awal pagi di perth masa baru sampai . Atas flight semua melayan kemudahan yang disediakan
m
Dari atas tren kat Changi. nak ke terminal ke Perth.
Dari atas tren kat Changi. nak ke terminal ke Perth.
Amboi ..mama sempat juga berposing...kat Changi airport dalam perjalanan ke Aussie.
Assallamualaikum,
Mama baru sampai kat rumah. Hari ni berada di 3 negara. 3 flight. Letihnya. tengok muka putera bongsu sedih juga..
Mama rasa sekejap sungguh masa berlalu, mungkin seronok sangat di Australia. Banyak kenangan , banyak pengalaman dan banyak tangkap gambar. Dapat jumpa kawan satu sekolah dulu di Harbour town, dapat jumpa adik adik ipar yang telah tinggal menetap di Perth selama 18 tahun, dapat jumpa pelajar-pelajar daerah sini yang belajar kat sana, dapat melawat sekolah -sekolah di sana( adik adik ipar bawa jalan-jalan), dapat jumpa orang2 Melayu yang kerja kat sana..yang best dapat jumpa koala bear n kangaroo.
Hari mula 8hb Jun 2010 ,Mama naik kapal terbang dari Bayan Lepas ke Changi. Naik Silk Air. Pramugarinya berbaju hijau muda . Di Changi naik train kat situ ke Terminal T3 untuk naik flight ke Perth. Kali ni Singapore Airline. Penerbangan Changi ke Perth mengambil masa selama 4 jam lebih kurang . Makanan muslim yang disediakan ialah Nasi dengan kari ayam. Mama rehatkan minda n badan dengan menonton movie 'Avatar' dan gambar hindustan'
Mama sampai di Perth awal 2 pagi. Seperti semua orang tahu, pemeriksaan imigresyen dan kastam amat ketat. Lama juga mama berbaris. Naik lenguk kaki. Adik ipar mama telah berpesan 'Akak jangan bawa apa-apa makanan..takut nanti kena campak ja' Pada mulanya ingat nak bawa ikan pekasam dan ikan kering buat dia...bila adik cakap macam tu..mama lenggang jerla ke sana. bawa pakaian dua tiga pasang dan sehelai baju sejuk.
Mama tengok setiap seorang diperiksa dengan amat teliti, ada setengah beg-beg dibuka dan diangkat sehelai-sehelai baju didalamnya. Ada setengah beg hanya melalui mesin pengimbas saja. Beg mama diimbas dan terasa lega. memang pun mama hanya bawa baju saja.
Cuaca pagi itu sejuk sangat.
Kumpulan mama seramai 12 orang disambut oleh Mr Mike di Perth, mama dan kawan2 mama di bawa ke hotel Aarons. Hotel ni dekat dengan Curtin university.
Cuaca sejuk sangat..maka sampai ke bilik, selepas solat jamak..mama terus tidur sebab esok aturcara menarik telah menanti.
Nanti mama sambung bercerita lagi perjalanan mama di Australia
salam mama nadz
ReplyDeletewah jauh berjalan nie mesti luas pandangan kan..
nasib baik ada yg kenal leh p jalan2..
senang cerita.. kalau tak susah kan..
saudara hubby pun ada menetap disana buka restoran dia menetap sejak dari kecil..pernah kami diajak.. tapi entah bila nak sampai jika tak naik kapal terbang hheeehee..
semoga ceria bercuti ye cik guu
w/salam,
ReplyDeleteApa nama restoran saudara hubby tu..Love n care restauran ka...
Sekarang ni rasa mudah jer nak ke Perth sebab banyak flight dan makanan melayu kat perth banyak . terima kasih kunjungi mama nadz ni
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeleteAlhamdulillah mama dipermudahkan dalam perjalan oleh Allah
seronoknye tenguk negeri orang
saya tunggu n3 akan datang
Wassalam
w/salam Rozali,
ReplyDeleteApa kabar? Memang seronok melihat Negara orang. Kita dapat melihat perbezaan, persamaan dan kelebihan. Yang baik kita ambil buat pedoman, yang tak elok kita jadikan panduan.
Apa pun Malaysia bumi yang dikasihi..
I guess you enjoyed your trip on Perth. Happy holiday.
ReplyDeleteSear Sin Tai Lim,
ReplyDeleteyes..its an interesting journey
salam hormat,
ReplyDeletesahabat,
lihatlah pada awan yang tinggi menjadi tidak tinggi apakala sahabat berada di dalam burung besi dan sedari sahabat berada di dalamnya atau di atasnya,
maka dengan itu lihatlah pada sekalian alam yang sedang bertasbih padaNya,
salam penuh kasih dan sayang,
salam,
ReplyDeletebait ayat yang mengetahui...
terima kasih
wow..bestnya ke sana..okey nanti kita sama2 menanti N3 - N3 baru...saya tak berapa sempat nak letak N3 baru ni...sebab bilik rumah ni masih belum siap renovate lagi...so, masih very messy..petang ni kena bertugas pulak di sekolah
ReplyDeletesalam Cikgu Sonata,
ReplyDeleteApa saja pengalaman perjalanan mesti lah best kan. Tambah-tambah lagi ke tempat yang tak pernah sampai lagi.. Mama Nadz belum lagi sampai ke Beijing so nak tunggu baca N3 cikgu Sonata la..