Monday, September 6, 2010

meniti ramadan ke penghujungnya

Assallamualaikum,
Semuanya pantas berlalu. Sekejap saja Ramadan akan pergi, Syawal dah mula mengintai. Mama bagai berjalan di celah pepohon... terkadang senang meloloskan diri,terkadang mengeluh keletihan , ada kalanya maju bertapak dan adakalanya berhenti sejenak mendengar kicau burung....
Banyaknya kerja-kerja yang perlu dibereskan.
Pelajar STPM seni Visual mama sedang bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan pengkaryaan dan waktu itulah mama dipanggil berkursus , Minggu selepas Hari raya kursus itu akan bersambung lagi..Risau mama dengan masa-masa genting ini.
Peperiksaan PMR pun tidak lama lagi..mama ada juga mengajar English untuk form 3 PMR ni..satu kelas jer tapi kesian sangat pada pelajar tu bila mama berkursus..tiba nya sekarang cuti Hari Raya. Banyak sebenarnya lagi yang perlu mama bersama mereka ...
Hari raya dah makin hampir, putera puteri mama bersms tentang persiapan raya...Dalam kesibukan ulang alik antara rumah dan tempat kerja..mama merindui masa-masa putera-puteri masih kecil, mama akan sibuk membawa mereka membeli baju raya.....Sekarang semua dah bekerjaya dan ada pendapatan sendiri, Apa yang mereka sebut, mereka yang mengadakannya..Alhamdulillah.
Fariq beberapa kali menanya tentang warna tudung yang mama mahu..Katanya nak beli untuk mama.. Mama cakap nak warna macam bunga-bunga yang berkembangan di laman kita
warna apa..
warna purple
tapi mama nak yang light purple..

Semuga hari Raya kita seceria warna-warna di laman rumah mama. Buat semua teman Blogger mama mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berhari raya..Maaf zahir batin.
Aidil Fitri yang mulia.
maaf di atas segala kekurangan dan kecetekan ilmu memaparkan cerita.
Buat semua yang sentiasa menziarah blog mama dan menitip rasa..
Cikgu Sonata, Rozali, Rosli, Ayah zain, Uncle, Pak Itam, Shami2, Ummi Humaira, Mama Ju, Q, Kakzakie, kak Nab, Penjejak Maya, Kamato, Ibu guru,PB. Cik Amy,Bapa dari srengege, Raduan, Norazlan, Tai Lim, komensen.
(hanya sempat menyebutnya di sini)
dan yang lain-lain juga.
Thank you very much




Terkadangnya dalam ceria seperti warna-warna itu ada juga yang kemasaman dalam kehidupan ini. Bagai masamnya buah binjai..tetapi masamnya ada kelebihan juga.
Hidup ini pun begitu, yang tiada indah, sebenarnya sebagai pedoman buat kita mencari sisipan yang tersalah, kekurangan adalah untuk kita mencari kelebihan .

Pekerja asrama memberi beberapa biji buah binjai ( setengah tempat menyebutnya buah kemang). Ada pelajar masih tak kenal buah binjai..puteri dan putera mama pun tak kenal buah binjai ini..Si bongsu Iskandar memberitahu mama..tembikai susu ka.....








10 comments:

  1. salam

    binjai? rindunya kat b uah binjai ni

    ReplyDelete
  2. Salam Kak nadz,

    Selamat hari raya dari saya. Semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian semua. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Salam Mama Nadz,

    Tersentuh hati mengetahui insan bernama Nadzirah ini. Kental dengan tanggung-jawab. Beruntunglah insan di bawah payungannya. Anak-anak pun dah besar hasil tangan yang membelai. Masing-masing ingin membalas jasa walau tidak ditagih.

    Balasan Allah bukan menanti di akhirat, ada kalanya akan dapat dinikmati di dunia lagi.

    SELAMAT HARI RAYA buat mama nadz sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Salam 28 Ramadhan Mama nAdz

    SELAMAT HARI RAYA


    lihat buah binjai,
    teliur pulak
    he he
    tak suka asam

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. SALAM.

    BARULAH ADA KELAPANGAN UNTUK BERJALAN-JALAN. ESOK SAYA BERCUTI. BOLEHLAH TIDUR LAMBAT SIKIT.

    SAYA JUGA NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA. MAAF BANYAK2 KERANA SERING KESEMPITAN MASA UNTUK MENJENGAH BLOG INI. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KERANA NADZ SERING BERKUNJUNG. MALU RASANYA SAYA NAK TUNJUK MUKA.

    ReplyDelete
  6. w/salam AZ,

    Sedap juga apabila diracik halus dan digaul dengan sambal belacan..

    ReplyDelete
  7. w/salam Rose,

    terima kasih ziarah.
    Insyallah.

    ReplyDelete
  8. w/salam Kakzakie,

    Terima kasih.
    Mama nadz biasa-biasa jer..manalah hebat apa.
    Terima kasih ziarah.

    ReplyDelete
  9. w/salam Rozali,

    Buah binjai memang masam.
    makan sedikit ngan sambal bolehla..nk makan banyak tak boleh kot...

    ReplyDelete
  10. w/salam Lavendari,

    Ada masa kita ziarah..itu perkara biasa.

    Selamat Berhari Raya.

    ReplyDelete