Thursday, September 30, 2010

Kerabu Serai

Assallamualaikum,
Hari ni sekolah mama dan PIBG telah mengadakan majlis Bacaan Yasin Perdana untuk pelajar PMR, SPM dan STPM. Sebenarnya setiap tahun akan diadakan majlis yang serupa di masjid-masjid sekitar kawasan yang berdekatan sekolah. Tahun ini di adakan di masjid yang agak dekat juga walau terpaksa masuk ke dalam kampung sedikit. Sememangnya sekolah mama ni persekitarannya kampung-kampung. Hubungan guru-guru dan ibu bapa amat baik dan waris-waris ini amat membantu lebih-lebih lagi dalam penyediaan jamuan makan.
Apa yang ingin mama nak cerita ialah..tentang menu jamuan makan tengahari..tentang sedapnya kerabu serai yang disediakan oleh orang kampung situ. Kerabu serai ini tuan2 dan puan2, amat istimewa, bagi mama rasanya saling melengkapi citarasa dan aroma! Ini adalah kali kedua mama merasa dan makan kerabu serai. Kali pertama sewaktu Mesyuarat Agung PIBG, waris-waris ini menyediakan salah satunya Kerabu Serai. Masa kali pertama makan tu..mama rasa macam nak ratah sepiring.... lamanya tunggu hingga hari ni baru dapat rasa semula.
Mama baru setahun bekerja di sini jadi taklah pernah tahu bahawa Serai bila dijadikan Kerabu sedapnya sebegitu!

Hari ni mama telah berbual dengan ibu-ibu yang hadir (Ramai waris yang hadir!) mama sempat bertanya tentang resepi Kerabu Serai...maka suatu hari mama akan cuba walau kata ibu tadi 'ini adalah resepi generasi ke generasi..orang2 lama saja yang dapat menyediakan sesedap ini" selain Kerabu serai , ada lagi masakan lain..(PIBG tumbang lembu se ekor untuk majlis ni) ada gulai daging dgn ubi, daging masak rempah(mama tak tahu nak sebut apa menu yang daging lagi satu), kerabu taugeh dengan pisang muda...bercakap mengenai kerabu taugeh..ini pun special juga..tak pernah lagi mama makan pisang muda mentah dihiris nipis dan digaul dengan kerabu taugeh..SEDAP! mereka guna pisang padang (kat tempat lain tak tahu panggil pisang apa) Walaupun begitu kerabu taugeh pisang ni mama tak berapa berkenan sebab mereka taruk perut..(mama tak lalu dengan daging perut)jenis-jenis bahagian dalaman mama tak makan.
Pelajar dibawa dengan bas ke masjid ..
masakan daging..(tak tahu nama menu ni apa)

gulai daging..
kerabu taugeh+pisang muda

Ramai yang minat kerabu ni..tapi bukan mama

Kerabu Serai
Siapa yang pernah merasanya pasti tahu sedapnya kerabu ni..

menu jamuan..gulai daging
antara guru dan ibubapa
pelajar-pelajar dan waris yang hadir

waktu jamuan tengahari
Balik dari majlis ini, mama ke sekolah semula untuk menyambung membimbing pelajar dengan kerja-kerja pengkaryaan mereka yang hampir siap. Mereka perlu menghantar folio n pengkaryaan pada mid-oktober. Sebenarnya mama missed class dengan mereka 12 hari, kerana mama berkursus di IPG. Itulah mama membayar balik masa-masa yang mama tinggalkan mereka . Pukul 4.30 petang barulah mama memandu pulang..jauh nak balik kurang lebih 100KM..tapi sempat lagi singgah ke hospital Sultanah Bahiyah menjenguk putri dan baby yang masih dibawah pengawasan doktor. Baby pramatang perlu dijaga rapi, dan Alhamdulillah kedua-duanya sihat. Kesian putri..dalam dakapan mama tadi, mama tahu putri mama amat tabah walau tanpa suami di sisi.
Masa berlalu cepat..

