Saturday, May 29, 2010

Sudah dewasa anak kembarku

dulu-dulu
RECENTLY...
26 Mei lepas adalah hari lahir anak kembar mama. 25 tahun lepas mama dikurniakan sepasang kembar Fateha dan Fariq. Sepasang kembar yang begitu rapat sejak kecil sehinggalah apabila mula bersekolah menengah. Fateha dapat belajar di sekolah berasrama dan fariq bersekolah bersama dengan mama. Mama dapat melihat pertalian yang amat rapat antara mereka.
1) Pernah semasa baby, fateha mendapat luka didagu kerana terkena besen mandi dan di jahit. Selang 3 hari Fariq luka didagu juga apabila terkena kayu ..juga didagu. Bekas parutnya ada hingga kini.
2) Apabila Fateha mengalami demam, Fariq akan mengalami cirit birit. Sehingga hari ini sekiranya salah satu demam, mama akan segera menelefon yang seorang lagi bertanya kabar..dan jawapannya positif..pasti sakit juga..dah 25 tahun !
3) Fateha pernah memakai baju bewarna hijau di rumah, bila adik kembarnya pulang ke rumah waktu cuti..juga memakai baju hijau
dan banyak lagi persamaan sikembar ini yang mengisi perjalanan hidup keluarga mama.

Sekarang Fateha dan Fariq telah besar panjang. Telah bekerja dan yang membahagiakan ....kedua-duanya bekerja dalam syarikat pengeluaran kenderaan. Fateha bekerja di NAZA dan Fariq di PROTON!! Fateha masih menyambung pengajian Masters secara partime. Anak gadis yang bercita-cita tinggi. Fateha peramah sangat tetapi Fariq pendiam..

Semoga mereka sentiasa dirahmati untuk menempuh hidup ini. Mama menyayangi kamu.
SELAMAT HARI LAHIR.

Monday, May 24, 2010

rutin

Hari berlalu begitu cepat. Sekarang dah sampai peperiksaan Pertengahan Tahun.
Minggu ni.mama teramat sibuk.. bukan buat-buat sibuk.. pelajar periksa mid term. Jadi banyaklah kerja nak diuruskan.

Walaupun begitu, dalam ruang waktu sibuk pun mama dapat juga ke Danork (pekan selatan Thai dekat Bukit kayu Hitam), Tujuannya hanya nak membeli beberapa hiasan untuk landskap dewan baru sekolah. Kalau di sana..pokok tanaman memanglah tersangat banyak dan cantik... mama tengok Teko ni semasa makan tengahari. depa serve teh panas ( free)

Mama datang sini ke Danork cuma nak beli set water feature ni ja.

Ada pula sepasang burung kat situ...


Mama tak ada idea nak papar hari ni..cuma ini buat anak mama yang jauh untuk mengikuti rutin mama di sini.



Friday, May 21, 2010

Buah apa ni?

Assallamualaikum,
Mama paparkan gambar pokok dan buah ini, nak tanya sesiapa yang tahu apa nama pokok ni ..buah apa ni?
Nak tanya : Rozali, Hajah Zainab, Ayah Zain, Mama Ju, Cik Amy, Kamato, Namoyaki, Cikgu Sonata, Pak Itam, uncle,PB atau siapa-siapa saja yang membaca Blog ni ..N3 ni.

Kata jiran buah Tin.. macam kat Mekah tu..
Tapi ada kawan sorang lagi kata buah lempung..
Ada budak-budak kata buah bari-bari...




sebenarnya buah apa?

Mama pun tak pernah tengok buah ni sebelum ni..cuma bila Hb beritahu terdapat kat Kebun jiran..so hb rakamlah gambarnya..bagi mama susah hati fikir buah apa..



hamparan hijau.

Cepatnya masa bergerak, baru saja melihat bendang selesai dibajak, hari ni telah terbentang hamparan hijau. cepatnya pokok padi tumbuh. Sejuknya mata melihat kehijauan ini.
Mama memandu agak perlahan, merakam gambar dari dalam kereta dan komposisinya adalah apa yang dapat hanya. Mama amat suka warna hijau ini ...yang berada disekeliling mama semasa memandu. Kawasan sawah dan kampung-kampung. Saujana mata memandang. sawah hingga ke tepi laut Jalan di kawasan ini lurus dan sudah tentu tempat sebegini tidak banyak kereta.









