Setiap tahun MIL yang sediakan ketupat sebab babah hanya suka makan ketupat bondanya saja..baginya bentuk dan rasa ketupat bondanya saja yang paling best. Lalu bertahun-tahunlah mama tak pernah buat ketupat bila Hari Raya.
Mama akan balut ketupat bentuk seperti ini sahaja dan hanya untuk makan-makan pada hari biasa. MIL pernah ajar mama bagaimana nak kacau pulut, mama ingat semua caranya.. arwah emak mama pun pernah menunjuk cara menyediakan pulut untuk ketupat. Sebenarnya macam-macam petua orang-orang tua ...Sekarang mama pun dah jadi tua ...hmmhh..dan kena sediakan ketupat untuk hari raya...
- Jangan guna santan dari kelapa tua.... dan perlu ambil nyior ketupat..yang baru-baru nak masak..nyior kemantan
- Kacau sentiasa atas api..perlahankan api..biar masak sikit-sikit dari kacauan..Jangan tudung periuk tu..Semua tu mama ingat
dan untuk Hari raya tahun ini, mama buat ketupat bentuk yang biasa-biasa ini.
Sejak kelmarin dah buat..sehari dua kilo pulut..so tiga hari ni dah dapat 6 kilo..dapatlah lebih kurang 45-50 biji untuk 2 kilo pulut sehari ..Puteri dan babah yang tolong buka daun ketupat.
Nak simpan dalam fridge..esok pagi raya boleh rebus..atau bila-bila saja boleh ambil dan rebus..Tahan lama dalam dingin beku.
menanak pulut..mama sediakan dalam kuali..
Esok Mama nak buat rendang pula..yerlah kena rendang resepi tok nenek babahnya juga. Sedap memanglah sedap tapi rumit sangat resepinya dan perlu dibuat dalam kuantiti yang banyak, nak bawa balik ke kampung untuk dirasa saudara mara lagi.. Dan mama pun tahu sebenarnya tiba Syawal..mama semakin dimamah usia. Cucu saudara seorang tu dah mula panggil tokmama...hehehe
Esok Mama nak buat rendang pula..yerlah kena rendang resepi tok nenek babahnya juga. Sedap memanglah sedap tapi rumit sangat resepinya dan perlu dibuat dalam kuantiti yang banyak, nak bawa balik ke kampung untuk dirasa saudara mara lagi.. Dan mama pun tahu sebenarnya tiba Syawal..mama semakin dimamah usia. Cucu saudara seorang tu dah mula panggil tokmama...hehehe
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua:
Salam 30 Ramadhan Mama Nadz
ReplyDeleteAlhamdulillah
Syukur
Tahniah
Syabas
mengembirakan hati hubby
moga mama menjadi isteri yg solehah
amin
Wassalam
salam mama
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
buat mama sekeluarga
moga gumbira di hari raya nanti
salam mama
ReplyDeletealahai, kecur lidah ni tengok pulut tu. az pantang jumpa pulut habis 2 pinggan.
SMHMZB utk mama sekeluarga
salam,
ReplyDeletesaya biasa makan ketupat yang empat segi tu tapi yang penting setiap kali raya kena ada ketupat kalau tak hilang la seri rayanya..
w/salam Rozali,
ReplyDeleteTerima kasih.
Ye, mama cuba menjadi isteri solehah..
insyaallah
w/salam Pak Itam REZEKI,
ReplyDeleteInsyallah..akan bergembira
tapi anak-anak yang gembira lebih
Selamat Hari raya juga buat Pak Itam sekeluarga
Mai la ke Kedah..boleh rasa ketupat daun palas pula..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteW/salam AZ,
ReplyDeletePulut yang dalam gambar tu ditanak separuh masak, sebab nak dibalut daun palas.
Kalau pulut kukus lagi sedap kan.
Balik kemana raya tahun ni..
Selamat Hari Raya Aidil Fitr dari mama nadz
w/salam penjejak maya,
ReplyDeleteKetupat identiti raya
Tak ada ketupat meja makan tak ada seri di pagi raya..
sebenarnya tak kisah apa ketupat..ketupat daun palas atau ketupat daun kelapa....semuanya makanan dihari raya..kalau kat luar negara,,ini yang dirindui sangat2..