Friday, May 21, 2010

hamparan hijau.

Cepatnya masa bergerak, baru saja melihat bendang selesai dibajak, hari ni telah terbentang hamparan hijau. cepatnya pokok padi tumbuh. Sejuknya mata melihat kehijauan ini.
Mama memandu agak perlahan, merakam gambar dari dalam kereta dan komposisinya adalah apa yang dapat hanya. Mama amat suka warna hijau ini ...yang berada disekeliling mama semasa memandu. Kawasan sawah dan kampung-kampung. Saujana mata memandang. sawah hingga ke tepi laut Jalan di kawasan ini lurus dan sudah tentu tempat sebegini tidak banyak kereta.









Betapa mama bersyukur dengan keindahan alam. Mama berada di daerah yang jauh dari bising bingit kenderaan. Mama senang dan tenang memandu. Mencari rezeki di daerah lain dan pulang saban minggu menjenguk rumah yang setia menunggu dengan kewangian bunga kesidang, bunga kenanga, melur, tongkit, mawar dan TYT.
Bila pulang ke rumah amatlah terasa damai. Puteri ke-1 telah mulai terasa tendangan baby, mulai mengidam macam-macam..mama tidak lama lagi akan menimang ahli baru. Puteri ke-2 pula sibuk bercerita dengan peperiksaan Masters yang baru selesai..puteri ini becuk sedikit, dia amat berminat dengan kerja-kerja yang dilakukan di ofis dan setiapnya akan diceritakan pada mama.
Mama akur dengan ketabahannya, bekerja disiang hari dan memecut ke Universiti pula untuk part timenya. Bila di aju soal berumah tangga..akan dijawab nanti dulu..kita tunggu kelahiran anak menakan. Puteri ke-2 ini amat teruja menunggu kakaknya mendapat baby sulung. Akan berserilah rumah ini nanti..kerana telah lama pun sepi.
Putera bongsu pulang bercuti.......mama tersangat merindui putera bongsu ini. Iskandar yang akan membuat latihan praktikumnya dengan perkapalan ini membisik kepada mama..nak makan spageti...
hari ni mama nak masak spageti buat anakanda itu.. (mama nak makan nasi dengan ulam-ulam..) tak apalah untuk anak mama..kerana mama sentiasa menyayangi kamu semua. Dua orang Putera lagi yang berada jauh di sana ..mama sentiasa menunggu kepulangan kamu setiap cuti .

6 comments:

  1. Salam nadz,

    ayah cukup senang menonton gambar2 yang disediakan.

    Indahnya ciptaan Allah.

    Terima kasih.Wassalam.

    ReplyDelete
  2. w/salam Ayahanda,
    Mama nadz ucap terima kasih kerana sudi menziarahi blog ntah apa-apa ni.
    inilah daerah saya, daerah yang mendamaikan hati dan jiwa..walau apa cabaran yang ada.
    w/salam

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan,

    Bila ke utara, ralit memandang bendang di sepjg perjlanan. Akak mmg sukakan alam semulajadi...laut, hutan, sungai dll.

    ReplyDelete
  4. w/salam Ina,
    Salam perkenalan. Terima kasih kerana ziarah blog mama Nadz yang serba tak kena ni.

    Itulah daerah mama..kelilingnya hanyalah sawah padi, di kaki Gunung jerai dan ada laut..
    ..mama follow Ina.

    ReplyDelete
  5. SALAM..

    WAAAHH...HIJAU PEMANDANGAN YANG INDAH..
    EMM...SAYA SUKA GAK MAKAN SPAGETI NI..LAMA BENAR DAH TAK MAKAN...

    ReplyDelete
  6. w/salam cik Amy,

    kadang-kadang sedaplah spageti...selalu sangat dah rasa x best pula.. demi anak, mama masak juga..jom makan.

    ReplyDelete