Assallamualaikum,
Mama paparkan gambar pokok dan buah ini, nak tanya sesiapa yang tahu apa nama pokok ni ..buah apa ni?
Nak tanya : Rozali, Hajah Zainab, Ayah Zain, Mama Ju, Cik Amy, Kamato, Namoyaki, Cikgu Sonata, Pak Itam, uncle,PB atau siapa-siapa saja yang membaca Blog ni ..N3 ni.
Kata jiran buah Tin.. macam kat Mekah tu..
Tapi ada kawan sorang lagi kata buah lempung..
Ada budak-budak kata buah bari-bari...
sebenarnya buah apa?
salam anaknda,
ReplyDeleteTempat ayah juga dipanggil lempung.
Bila masak dan pecah buahnya akan di hurungi bari-bari.
Biasanya pokok ni tumbuh liar di tebing2 sungai.
Wassalam
Assalamualaikum Nadz
ReplyDeletetak pernah saya tenguk lagi
Ayahanda kata tu betul le
ehh, boleh makan ke
Wassalam
w/salam ayahanda dan Rozali,
ReplyDeleteSaya pun tak tahu samaada boleh makan ke tidak..tapi tuannya kata tunggu masak buat halwa... macam buah tin...
Terima kasih kerana menziarah
salam nadz,
ReplyDeletekak nab tak kenal...tanya suami, dia kata buah Tin..
salamm mama..
ReplyDeleteissshh...buah apakah itu..
x pernah tgk lagi laa..
ni first time tgk ni..
boleh mkn ke buah tu ek??
jakun ni..takk tauuu..
heheee
salam mama..
ReplyDeletelama menyepi..
pi mana tu..
Assallamualaikum Hajah,
ReplyDeleteya lah..ada juga orang kata buat tin..kalau macam tu seronoklah kami dapat makan buah tin.. kena keringkan.
w/salam.
w/salam Cik Amy,
ReplyDeletetu yang mama dok tanya kawan2 tu..kata setengah org buah Tin, yang lagi buah ara lempung.buah bari2..apa pun buah ni boleh dimakan kata jiran.
Mama sibuk sikitlah dua tiga hari ni..akan diadakan majlis besar-besaran kat sekolah.
w/salam
Assalamualaikum mama nadz...
ReplyDeletebaru2 ni ada mak angkat PB kt sik tunjukkan buah ni..buah lempung dorg panggi namanya..unik juga..dgn pohon die yg rendang..n buah yg bergugus2..ada photo PB dgn pohon lempung nih..nanti ada masa PB unpdatekan di blog..jemput2 la bertandang...
wassalamualaikum w.b.t
=)
w/salam,
ReplyDeleteterima kasih kerana menziarahi mama nadz.
:)
ReplyDeletepuas juga saya membaca, membaca, menghitung ke seluruh pelosok, belayar sehabis jauh yg boleh dijelajahi di jelajahi,
yang terhasil dan yang yg terdekat akan kepada jawapan bagi segala pertanyaan sahabat;
rujuk: 'ficus', cari 'Ficus Wikipedia', http://en.wikipedia.org/wiki/Ficus
buah bari-bari atau buah lempung ini tergolong di dalam keluarga 'ficus',
'ficus' juga adalah menjadi makanan bagi haiwan yg berterbangan, biji ficus kemudiaannya bercambah melalui buangan najis haiwan.
ada lagi sejenis 'ficus' (buah kecil-kecil warna merah yang dimakan oleh burung, kemudian burung tersebut akan bertandang di bumbung atau bendul banggunan, kemudian burung itu berak (proses percambahan) dan tinggalkan biji-biji 'ficus' di atas bendul atau bumbung banggunan tersebut, kemudian tumbuhlah pokok, kemudian tumbuhlah buah, dan buah itu dimakan oleh burung lain dan haiwan-haiwan yang lain, masyaAllah, sungguhlah, janji Allah AzzaWajalla itu benar, rezeki ada di-mana-mana, dan tumbuh pula tumbuhan di atas batu-batu batan, dan tumbuhnya sebarang macam tumbuhan yang disirami hujan dan daunnya menuju ke langit, tandanya mereka berdoa, bersyukur dan bertasbih?,
'ficus', 'fiq', suatu episod yang terbaik di dalam hidupmu, :)
Namoyaki,
ReplyDeleteterima kasih pada jawapan ini..
Ermm.. org meelayu panggil buah ara/lempung.. orang putih panggil fig dan org arab panggil buah tin.. buah ni berkat sebab disebut dlm quran.. org melayu je x nak makan.. bangsa lain buah ini adalah komoditi
ReplyDelete