Friday, July 9, 2010

Laman rumah

Hari ni cuti hujung minggu dan mama balik ke rumah di kampung..beginilah jika hujung minggu balik ke rumah sendiri dan mengemas mana yang boleh. Sejak bertugas di daerah sana dan hanya pulang menjenguk saban minggu..rumah ini semacam merajuk ..lebih-lebih lagi pokok-pokok kat laman rumah. Mama sebenarnya gemar sangat tanam pokok bunga. bermacam pokok mama nak tanam kalau boleh..itu pasalnya keliling rumah dah jadi macam hutan.. lepas tu mama pulak bekerja jauh lalu tak sempat terkadangnya memberi perhatian kepada pokok-pokok semua. Dulu masa putera dan puteri masih belajar, sewaktu cuti merakalah yang rajin membantu. Sekarang bila semua bekerjaya dan tinggal jauh.pokok-pokok dan halaman rumah jadi macam tak terurus pula. Walaupun hampir saban minggu pulang..mama masih tak dapat menjadikan halamn rumah macam dulu-dulu. Bilalah nak pencen..nak habiskan masa bersama tumbuhan ini....
Pokok janggut..(tak tahulah orang lain panggil apa) pokok ni ada banyak sangat keliling rumah..hampir 100 sarang(bekas) berjuntaian , hampir tak nampak bahagian rumah..pokok ni tak perlu tanah harapkan hujan yang menyimbah Rahmat Allah yang turun dari langit menyebabkan ianya segar sentiasa walau puannya jarang ambil berat..tabahnya pokok ni..setabah anak-anak dan mama agaknya.

kesian pokok nilam ni..pokok ni amat istimewa..daunnya bila kering..wanginya mengalahkan daun pandan..harumnya sungguh unik..selalunya daun yang kering mama ambil dan selitkan dalam almari baju atau beg tangan..berbulan-bulan harum wanginya..makin lama makin wangi.. banyak ranting yang merajuk dan mati dan mama pagi ni cuba memulih hati pokok nilam ini..mama gemburkan tanah dan letak baja..harap daun-daunnya akan sihat dan banyak.

cili padi yang tersangat merajuk..dimakan sang siput..


orkid ni kebal..makin kita tinggalkan dia makin segar dan makin banyak yang berbunga..mama tak pandai sangat ngan species orkid tapi mama panggil orkid spider..banyak tumbuh kat luar pagar banyak pula bunganya..

orkid yang kembangnya wangi..harum sangat..tumbuh juga dalam susah payah tak berbaja..mama akan cuba beri perhatian lepas ni.. kerana kewangian

Kesian juga orkid ni..warnanya kuning lembut menghias ruang sudut rumah walau rumah ini terkadangnya sepi .

Gandasuli yang sakit..bunga ni wanginya waktu petang..satu laman akan terasa harum segar..dan bunga nya boleh dimasak sup atau sayur apabila dikeringkan. Anugerah Allah tanpa batasan.

Banyak species di laman..hujan panas, pokok ni hidup juga..biarlah..hiaskanlah laman mama wahai pokok.


Satu lagi bunga yang harum..mama panggil bunga tongken (orang lain sebut apa? ,,) Pokok ni memanjat sama gagah ngan daun sirih. dalam semak-semak pokok bunga..pokok ni akan sentiasa berbunga..harum dan mama selalu ambil untuk mewangikan bedak sejuk. Pokok ini nostalgia sangat..terkenang mama kepada arwah emak yang tersangat suka bunga-bunga penghias sanggul macam ni..macam bunga kesidang/kerak nasi. Mama lupa nak click bunga kesidang hari ni..bunga kerak nasi tu mewangi kat laman rumah..banyak bunganya walau berminggu terbiar.

berbunga juga bunga ni.dalam hujung sudut yang semak.species alamanda tetapi besar-besar bunganya. nampak macam plastik. ini bunga moden dan tak mewangi. Mama lihat banyak kat Siam pokok macam ni.

TYT yang juga membantu mengharumkan laman..wanginya macam sabun mandi..hari ianya ungu..esok engkau putih..macam manusia juga terkadang hati berubah.

