Friday, June 18, 2010

Cruise to Freemantle

Hari ke 3 di Perth. Mama dan kawan-kawan akan menyusuri Sungai Swan. Dari Hotel Aarons kami berjalan ke terminal (pangkalan boat). Berjalan-jalan di waktu pagi amat selesa. Cuaca sejuk dan tidak rasa penatnya. Lagi pun, semasa berjalan-jalan inilah peluang melihat persekitaran dengan lebih jelas..merasai suasana dengan lebih baik. kalau berkenderaan, mungkin peluang melihat agak terhad. Semua laluan perjalanan ini telah mama lihat semasa pusing2 bandar Perth dengan bas kelmarin dan CAT . Hari ni..dapat juga rakam beberapa keping gambar. (Bateri camera baru dicas, itu pun susah juga nak cas kerana pin socket di Aarons lain bentuknya. Terpaksa gi "sewa" dari kaunter Aarons dengan kadar 25 AUST Dollar..mahal, bila pulangkan songket tu mereka kembalikan wang mama)
kat Kaunter tiket maka bertanya soal lah kami dengan Mat salleh di situ. Terdapat package pelbagai. Penjual ticket di situ memberi penerangan panjang lebar mengenai cruise destinations. Pada mulanya semua bercadang untuk ambil full package 66 Aust Dollar ke .

One Way Cruise to Fremantle 9:45amCruise to Fremantle while enjoying the wonderful sights that can only be viewed from the Swan River. Detailed Captain's commentary and tea & coffee included throughout your cruise.Departs Perth daily 9.45am, arrives 11.10am

Last-last semuanya hanya nak rasa hanya ke Freemantle. 2 ways 25 AUSD Mama hanya mengambil one way 15 D kerana , selepas melawat bandar Freemantle, adik adik ipar mama berjanji nak datang ambil mama ke rumah mereka. (Kesempatan dah datang ke sini mama akan ziarah mereka)
Kapal/boat yang selesa, di dalamnya tidak sesak..lapang dan nyaman. maka mama nikmatilah pemandangan yang cantik, terbuai indah dengan angin dan cuaca yang sejuk itu.
Rupanya penjual tiket itu juga captain boat. Selepas menjual tiket, mereka akan masuk ke boat dan jadi pekerja pula atas boat. Beliau jugalah tourist guide atas boat. mencerita segala macam apabila laluan boat menyusuri bangunan atau kawasan. Seorang kawan mama berkata.."Akak faham ke apa yang dicerita oleh Mat salleh tu..kami satu apa pun tak tau..pakai dengaq tengok ja.." Mama jawab.."boleh lah juga faham tapi kena perembang dengaq betoi2" Bahasa Inggeris tahap mengajar Form 3 jer.
Jom ..lihat gambar-gambar ni.

captain kapal jual tiket






Dah sampai Freemantle, bandar pelabuhan. Mama terpesona dengan jambatan ni. Banyak gambar mama ambil kat sini. Ntahlah jiwa mama ni kot..suku sangat elemen macam tu.
Tengok..binaan kayu dari balak..log. kukuh kemas..tapi mampu bertahan ka?


Jalan-jalan kat Freemantle. banyak bangunan style lama.
Yang pasti..sunyi, kurang kenderaan. 3 jam kami round-round Fremantle. Tengok segala bangunan dan jalan. Seronok sangat. Tengahari apabila kawan-kawan dah nak balik ke pengkalan boat, mama pun sms adik ipar, mereka datang jemput mama kat station 10 CAT . Senyum lebar adik Nor dan Jamil menjemput mama ke kereta mereka. Mereka pemastautin. dah 18 tahun membina kerjaya di sini.

8 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    Indah suasana disana
    bersih dan teratur
    kenderaan tak banyak
    mukin pengangkutan awam mereka mudah

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam Rozali,
    Ada kemudahan bas free (CAT). merah biru kuning..mudahkan..naik jer dan turun mana station kita nak pi. yang mama lega di sana..tak ada motosikal.. jalan raya hanya ada kereta dan org ngayuh basikal. kalau jumpa motosikal pun satu dua..itu pun yang besar2 punya.
    yang disalute ..depa bawa keta pelan2..hormat kat pejalan kaki..
    Kalaulah kat Malaysia camtu...

    ReplyDelete
  3. salam..

    belum berkesempatan nak ke sana..bila tengok gambo2 yang mama upload ni...kire dah berbaloi daah...leh rasa jugakk nengok pemandangan kat sana....cantik n bersih..

    ReplyDelete
  4. w/salam cik Amy,
    Anakanda Cik Amy berkerjaya..satu hari mana-mana negara pun boleh jelajah..insyaallah.
    Kunjungilah Perth .. baru kita tahu ertinya damai, aman dan nyaman..lebih2 lagi musim sekarang..sejuk. Masyarakatnya..orang putih tu..ok ok ja

    ReplyDelete
  5. salam..

    mama...ada tanda hati buat mama...kalo sudi..silalah ambik ye kat blog..

    ReplyDelete
  6. camna nak ambil..copy paste ka

    ReplyDelete
  7. salam..

    ha ah...cam biasa ja...copy n paste jek..easy kan?hehe..macam mama dok upload gambo lam blog tu la gak..

    ReplyDelete