Hari ni sekolah mama dan PIBG telah mengadakan majlis Bacaan Yasin Perdana untuk pelajar PMR, SPM dan STPM. Sebenarnya setiap tahun akan diadakan majlis yang serupa di masjid-masjid sekitar kawasan yang berdekatan sekolah. Tahun ini di adakan di masjid yang agak dekat juga walau terpaksa masuk ke dalam kampung sedikit. Sememangnya sekolah mama ni persekitarannya kampung-kampung. Hubungan guru-guru dan ibu bapa amat baik dan waris-waris ini amat membantu lebih-lebih lagi dalam penyediaan jamuan makan.
Apa yang ingin mama nak cerita ialah..tentang menu jamuan makan tengahari..tentang sedapnya kerabu serai yang disediakan oleh orang kampung situ. Kerabu serai ini tuan2 dan puan2, amat istimewa, bagi mama rasanya saling melengkapi citarasa dan aroma! Ini adalah kali kedua mama merasa dan makan kerabu serai. Kali pertama sewaktu Mesyuarat Agung PIBG, waris-waris ini menyediakan salah satunya Kerabu Serai. Masa kali pertama makan tu..mama rasa macam nak ratah sepiring.... lamanya tunggu hingga hari ni baru dapat rasa semula.Mama baru setahun bekerja di sini jadi taklah pernah tahu bahawa Serai bila dijadikan Kerabu sedapnya sebegitu!
Hari ni mama telah berbual dengan ibu-ibu yang hadir (Ramai waris yang hadir!) mama sempat bertanya tentang resepi Kerabu Serai...maka suatu hari mama akan cuba walau kata ibu tadi 'ini adalah resepi generasi ke generasi..orang2 lama saja yang dapat menyediakan sesedap ini" selain Kerabu serai , ada lagi masakan lain..(PIBG tumbang lembu se ekor untuk majlis ni) ada gulai daging dgn ubi, daging masak rempah(mama tak tahu nak sebut apa menu yang daging lagi satu), kerabu taugeh dengan pisang muda...bercakap mengenai kerabu taugeh..ini pun special juga..tak pernah lagi mama makan pisang muda mentah dihiris nipis dan digaul dengan kerabu taugeh..SEDAP! mereka guna pisang padang (kat tempat lain tak tahu panggil pisang apa) Walaupun begitu kerabu taugeh pisang ni mama tak berapa berkenan sebab mereka taruk perut..(mama tak lalu dengan daging perut)jenis-jenis bahagian dalaman mama tak makan.
masakan daging..(tak tahu nama menu ni apa)
gulai daging..
kerabu taugeh+pisang muda
Ramai yang minat kerabu ni..tapi bukan mama
Siapa yang pernah merasanya pasti tahu sedapnya kerabu ni..
menu jamuan..gulai daging
antara guru dan ibubapa
pelajar-pelajar dan waris yang hadir
Balik dari majlis ini, mama ke sekolah semula untuk menyambung membimbing pelajar dengan kerja-kerja pengkaryaan mereka yang hampir siap. Mereka perlu menghantar folio n pengkaryaan pada mid-oktober. Sebenarnya mama missed class dengan mereka 12 hari, kerana mama berkursus di IPG. Itulah mama membayar balik masa-masa yang mama tinggalkan mereka . Pukul 4.30 petang barulah mama memandu pulang..jauh nak balik kurang lebih 100KM..tapi sempat lagi singgah ke hospital Sultanah Bahiyah menjenguk putri dan baby yang masih dibawah pengawasan doktor. Baby pramatang perlu dijaga rapi, dan Alhamdulillah kedua-duanya sihat. Kesian putri..dalam dakapan mama tadi, mama tahu putri mama amat tabah walau tanpa suami di sisi.
Masa berlalu cepat..
