaman dan santai

senang lanskap macam ni, nak lukis perpektif mudah...tak ada figura..manalah orang-orang Freemantle ni..
Mama juga sempat Swan River Cruise


Bersih dan lengang
Jangan bimbang, kat Malaysia pun banyak bunga macam ni..kat taman rumah mama pun dah banyak species yang mama dah tanam

sejarah Perth di sini







Breakfast yang tak dapat dihabiskan..teringat nak makan nasi lemak waktu-waktu macam ni.




Dari tingkap Hotel Aarons waktu pagi


Koala bear ni masih lena..sememangnya species ni separuh hidup hanya untuk tidur...
warna bas ni sangat bagus..senang..memudahkan visual.
Ulang tayang..saat-saat yang sungguh diingati mama...



Mama pun sempat tengok World Cup

dari atas tren di Changi

Sebenarnya apabila kita ke tempat orang banyak perkara kita dapat kutip buat kita jadikan panduan dan idea. banyak sangat pengalaman itu di sana terutama tentang sikap masyarakat mengambil berat nilai kebersihan, sabar dan tepati masa.
Harapnya mama akan dapat berkunjung ke Perth lagi, adik-adik ipar sentiasa mengharapkan mama pergi lagi dengan putera-puteri.. dan sering mempelawa puteri mama ke sana untuk bekerja di premis mereka...akan difikirkan kerana :
Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang... akan pergi juga tapi bukan dalam masa terdekat.

21 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    pemimpin kita selalu keluar negara
    mereka tak ambil iktibar ke tentang kemasyarakatan seperti mama tunjukan dlm n3 ni

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam Rozali,

    Pemimpin naik kereta hebat -hebat mana nak perasan semua ni....cermin keta gelap mana nak nampak ada sampah ke tidak.
    Mama rakyat malhein ni..suka jalan kaki lalu banyaklah yang boleh ditengok...Hanya bila balik nak cuba semaikan nilai kebersihan dan sabar pada pelajar.insyaallah.

    ReplyDelete
  3. bila ke o/c kita memang boleh buat teladan macam2...boleh buat kat sini...kdg2 tu faham2 aje le...byk kerenahnya jugak!

    ReplyDelete
  4. salam cikgu Sonata,
    kerenah dari pelbagai sudut.
    tapi..rasanya apa pun kerenahnya..bab kebersihan perlu diletak sebagai sasaran utama..sangat-sangat perlu

    ReplyDelete
  5. salam
    seronoknya bercuti,jalan2,shopping2...

    ReplyDelete
  6. salam mama...

    bestnye nengok mama gi sana..
    teringin sangat nak gi sana tapi tak tahulah bila gamaknya....sure bestkan?hehe

    ReplyDelete
  7. HEBATLAH MAMA KITA NIH !!

    ReplyDelete
  8. Kamsiah: berjalan tengok tempat orang..begitulah..salam ziarah ..terima kasih.
    cik amy: lambat laun dapat pergi juga..sabar-sabarlah..cik amy muda lagi..kangaroo sekor tu tak nak ke..(key chain)

    ReplyDelete
  9. salam ziarah Raduan, mama bukan hebat..mama cuba memperhebatkan masa tua..kerana masa muda dulu-dulu tak ada benda camni..

    ReplyDelete
  10. salam mama

    cantik n segar negeri orang ni

    ReplyDelete
  11. w/salam AZ,

    cuaca sejuk masa ni..jadi kita yang berada di sana pun rasa selesa..

    ReplyDelete
  12. salam mama

    alhamdulillhh, masa kali pertama kali sampai ke Perth 2001 , kebetulan tragedi 11 Sept 2001 di US.

    Itulah pertama kali kami ke luar negara, masa tu kami muda juga dalam lingkungan 33-34 tahun, kumpul sedikit duit dr hasil perniagaan kedai minuman dan selepas itu minat kami utk kembara ke negara luar mengutip pengalaman dr setiap kembara terus mekar hingga ke hari ini

    tahun 2007 , kami sekali lagi ke sana , bukan apa . mengubat hati yg lara krn masa tu hajat kami nak ke Makkah menunaikan haji nampak tak kesampaian, namun balik dr perth , panggilan tel. dr ibu pejabat LUTH di KL menyambut kepulangan kami dr perth

    Harbour Town 2001 takde lagi, tapi 2007 kami duk lepak dan relax kat Harbour Town utk makan kebab hehehe

    rasa nak pegi kami pegi psl CAT bus percuma yg disediakan di sana memudahkan

    mmg perth sebuah bandar yang amat menyenangkan, tak sibuk, pukul 5-6 pm dah lenggang

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Pak itam,

    mama telah membaca kesemua kembara Pak itam apabila mama mula berblogging. mama membaca bagaimana Pak Itam dan famili telah merantau ke merata tempat dan memaparnya diN3. rezeki Pak Itam Allah beri amat hebat..alhamdulillah.
    Mama jua , di usia sebegini ingin berjalan-jalan keluar negara membuka minda.tapi itulah..rezeki seorang guru berapalah sangat..walau bagaimana pun ianya bukan penghalang..insyaallah.
    Adik-adik di perth dah banyak kali mempelawa ke sana jadi mama cuba juga merealisasikannya. mereka dah jadi pemastautin,insyaallah mama akan ke sana lagi kerana mama ingin melawat ke beberapa bandar di Australia.
    Terima kasih kerana ziarah mama.

    ReplyDelete
  14. w/salam penjejak maya,
    terima kasih kerana sudi ziarah.
    Kunjungilah selalu untuk bertukar cerita..

    ReplyDelete
  15. Salam mama nadz,

    Pasal kebersihan nie, tengok mana2 negara Eropah dan jugak Jepun, mmg malu kita dibuatnya. Kebersihan nie t/jwb semua, bukan setakat pemimpin aje. Cukup sedih bila balik Kelantan (kg saya tu) negeri yg paling kotor saya rasa.

    ReplyDelete
  16. w/salam Ina,
    Terima kasih sudi singgah.

    Bukan Kelantan saja..banyak lagi tempat yang kotor..
    Sebenarnya bukan salah kerajaan atau pemimpin sangat...semua ni kerana kurangnya civic minded di kalangan rakyat..
    Tak tahulah macamna nak semai sikap sayangkan persekitaran ni...
    Bila kita pergi ke tempat yang istimewa bersihnya...kita kagum dan insyallah kita nak buat macam tu..

    ReplyDelete
  17. Salam mama nadz

    Seronoknya berjalan2kan.

    Alhamdulillah dah ada rezeki nii , kita merantaulahkan untuk membuka minda kita lagi kan...

    wslm

    ReplyDelete
  18. w/salam Ina,
    betul tu,,kebersihan tanggung jawab semua..bukan semua terletak kat atas pemimpin...itu ttg jawab semua rakyat..perlu ada civic minded..

    ReplyDelete
  19. w/salam Kak Su,
    mama pun panggil kak su,

    Rezeki itu Kurniaan Allah...walau rezeki mama tak banyak mana..kerja guru saja..banyak manalah sangat gaji berbanding businessmen n women di luar sana..
    Cuma pandai-pandailah kita berjimat bila teringin nak merantau dan tengok tempat orang.
    terima kasih ziarah.

    ReplyDelete
  20. Hi guys,though to share my wonderful experience in perth. I stayed and rent a car from a malaysian holiday home. Mahira holiday homes and car rental pty ltd.Owner originally from kl.very good service and well equipped holiday bungalow with affordable rates. U can call 0123360098 .owner daughter is here in kl.she arranged everything so well for us.thumbs up!!!they even hav tour packages.muslim owner

    ReplyDelete