Betapa mama bersyukur dengan keindahan alam. Mama berada di daerah yang jauh dari bising bingit kenderaan. Mama senang dan tenang memandu. Mencari rezeki di daerah lain dan pulang saban minggu menjenguk rumah yang setia menunggu dengan kewangian bunga kesidang, bunga kenanga, melur, tongkit, mawar dan TYT.
Bila pulang ke rumah amatlah terasa damai. Puteri ke-1 telah mulai terasa tendangan baby, mulai mengidam macam-macam..mama tidak lama lagi akan menimang ahli baru. Puteri ke-2 pula sibuk bercerita dengan peperiksaan Masters yang baru selesai..puteri ini becuk sedikit, dia amat berminat dengan kerja-kerja yang dilakukan di ofis dan setiapnya akan diceritakan pada mama.
Mama akur dengan ketabahannya, bekerja disiang hari dan memecut ke Universiti pula untuk part timenya. Bila di aju soal berumah tangga..akan dijawab nanti dulu..kita tunggu kelahiran anak menakan. Puteri ke-2 ini amat teruja menunggu kakaknya mendapat baby sulung. Akan berserilah rumah ini nanti..kerana telah lama pun sepi.
Putera bongsu pulang bercuti.......mama tersangat merindui putera bongsu ini. Iskandar yang akan membuat latihan praktikumnya dengan perkapalan ini membisik kepada mama..nak makan spageti...
hari ni mama nak masak spageti buat anakanda itu.. (mama nak makan nasi dengan ulam-ulam..) tak apalah untuk anak mama..kerana mama sentiasa menyayangi kamu semua. Dua orang Putera lagi yang berada jauh di sana ..mama sentiasa menunggu kepulangan kamu setiap cuti .

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru

Sambutan Hari Guru di dalam dewan baru. Pelajar pun jadi baik tengok dewan yang selesa. Mama pun banyaklah tugas apabila dewan baru ni mula digunakan.
Pelajar-pelajar mama semuanya baik-baik belaka. Mendengar ucapan hari guru yang dibacakan.

Jamuan hari guru. macam-macam ada. Nasi tomato...


Laksa Siam..( memang pun siam..tukang masak dari Haatyai) sedap..


Ada mee kari, nasi kerabu..macaroni, pulut, bubur, kuih-kuih tempatan, fruit koktel..( tapi tak sempat nak snap sebab mama pun lapar juga selepas perhimpunan yang lama..)

Yang menghibakan tetapi seronok bila pelajar menghulurkan ini.. (tak sangka pula pelajar yang selalu ada masalah yang bagi)

Hamper kerana terpilih anugerah. .....( tak payahlah mama cakap anugerah apa) pelajar-pelajar yang pilih.




Letak kat bawah kerana nak nyanyi lagu "Kami Guru Malaysia"

atas kerusi pun ada..
mama membaca sms seorang kawan :
a teacher is a rose whose petals r soft,
a teacher is a lily whose stem is tall & strong,
a teacher is a person who is never wrong &
a teacher is a person u should love4ever...trust teacher,
believe teacher & never doubt teacher.
InsyaALLAH..ALHAMDULILLAH.
Untuk semua guru-guru
Selamat Hari Guru.

Friday, May 14, 2010

kabus

Daun Peria Pantai dan daun kaduk
Ulaman tengahari yang menyegarkan...
Tapi memori kelmarin lebih indah..melalui suasana yang mendamaikan mata.

kabus jauh-jauh di sana
kabus mewarnai alam




Keindahan alam mengasyikkan. Apabila kabus memutih disekeliling terasa bagai di dunia asing.

Memandu kereta diawal pagi, melalui daerah yang saban minggu dijengah..menyambut mama dengan kabus pagi. Indahnya pagi ini..Betapa mama bersyukur dengan nilai keindahan yang dapat dikecapi pagi ini.

Tapi waktu-waktu kini mama tak sempat bermain warna..kanvas terkaku kat sudut tanpa calitan..sibuk sungguh mama sekarang. Putera puteri mama telah biasa melihat bagaimana mama diwaktu-waktu begini..

Nanti..akan mama cari waktu-waktu senggang untuk berkarya dengan keindahan kabus-kabus.


Hari ni dapat makan makan nasi berulam daun kaduk dan daun peria pantai..fresh

Monday, May 10, 2010

HAPPY MOTHER'S DAY.. sedih pula

......bunga buat ibu. .terima kasih





mama menerima sejambak bunga..bunga yang mama suka rose kuning dan merah hati.....
........................................hadiah Hari IBU..................................



anak-anak mama yang dikasihi, mama sentiasa merindui kamu saban hari..


