Bunga kenanga ..masih berbunga walau usianya sama ngan umur putera sulung..28 tahun dah pokok ni dalam pasu kat depan rumah...sentiasa berbunga..harum dalam kelas tersendiri.

sudut air ni idea anak-anak..putera puteriku. Pengisar tepung dan guri lama tok nenek mereka, mereka buat air terjun..sampai sekarang dah bertahun kat situ..cuma mama tambahkan air atau pastikan ada letrik. Hari ni tengok dah berlumut..4,5 bulan tak dapat bersihkanya. hari ni nak tolong buangkan lumut yang bermaharaja lela kat tepi-tepi tu..sayanglah..rosak pemandangan..

Ini satu lagi..bukan saja berlumut..dah pecah pun sebahagian..anak-anak ikan guppy beranak pinak tersangat banyak di dalamnya..mama bercadang petang nanti nak bersihkan kalau bersemangat..kalau penyakit M datang..akan di tunda minggu seterusnya.
Melihat keadan laman yang macam tak terurus..rasa macam nak minta pencen awal..ingat pula..kalau dah bersara nanti teringin nak bekerja pula..tak apalah..mama akan bekerja lagi insyaallah ..semuga Allah memberi kesihatan yang baik.
Teringat pula..hasil karya dan folio seni visual pelajar STPM masih merangkak-rangkak
alahai mama, pelajar pun masa ni lah nak minta pendapat cikgu depa.
ni yang akan akhirnya tak dapat kemas laman dan terpaksa segera balik ke sana.


12 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    banyaknya bunga2an
    beseri rumah bila ada bunga

    selamat berkemas

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, BAnyaknya bunga..saya suka juga menanam bunga..tapi, kekadang tak jadila...orang kata kena tengok tangan jugak..betul ke?

    ReplyDelete
  3. salam,

    sesuai dengan dengan namanya pokok tok janggut tu hehheh.

    dah tengok ke umah baru az

    ReplyDelete
  4. W/salam Rozali,

    Terima kasih ziarah. Pokok bunga memang banyak kat rumah mama ni..tapi bila dah banyak .. semak dan jadi hutan pula.
    Nak kemas dan buat elok-elok..insyaallah

    ReplyDelete
  5. w/salam Anna Da Lady,
    menanam pokok bunga ni hobi mama sejak dolu-dolu. mama suka pokok yang berbunga harum..kalau boleh yang species lama-lama.
    Tanam bunga kena tengok tangan..tak tahula.. ada setengah orang ada green hand kot.
    mama tanam biasa2 ja tumbuhnya..ada air, baja ..kadang2 harap hujan ja siram..itu pun berbunga sangat2.

    ReplyDelete
  6. w/salam AZ,

    Dah ziarah rumah baru AZ..bawa nostalgia la rumah tu..Design klasik..Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mama nadz...
    dah lama ayu tak kesini...tapi terlihat orkid2 yang pelbagai jenis.tambahan orkid purple di ats sekali yg memikat hati.tertarik pula utk mengomen..
    pelbagai jenis pokok bunga di laman mama nadz..bole tersenyum lebar melihatnya..pasti penjagaan rapi oleh mama nadz terhadap tanaman2 itu..
    1 tips dari bonda ayu, berckap dgn pokok bunga ada baiknya...supaya ia mesra dgn kita..hehe..=)
    Wassalam...

    ReplyDelete
  8. Salam mama nadz...

    Sejuk mata memandang...nyaman udara laman..dengan pepohon dan tumbuhan hijau....wangi lagi dengan haruman....bestnya...
    Nostalgia..lama bersama orang tersayang rasa berputar kembalikan..menikmati indahnya pagi dihalaman yang penuh berseri....

    ReplyDelete
  9. salam nadz

    wow! seronoknya banyaknya bunga.

    yang harum2 lak tu...alhamdulillah...tahniah.

    Wslm

    ReplyDelete
  10. salam PB,
    Terima kasih ziarah mama. semuga sihat di sana.

    ReplyDelete
  11. w/salam shami2,
    Keindahan dan ketenangan laman memberi keselesaan pada mama nadz. cuma anak-anak berjauhan maka tumbuhan itu bak teman.

    ReplyDelete
  12. w/salam kak su,

    keharuman bunga-bunga cukup istimewa ..
    rasa puas bila bunga-bunga berkembang.

    ReplyDelete