u seperti mamanya ini bila agaknya akan dapat..) lalu kami pun bertolak dari rumah di kaki gunung ini sudah agak tengahari. Seronok mereka adik beradik bergurau senda sepanjang perjalanan. adik-adik semua teruja tentang kakaknya yang akan mendapat baby tidak lama lagi. Mama dan babah hanya melihat telatah mereka..walau sudah besar panjang tapi masih manja dengan mama dan abah. Melalui perjalanan yang cantik menghampiri negeri Perlis..cuaca agak mendung.. dan landskap agak kelabu..tapi cantiklah. Anak-anak sempat berhenti untuk bergaya..mama dan babah jadi photographer

Sampai saja di Padang Besar, mereka nak makan pulut durian..


Fariq, Iskandar mengabiskan masa di kedai jersey ini. mama juga masuk dan hanya melihat. kedai ni berhawa dingin..kalau kedai-kedai yang lain agak panas ... inilah yang mama tak suka tentang arked kat sini panas , tak selesa....

Faten dan Fateha tawaf kedai membeli baju. Agak banyak juga yang dibeli..mama dah upload gambar-gambarnya tapi tak diload pun kat sini..
hari ni tersangatlah ramai , berpuluh-puluh bas rombongan.



Masa balik kami singgah lagi kat ladang tebu ni..cantik , nyaman..luas sungguh..cuaca pun tenang..dan kami pun senang..anak-anak ni lagilah berposing.... macam budak-budak kecik..




Luasnya ladang tebu..tapi gula mahal juga...




Luasnya ladang tebu..tapi gula mahal juga...








salam mama nadz...
ReplyDeletebila sampai tang gambaq gunong jerai tu terus teringat kat mak ummi di kampong dan semakin rindu niiii...laluan2 suatu perjalanan balik kampong...
salam mama nadz
ReplyDeleteaz bila tang gambaq gunung jerai teringat satu lagu yang ntah apa tajuknya. suka pulak dengaq lagu tu, ada sebut cintaku di pantai merdeka gitu.
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeletemoga cucu lahir dengan selamt
Wassalam
W/salam Ummi,
ReplyDeleteGunung Jerai tu lah kebanggaan org sini...kalau atas feri ka..atas air asia ka..nampak gunung Jerai tu..kira mcm dah sampai..heheheh
w.salam AZ,
ReplyDeletehmm lagi yang mana ya..Pantai merdeka ka..
Lagu Hijau kuning lagi best..loghat kedah ..
terima kasih kerana ziarah mama nadz.
w/salam Rozali,
ReplyDeleteTerima kasih atas doa.
Lambat lagi ni..akhir Oktober...
Dah tak sabar mama nadz nak tengok cucu..hehehe