Friday, December 24, 2010

Oh Nilam

Letaklah sehelai di dalam handbag..wanginya berbulan..bila kering lebih harum dari daun pandan..
Ambil sehelai letak dalam almari baju..wah..wanginya...
Letak dalam beg duit..wanginya bila beg kecil dibuka ..tahan berbulan wanginya..
susahnya nak hidup pokok ni..mama jaga elok-elok tapi sikit saja daunnya..nak dipetik daunnya pun sayang..tapi dipetik juga kerana keharumannya bila kering..
Letak dalam kereta..sesiapa masuk dalam kereta..akan bertanya..wangi apa ni..bestnya bau manis mcm bau daun pandan!..
Adakah sesiapa kekawan blog mama ni ada menanam nya..
Mama ada hanya sepokok kecil sahaja
Pokok Nilam namanya...

6 comments:

  1. Salam Mamam Nadz,

    Kakak tak pernah jumpa pokok ini. Kalau ada hendak juga tanam. Agaknya mereka yang buat potpouri guna daun ini bila masuk dalam pouch hingga baunya semerbak satu bilik.

    Atau mungkin kakak pernah nampak tapi tak ada pengetahuan jadi tak tahu ia berfungsi seperti yang mama katakan. Kakak akan cuba cari bila ke nursery...mana tahu ada.

    Terima kasih info mama ni...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama

    mukin saya tak pernak tenguk pokok tu
    kalau ada lebih boleh pos kat saya...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. w/salam kak zakie,

    Pokok ni banyak ditanam oleh orang cina..mereka letak dalam poket baju..
    Pokok ni adik mama yang bagi..dia kerja misi(nurse)..setiap hari dia menghidu haruman yg wangi..dia tanya kepada sister(ketua jururawat berbangsa Cina)..so that sister tu bagi dia sepokok..last2 adik mama bagi pada mama sebab dia sibuk..tak sempat ambil berat hal pokok tu..dah berapa bulan dah..masih terkebil2 nak hidup..kalau banyak daunnya..pasti seronok..

    ReplyDelete
  4. w/salam Rozali,

    Nanti kalau daunnya banyak..Mama boleh poskan 2, 3 helai..insyaallah..biar harumannya mengembak di bandar pulak!

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info mama,

    1st time tengok dan dengar nama pokok ni.

    ReplyDelete
  6. Nilam bagus sebagai insect repellant, macam serai wangi juga.

    ReplyDelete