Saturday, February 26, 2011

semakin sibuk sekarang

Assallamualaikum...
hari Khamis lepas sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah di sambut di sebuah kampung 1KM dari sekolah. Kami berarak dan berselawat ke Masjid di kampung itu yang terletak agak dalam. Sambil berjalan dan berselawat pagi itu, mama lihat kampung itu masih segar dengan suasana kampung..terhimbau mama macam zaman 60 an...dengan bukit, anak sungai, bentuk rumah dan suasana...indah ..scenic! gambar ini mama snap dari belakang masjid...semasa mendengar ceramah .

orang kampung bergotong royong menyediakan bahan untuk jamuan. Kebanyakkan mereka berbual dalam bahasa Siam. Lembu seekor yang disedekahkan oleh PIBG menjadi lauk untuk semua yang hadir, pelajar-pelajar sekolah dan waris.

Ibu-ibu waris pelajar juga membantu menyediakan gulai daging dan kerabu pisang muda yang sangatlah lazat. Inilah yang mama sangat suka tentang masyarakat di sini , bergotong royong dalam apa jua aktiviti sekolah. mereka membantu hingga selesai majlis. mama jua bersama mereka tetapi hanya berdiam diri, tidak dapat menyampuk bercakap atau memahami, kerana di kalangan ini boleh dikatakan mereka bercakap siam...
Adalah juga bertegur sapa dalam bahasa Melayu..tetapi telo siam lah...
Alhamdulillah..dapat juga mama buat satu N3...mama agak sibuk 2, 3 minggu ini..banyak sangat kerja..kerja sekolah dan hal-hal di rumah..cucu mamatok semakin besar dan memerlukan banyak perhatian..umminya dah pergi bekerja lalu mamatok dan babah yang mengasuhnya waktu mama ke sekolah mama hantar ke rumah jiran sebelah seorang guru pencen...masing-masing dah bercucu..Idris dapat kawan di situ..




6 comments:

  1. as salam mama...

    waa...lamanya mama menyepi..sibuk ye...
    takpe...asalkan mama bahagia dan ceria selalu di sana....


    mama..nanti mama jgn lupa tuka link blog saya yang baru ni tau...

    http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama Nadz

    Alhamdulillah mama sihat
    dah besar cucu yer
    boleh buat kawan berceloteh

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Banyak tempat di Kedah tu, penduduknya memang berkomunikasi dalam B/Siam.
    Sekitar 5-6 batu Alor Setar tu baru bebas sepenuhnya. Pun ramai juga ada warisan Siam juga ... macam arwah Ayah Kak G sebelah Tok perempuan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mama nadz,

    Maulud sekarang akan berpanjangan selagi ada yg masih mahu bersedekah. Suka gotong-royong masyarakat di sana.

    p/s: Kakak dah rindu nak tengok babay Idris. Keluarkan aje gamabr dia mama tak perlu bina ayat. Biar pembaca yg tafsir sendiri.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mama nadz,

    Saja kakak datang. Sekarang kan cuti sekolah, mama nadz berjalan mana? Rindu dgn tulisan mama....:)

    ReplyDelete
  6. Assallamualaikum semua,
    ..kakzakie, kak G, Rozali, cik Amy,
    maaf lambat pula nak membalas comments..Dua tiga menjak hari tu mama agak sibuk dan tak berupaya melihat2 blog..
    dan hari ni baru dapat menupdate..semuga ukhwah kita terus berpanjangan..

    ReplyDelete