Saturday, May 8, 2010

Selamat hari IBU

SELAMAT HARI IBU
Anak-anakku,
Hari ini mama mengingati aruah emak mama (Atuk Eisha). Adakah anak-anak mama masih mengingati atuk? Dulu masa kamu masih kecil atuk selalu membelai kamu dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Atuk akan memarahi mama sekiranya mama meninggikan suara kepada kamu. Atuk telah tua ketika itu tapi masih menjahit sarung bantal dan tilam untuk menyambut kelahiran anak-anak mama ini. Betapa atuk menyimpan kain-kain perca untuk menjahit buaian kamu.
Mama kini amat merindui atuk .
Mama mengingatinya kerana mama banyak mewarisi sifat fizikal atuk itu.. berdarah kacukan Indian muslim dan Parsi, hanya mama satu-satunya mewarisi keseluruhan wajah mami itu. Bila mengingati atuk, mama selalu membayangkan kehidupan awal mama dikalangan wajah-wajah Indian muslim..amat indah dengan masakan India dan juga pakaian cara mereka.
Kini masa berlalu, mama telah lama meninggalkan kehidupan cara itu, mama mengadaptasi segalanya yang ada di daerah ini. Atuk dan Wan telah lama tiada..tapi kenangan terlalu banyak untuk mama ceritakan kepada anak-anak mama, kerana kamu tidak pernah diberitahu dengan meluas susur galur keluarga mama yang begitu istimewa.
Jangan lupa, selalulah berdoa untuk mereka yang telah tiada.

Thursday, May 6, 2010

Melihat Hatyai,












Nama Hatyai terkenal dengan sudutnya tersendiri, dari sudut negatif dan positif. Apa salah kiranya kita pergi dan melihat dan buatlah tafsiran sendiri.

Indah ka Hatyai tu..
Bersihkah..
Aman kah
Mudahkah makanan Halal
Jalan dan lorongnya...
Lihatlah

Sunday, May 2, 2010

terlihat



Yang terpandang ....di Hatyai1. kereta apa agaknya?..

2. biji gajus (mama panggil biji jangguih) berlambak kat luar kedai


3. rata-rata jumpa macam ni.




4. penjual raga dalam bandar.



5.wayar letrik ...mcm serabut


Selamat pulang ke... Negeri Kedah








Hatyai pula..

Cuti hari pekerja..mama ke Hatyai kerana ada jamuan makan tengahari di sana ..meraikan seseorang. 2 bulan lepas dah ke Bangkok jadi bila ka Hatyai tidaklah teruja sangat. Hidangan makanan Thai biasa saja. tiada yang special pun. Tapi apa yang mama paling berminat ialah apabila dapat ke floating market kat Hatyai. Sungainya taklah seelok atau sejernih Sungai Menam atau sebesar selebar sungai Muda ,Kedah tetapi keadannya konsepnya menyebabkan pelancong dan pengunjung tempatan..ramai sangat.Menurut rakan-rakan di sini makanan halal, sebab itu ramai pengunjung Islam lebih-lebih lagi dari Yala, Narathiwat dan ada yang bertutur bahasa melayu macam dialek Kelantan

Ramai
makanan dihidang dalam bekas tanah/teracotta macam periok tanah kecil atau dihidang dalam tempurung atau dalam lekar yang dilapik daun pisang

minuman diisi dalam buluh
dalam bekas teracota macam vase bunga pun ada..tak der gambar kat sini..

semua dijual dari atas perahu dan semua wanita..nasi ayam ni ..katanya sedap..tapi tak tahulah mama tak rasa nak makan pun



mama beli yang ini ..otak-otak ke apa..rasa macam satah tapi besar bungkusnya..sedap ada daun pudina dalamnya

cucur udang..mee..semua ada

semuanya menjual dengan senyum dan peramah


macam lincikang, rasa macam cendol..sedap..

udang yang segar, dibakar atas sampan . 5 ekor =20BHT=rm2

penjual itu akan meletak makanan di dalam raga dan menghulurnya dengan galah kepada kita, kita ambil ja terus letak duit ke dalam raga tu. Raganya pun dihias..
ini cendol ka..
lincikang ka
bubur caca ka..
tapi sedap
bekas ni mama bawa balik ,,rata-rata yang membeli nakkan bekas agaknya..
kalaulah kat Kuala Kangsar yang sungainya mengalir damai, luas dan bersih,
Di sana kan ada perusahaan tembikar kat sayong
kalau floating market dapat dilaksanakan macam konsep kat Hatyai..
Alangkah majunya kraf kita
ekonomi tempatan
dan makanan tempatan cara kita
perantau pun akan pulang balik kampung
pelancong asing akan mendapat kenangan.