Friday, May 14, 2010

kabus

Daun Peria Pantai dan daun kaduk
Ulaman tengahari yang menyegarkan...
Tapi memori kelmarin lebih indah..melalui suasana yang mendamaikan mata.

kabus jauh-jauh di sana
kabus mewarnai alam




Keindahan alam mengasyikkan. Apabila kabus memutih disekeliling terasa bagai di dunia asing.

Memandu kereta diawal pagi, melalui daerah yang saban minggu dijengah..menyambut mama dengan kabus pagi. Indahnya pagi ini..Betapa mama bersyukur dengan nilai keindahan yang dapat dikecapi pagi ini.

Tapi waktu-waktu kini mama tak sempat bermain warna..kanvas terkaku kat sudut tanpa calitan..sibuk sungguh mama sekarang. Putera puteri mama telah biasa melihat bagaimana mama diwaktu-waktu begini..

Nanti..akan mama cari waktu-waktu senggang untuk berkarya dengan keindahan kabus-kabus.


Hari ni dapat makan makan nasi berulam daun kaduk dan daun peria pantai..fresh

7 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    bab ulam ni memang saya suka sekali
    itu sebab nampak muda
    he he

    Wasslam

    ReplyDelete
  2. w/salam En Rozali,
    Bagusnya kalau nampak muda..
    Mama nadz pun nak awet muda gak..biar cucu tak kenal yang mana ibu yang mana tok mama.he he he..
    Terima kasih kerana menziarah
    w/salam.

    ReplyDelete
  3. Dear Nadz.

    First time visiting. You have the talent. Keep on writing!

    ReplyDelete
  4. Thank you dear Uncle.

    ReplyDelete
  5. Dear Uncle,
    Thank you for visiting my ntah apa-apa blog ni. Baru nak cuba berblogging.W/salam.

    ReplyDelete
  6. dan pada setiap titisan-titisan,
    di situ ada nur,

    dan pada setiap penglihatan,
    di situ ada penghayatan,

    dan pada setiap penghayatan,
    di situ ada pertanyaan,

    dan pada setiap pertanyaan,
    di situ ada pemikiran,

    dan pada setiap sekeliannya,
    di situ ada tanda-tanda (kebesaran-Nya) bagi yang memerhati, bertanya serta memikirkan,

    ReplyDelete
  7. salam namoyaki,
    Terima kasih.

    ReplyDelete