Monday, June 14, 2010

Perth- separuh hari pertama

Hotel Aarons terletak dalam bandar Perth. Sarapan pagi disediakan. Di pagi yang sejuk ini mama minum teh dan makan sekeping roti saja. Yang sekeping lagi mama bungkus dalam kertas dan masukkan ke dalam beg tangan kerana mama telah belajar dari pengalaman. Kalau lapar dalam perjalanan dapat juga kunyah2. Mana ada gerai-gerai kat tepi jalan macam di Malaysia.

Hotel Asrons terletak dekat dengan persimpangan. Awal pagi macam ni tidak ramai lagi yang lalu lalang. Orang putih semua jalan cepat-cepat. Kawasan ini ada beberapai tempat makan halal. Love n care cafe, al ihsan, Indonesian..antara kedai makan yang mama akan makan tengahari dan malam di sini.
Bangunan Government printing berhadapan dengan hotel Aarons. Di hujung bangunan itu ialah Curtin University.

Suasana pagi tak sibuk. Nyaman, sejuk dan tenteram. Kawasannya bersih. Tidak bising pun. Hanya helaian daun maple gugur ..
Mama sempat bergambar dengan Mike di hadapan Aarons. Orang Putih macam tulah..jadi pemandu bas pun berpakaian kemas serta bertali leher. Slang Australian perlu didengar berhati-hati.


Mike akan bawa kami ke King Park.



dari jauh dah dapat lihat pelancong dengan kangaroo, mama amat teruja nak tengok haiwan ini tetapi aturcara nya perlu melihat pertunjukkan di dalam kandang dahulu.... Tengok cara-cara kambing biri dikepung oleh anjing , pastu melihat bagaimana bulu kambing biri-biri di perolehi, memerah susu lembu, tengok juga macam mana nak jadi cowboy..( Semuanya pernah tengok dalam TV)
Melihat haiwan yang indah ini. Macam fairy tales pulak. Llama ke apa namanya. Dapat tengok sendiri.

Yang paling seronok waktu memberi kangaroo makan. kecil jer haiwan ini. ini species kecil kot. yang besar-besar juga ada...tapi yang mama nadz bagi makan ni jinak-jinak. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang dirakam di ladang ini. Ada masa mama akan download lagi.
Mama perlu menanda kertas peperiksaan yang tak sempat habis tempuhari. Jadi mama tak dapatlah berlama-lama kat internet. Lagi pun cuti sekolah, dan semua anak-anak balik ke rumah..lalu mama akan jadi tukang masak dan tukang pengemas rumah. Kalau kat Australia..pengemas rumah dapat 50 AUST Dollar se jam...

20 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    seronoknyerrrrr
    selalu tenguk dlm tv
    pasti teruja tenguk depan mata sendiri

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam Rozali,

    Mama seronok tengok Kangaroo..rasa macam nak dok lama-lama kat situ. Tapi program lawatan agak padat.
    Dapat rasa suasana yang sejuk dan nyaman..tak terasa letihnya.

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok kangaroo tu! tak liar @ tak gigit ke? tunggu nak ke sana pulak! tengok lah tahun depan ke...berangan aje le! berangan2 tak salah kan...bukan kena bayar pun..he3x....samalah kertas periksa ade belum siap bertanda!

    ReplyDelete
  4. w/salam cikgu,
    Kangaroo ni dah jinak kot..tak nampak liar..semua mama tengok macam mengantuk ja.. Yang ada anak kat dalam pouch kita kena hati-hati sikit..kita tak boleh pegang2 kat bahagian perutnya..semua cara nak mendekati kangaroo diberitahu oleh penjaga kat situ.
    Mama pun nak berangan2 juga. Tak pernah salah jika kita ada impian. Jom angan-angan gi Niagara Falls....cewah.

    ReplyDelete
  5. Salam Nadz,

    Akak baru kat sini, teruja tgk nadz kat taman kangaroo tu, lama ke nadz g perth, baru2 ni ada promosi utk ke perth dari airasia..free tiket tapi akak tak ambik plak, bila tgk n3 ni terasa plak nak g..

    ReplyDelete
  6. w/salam Kak Sidah,

    Mama nadz pergi sekejap jer. Nak rasa musim sejuk di Perth. Sambil jalan-jalan boleh juga melawat adik-adik ipar kat sana.
    Terima kasih kerana sudi menziarah blog mama yang serba kurang ni.

    ReplyDelete
  7. Salam mama nadz

    Hee..hee..sorry lah baru nak usha akak. selalu tak perasan kini baru berkenalan...