Thursday, September 23, 2010

Masih

Assallamualaikum,
Mama masih menunggu. belum pun jadi Datin.
Puteri masih di hospital, telah 2 minggu sejak malam Aidil Fitri.
Puteri mendapat penjagaan yang baik di Hospital Sultanah Bahiyah. Sentiasa di pantau doktor pakar. Saban hari mama dan yang lain-lainnya menziarahi puteri. Agak jauh dari rumah tapi semuanya, terlebih-lebih si adiknya, teruja sangat menanti orang baru..
Kasihan puteri..bertarak-tarak sakitnya..14 hari yang di lalui dalam seragam merah jambunya.
Semoga esok akan hadirlah..begitulah perancangan doktor..
Segalanya padamu ya Allah. Ku himpun doa untuk kesempurnaan segalanya.

Friday, September 10, 2010

Beraya kat Hospital...

Selepas berbuka puasa pada akhir ramadan...puteri tiba-tiba mengadu sakit.."air keluar mama"
Sempat puteri menunaikan solat maghrib dan terus dibawa kehospital daerah untuk pemeriksaan....dah 7 bulan membawa ..
1 jam kemudian. dari hospital daerah di bawa ambulan pula ke hospital besar Alor Star.. belum cukup usia kandungan tetapi telah mengalami tanda-tanda kelahiran...
..mama sebenarnya agak cemas dengan situasi ini..adakah mama akan jadi'Datin' pada 1 syawal....
dari pukul 11 malam mama berada di hospital hinggal lewat 3 pagi... puteri masih begitu..sakit di dalam labour room yang sejuk itu.

Mama memandu balik ke rumah kerana perlu membuat persediaan kiranya hadir orang baru dan juga nak raya aidil Fitri pula..
hari ni 1 syawal.., mama tunai solat sunat eidul fitr di surau taman..dan terus bersama puteri di hospital..

Dalam rindu teruja...
mama berhari raya di hospital bersama puteri
Rasa sayu juga melihat putera -putera dan puteri mama memakai baju raya yang cantik lawa di wad kenanga melihat kakak mereka menunggu masa...mungkin lewat awal Syawal..
Bila-bila pun..semuga selamat hendaknya..ku pohon doa pada mu Allah untuk kesejahteraan puteriku dan cucu yang pertama ini

sedih pula mama hari ni..

Wednesday, September 8, 2010

Ketupat

Macam-macam bentuk ketupat daun palas ni. Mama cuma tahu bentuk camni saja. Dulu MIL pernah ajar bentuk 'bongkok' bentuk ketupat siam tapi mama tak dapat kemahiran tu..lalu bentuk macam gini saja yang mama tahu.

Setiap tahun MIL yang sediakan ketupat sebab babah hanya suka makan ketupat bondanya saja..baginya bentuk dan rasa ketupat bondanya saja yang paling best. Lalu bertahun-tahunlah mama tak pernah buat ketupat bila Hari Raya.

Mama akan balut ketupat bentuk seperti ini sahaja dan hanya untuk makan-makan pada hari biasa. MIL pernah ajar mama bagaimana nak kacau pulut, mama ingat semua caranya.. arwah emak mama pun pernah menunjuk cara menyediakan pulut untuk ketupat. Sebenarnya macam-macam petua orang-orang tua ...Sekarang mama pun dah jadi tua ...hmmhh..dan kena sediakan ketupat untuk hari raya...
  • Jangan guna santan dari kelapa tua.... dan perlu ambil nyior ketupat..yang baru-baru nak masak..nyior kemantan

  • Kacau sentiasa atas api..perlahankan api..biar masak sikit-sikit dari kacauan..Jangan tudung periuk tu..Semua tu mama ingat

dan untuk Hari raya tahun ini, mama buat ketupat bentuk yang biasa-biasa ini.

Sejak kelmarin dah buat..sehari dua kilo pulut..so tiga hari ni dah dapat 6 kilo..dapatlah lebih kurang 45-50 biji untuk 2 kilo pulut sehari ..Puteri dan babah yang tolong buka daun ketupat.

