Friday, September 10, 2010

Beraya kat Hospital...

Selepas berbuka puasa pada akhir ramadan...puteri tiba-tiba mengadu sakit.."air keluar mama"
Sempat puteri menunaikan solat maghrib dan terus dibawa kehospital daerah untuk pemeriksaan....dah 7 bulan membawa ..
1 jam kemudian. dari hospital daerah di bawa ambulan pula ke hospital besar Alor Star.. belum cukup usia kandungan tetapi telah mengalami tanda-tanda kelahiran...
..mama sebenarnya agak cemas dengan situasi ini..adakah mama akan jadi'Datin' pada 1 syawal....
dari pukul 11 malam mama berada di hospital hinggal lewat 3 pagi... puteri masih begitu..sakit di dalam labour room yang sejuk itu.

Mama memandu balik ke rumah kerana perlu membuat persediaan kiranya hadir orang baru dan juga nak raya aidil Fitri pula..
hari ni 1 syawal.., mama tunai solat sunat eidul fitr di surau taman..dan terus bersama puteri di hospital..

Dalam rindu teruja...
mama berhari raya di hospital bersama puteri
Rasa sayu juga melihat putera -putera dan puteri mama memakai baju raya yang cantik lawa di wad kenanga melihat kakak mereka menunggu masa...mungkin lewat awal Syawal..
Bila-bila pun..semuga selamat hendaknya..ku pohon doa pada mu Allah untuk kesejahteraan puteriku dan cucu yang pertama ini

sedih pula mama hari ni..

8 comments:

  1. Salm Aidil Fitri, Mama Nadz

    saya doakan pada bln dan hari yg mulia ini
    agar mama n keluarga dipermudahkan segala urusan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam aidil fitri jua untuk Rozali,
    terima kasih atas doa.
    Mama mengharapkan kerumitan dan kesusahan puteri segera diatasi..insyaallah

    ReplyDelete
  3. salam,

    semoga selamat menerima orang baru..

    ReplyDelete
  4. salam mama...

    selamat hari raya eidul fitri ...
    dah jadi datin ke belum , apa2 pun semoga puteri n baby selamat n sihat...

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya selamat - dah bergelar datin ke??? tahniah!

    ReplyDelete
  6. salam mama,

    kakak rasa hari ini mama dah naik darjat sebab dah seminggu peristiwa berlalu. Tahniahlah dari kakak. Nenek muda...... mesti kekok nak jaga bayi sebab dah terlalu lama. Kesihan putri tak dapat makan rendang raya tahun ini. Tapi hm.... beruntung dapat cahayamata.

    ReplyDelete
  7. salam mama...

    nk bgtahu...
    sy dah tuka link blog yg lama ke url yg baru..

    http://kilauancintasangratu.blogspot.com

    nnti mama tuka tau..

    SELAMAT HARI RAYA...

    ReplyDelete
  8. syoknya bagi makan ikan Kak Nadz..

    ReplyDelete