    Saya pun baru belajar contact mama ju.
    Akak guru utk kelas/subjek apa?
    Seronok berkenalan dgn cik gu2 nii..
    Jasa mereka tak terbalas...

    Okay ker package yg akak ikut ni...through agent mana yer???

    Wslm

    ReplyDelete
  8. w/salam Kak Su,

    Selamat berkenalan. mama nadz guru Seni Visual tingkatan 6 dan juga mengajar BI form 3. Guru lama dah nak tunggu pencen 5 tahun lagi.
    Mama sebenarnya bukan ikut package macam dalam iklan-iklan tu. kami pergi guru-guru sekolah buat pandai2 sendiri jer
    Contact terus untuk flight dan contact agent di sana untuk i hari tour dan hotel. Hari-hari lain kami travel guna CAT (ala bas yg free kuning biru merah tu)naik keretapi. senang sebenarnya pergi sendiri kalu pandai baca peta...

    ReplyDelete
  9. Salam Mama nadz

    Terimakasih for info...

    Tak mahu sejarah lama berulang lagi tuu.yg tanya around tuu..

    Thkvm

    Wslm

    ReplyDelete
  10. w/salam kak Su...sejarah apa yang takut berulang tu..

    ReplyDelete
  11. Hai! Hello!

    Hii..hii..Lawatan ke KK jer rm9K utk 5 beranak.
    5 ari 4 mlm. Tapi dah janji dgn anak2 gi aja lah.

    Wslm

    ReplyDelete
  12. Tambah separuh lagi jumlah tu dah boleh pergi anak beranak ke Perth!

    ReplyDelete
  13. salam...selamat pagi mama Nadz...Bila baca reply mama kat atas tu cara mama gi ke Ausie seronok pulak cara tu...murah kot buat cara ni...saya kalau ade geng macam cikgu2 mama best...tapi sekolah saya tak ade yang suka travel ni...yang veteran2 pun nampaknya kurang gemar....lepas ni mama nak ke mana pulak? jom pi Beijing - best mama...nak2 part shopping ! InsyaAllah cuti akhir tahun saya ke Cairo & tempat sekitarnya termasuk Bahrain

    ReplyDelete
  14. w/salam Cikgu Sonata,

    Kat sekolah mama..kami ada geng berjalan..yang muda dan tua. Laos, Mynmmar , Macao, Kemboja, Thailand(memanglah selalu)..semua dah travel.
    Mama yang pi Golden triangle pun join depa. Actually murah sesangat buat cara ni. Cikgu yang muda2 tu pandai atur programme.
    Nak juga ke Beijing..tapi geng tu nak tour Europe katanya. Mama mungkin tak join sebab end of this year..Faten(anak ke 2 ) dijangka give birth.
    Next year kot..kalau ada rezeki. Itu pun kawan kat Dubai sampai naik merajuk..tak sempat lagi bertandang sana..
    seronok nya dengar shopping sakan kat Beijing..Apa yang dibeli..murah ka?

    ReplyDelete
  15. Great blog! Is your theme custom made or did you download it from somewhere?
    A theme like yours with a few simple adjustements would really make my blog stand out.
    Please let me know where you got your design. Thank you

    Feel free to surf to my web site Pirater Un Compte Facebook

    ReplyDelete
  16. Hey! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
    I'm kinda paranoid about losing everything I've
    worked hard on. Any tips?

    Also visit my web site Psn Code Generator

    ReplyDelete
  17. always i used to read smaller content that also clear
    their motive, and that is also happening with this paragraph which I am
    reading at this place.

    Feel free to surf to my web site Dragon City Cheat Engine

    ReplyDelete
  18. Excellent way of telling, and pleasant paragraph to get facts regarding my presentation subject, which i am going to deliver in college.


    my website free psn codes

    ReplyDelete
  19. Everything is very open with a precise clarification
    of the challenges. It was truly informative.
    Your site is very useful. Many thanks for sharing!

    my web blog :: Psn Code Generator

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum

    Been to perth more than 4x.each time we go we stayed in mahira holiday homes.owner org melayu msian.service memang very good and accommodation pun bagus.of course its not cheap tapi u pay for what u get! Then tried their new zealand and europe trip and wow memang amazing.cubaaa la highly recommended
    I ada juga baca review blogger lain tentang mahira ni tp semua pun positive remarks.sememangnya besttt
    Boleh call anak owner at 0123360098

    ReplyDelete