Assalamualaikum Mama Nadz
ReplyDeletemoga murid2 mama beoleh kejayaan yg cemerlang
saya belum rasa lagu kerabu serai tu
nanti boleh mama buat untuk saya...he he
Wassalam
w/salam Rozali,
ReplyDeleteTerima kasih, Insyaallah
Mama juga berharap pelajar-pelajar akan melakukan yang terbaik.
Ni la yang tahu resepi..mama akan cuba buat....kalau menjadi..mama calling2 ler mai makan tengahari..
jauh ke Kedah ngan KL ni..
Salam mama Nadz,
ReplyDeleteKakak tertunggu-tunggu N3 mama kerana nak lihat baby Putri. Tunjukkanlah kami. Kakak suka lihat gambar baby. Al-kisah masih dalam wad lagi. Kesihannya.... Moga Putri tabah macam mama kata tu...
Tang kerabu serai tu mama kena tanya mereka resepinya dan titipkan resepi itu di sini. Nanti bolehlah kami mencubanya pula.
w/salam kakzakie,
ReplyDeleteInsyaallah nanti bila baby pulang ke rumah , mama akan bergambar dan kita tengok ramai-ramai...
Nantilah , mama akan cuba dulu buat kerabu tu..ikut resepi yang ibu-ibu situ dah cakap kelmarin..kalau dapat sedap mcm tu..mama akan titipkan buat kakzakie..
terima kasih kerana ziarah mama ni
Nampak macam gulai kawah......kalau tak salah lah....saya actually memang enjoy dengan makanan kampung kat langkawi ni....tu yang badan naik 3 kilo tak turun2 lagi ni!
ReplyDeleteSalam Kenal,
ReplyDeletePIBG tumbang lembu sekor? Huu..gempak PIBG!
Saya langsung tak pernah makan semua jenis kerabu yg diceritakan..huhu
mama....bestnya kerabu tuuu..
ReplyDeletesaya suka gak makan kerabu ni..
Salam Kenal, mama Nadz, saya dah folo, sebut pasal kerabu, 1st time saya dengar Kerabu Serai, sempat dpt resepi tak Mama? ke Secret Resepi tu? ape pun mama, best baca kat blog mama...
ReplyDeleteNadz , kat sebelah sini memang kalu kenduri tak lepas dengan kerabu serai atau taugeh campur perut, gulai rebung campur tulang, atau gulau umbut pisang campur daging. Semuanya sedap, tapi yang paling istimewa ialah KERJASAMA orang-orang kampung yang memeriahkan suasana ....Apa lagi Nad, you kan pandai masak, x ambik ka resipi Kerabu Serai tu?
ReplyDeleteDear uncle,
ReplyDeleteKalau tengok gulai kawah ni..memang sedap..mulanya sepinggan jer..dah janji tak nak tambah..pastu tambah bertambah..penangan gulai kawah yg sedap..
Misz Sephia, salam...kat kawasan mama mengajar ni memang terkenal ngan kerabu serai..
ReplyDeletetahun lepas mama mula tahu ada kerabu serai..mama bukan asal dari daerah sini..tu yang menjadikan mama teruja nak rasa berkali-kali.
cik amy,
ReplyDeletebetul,,kerabu ni sedap tau..
eMMe,
ReplyDeleteTerima kasih sebab ziarah mama.
Mama dah minta resepi tu..secara lisan jerla mak cik2 tu bagi tahu..mama akan cuba buat , kalau menjadi, mama akan titipkan kat sini..Kena cuba dulu cara-caranya sebab agak rumit...
Impian murni,
ReplyDeleteItulah..x sangka betul serai boleh dibuat kerabu!
tengah nak belajarlah ni mana tahu bila pandai buat kerabu2 jenis tu..boleh masak untuk kenduri ke atau jamuan yg kecil2...
mana resipi, tak sabar nak cuba ni..
ReplyDeleteCamna ya nak buat kerabu serai.....? dh rasa sekali 2 hari lps...sedap sgt...tp x tau nak buat...
ReplyDeletelma dh tunggu tak de pn post resepi kerabu serai tu... kecewa
ReplyDelete