Nak simpan dalam fridge..esok pagi raya boleh rebus..atau bila-bila saja boleh ambil dan rebus..Tahan lama dalam dingin beku.


menanak pulut..mama sediakan dalam kuali..

Esok Mama nak buat rendang pula..yerlah kena rendang resepi tok nenek babahnya juga. Sedap memanglah sedap tapi rumit sangat resepinya dan perlu dibuat dalam kuantiti yang banyak, nak bawa balik ke kampung untuk dirasa saudara mara lagi.. Dan mama pun tahu sebenarnya tiba Syawal..mama semakin dimamah usia. Cucu saudara seorang tu dah mula panggil tokmama...hehehe
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua:

Monday, September 6, 2010

meniti ramadan ke penghujungnya

Assallamualaikum,
Semuanya pantas berlalu. Sekejap saja Ramadan akan pergi, Syawal dah mula mengintai. Mama bagai berjalan di celah pepohon... terkadang senang meloloskan diri,terkadang mengeluh keletihan , ada kalanya maju bertapak dan adakalanya berhenti sejenak mendengar kicau burung....
Banyaknya kerja-kerja yang perlu dibereskan.
Pelajar STPM seni Visual mama sedang bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan pengkaryaan dan waktu itulah mama dipanggil berkursus , Minggu selepas Hari raya kursus itu akan bersambung lagi..Risau mama dengan masa-masa genting ini.
Peperiksaan PMR pun tidak lama lagi..mama ada juga mengajar English untuk form 3 PMR ni..satu kelas jer tapi kesian sangat pada pelajar tu bila mama berkursus..tiba nya sekarang cuti Hari Raya. Banyak sebenarnya lagi yang perlu mama bersama mereka ...
Hari raya dah makin hampir, putera puteri mama bersms tentang persiapan raya...Dalam kesibukan ulang alik antara rumah dan tempat kerja..mama merindui masa-masa putera-puteri masih kecil, mama akan sibuk membawa mereka membeli baju raya.....Sekarang semua dah bekerjaya dan ada pendapatan sendiri, Apa yang mereka sebut, mereka yang mengadakannya..Alhamdulillah.
Fariq beberapa kali menanya tentang warna tudung yang mama mahu..Katanya nak beli untuk mama.. Mama cakap nak warna macam bunga-bunga yang berkembangan di laman kita
warna apa..
warna purple
tapi mama nak yang light purple..

Semuga hari Raya kita seceria warna-warna di laman rumah mama. Buat semua teman Blogger mama mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berhari raya..Maaf zahir batin.
Aidil Fitri yang mulia.
maaf di atas segala kekurangan dan kecetekan ilmu memaparkan cerita.
Buat semua yang sentiasa menziarah blog mama dan menitip rasa..
Cikgu Sonata, Rozali, Rosli, Ayah zain, Uncle, Pak Itam, Shami2, Ummi Humaira, Mama Ju, Q, Kakzakie, kak Nab, Penjejak Maya, Kamato, Ibu guru,PB. Cik Amy,Bapa dari srengege, Raduan, Norazlan, Tai Lim, komensen.
(hanya sempat menyebutnya di sini)
dan yang lain-lain juga.
Thank you very much




Terkadangnya dalam ceria seperti warna-warna itu ada juga yang kemasaman dalam kehidupan ini. Bagai masamnya buah binjai..tetapi masamnya ada kelebihan juga.
Hidup ini pun begitu, yang tiada indah, sebenarnya sebagai pedoman buat kita mencari sisipan yang tersalah, kekurangan adalah untuk kita mencari kelebihan .

Pekerja asrama memberi beberapa biji buah binjai ( setengah tempat menyebutnya buah kemang). Ada pelajar masih tak kenal buah binjai..puteri dan putera mama pun tak kenal buah binjai ini..Si bongsu Iskandar memberitahu mama..tembikai susu ka.....