SELAMAT HARI IBU
Anak-anakku,
Hari ini mama mengingati aruah emak mama (Atuk Eisha). Adakah anak-anak mama masih mengingati atuk? Dulu masa kamu masih kecil atuk selalu membelai kamu dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Atuk akan memarahi mama sekiranya mama meninggikan suara kepada kamu. Atuk telah tua ketika itu tapi masih menjahit sarung bantal dan tilam untuk menyambut kelahiran anak-anak mama ini. Betapa atuk menyimpan kain-kain perca untuk menjahit buaian kamu.
Mama kini amat merindui atuk .
Mama mengingatinya kerana mama banyak mewarisi sifat fizikal atuk itu.. berdarah kacukan Indian muslim dan Parsi, hanya mama satu-satunya mewarisi keseluruhan wajah mami itu. Bila mengingati atuk, mama selalu membayangkan kehidupan awal mama dikalangan wajah-wajah Indian muslim..amat indah dengan masakan India dan juga pakaian cara mereka.
Kini masa berlalu, mama telah lama meninggalkan kehidupan cara itu, mama mengadaptasi segalanya yang ada di daerah ini. Atuk dan Wan telah lama tiada..tapi kenangan terlalu banyak untuk mama ceritakan kepada anak-anak mama, kerana kamu tidak pernah diberitahu dengan meluas susur galur keluarga mama yang begitu istimewa.
Jangan lupa, selalulah berdoa untuk mereka yang telah tiada.
selamat hari ibu buat mama
ReplyDeleteselamat hari ibu untuk Nadz - ibu kepada anak2 yang comel
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteSELAMAT HARI IBU untuk 9 Mei 2010..sok..
moga bahagia dan ceria selalu di samping keluarga..
Terima Kasih buat:
ReplyDeleteKamato
Cik Amy
Sonata
terasa hiba pula..bila ramai ucapkan ini.
Salam
salam hormat ibu,
ReplyDeletesetiap hari dan setiap bilangan waktu adalah hari mengenangkan ibu,
andai mahu dikira akan kasih dan pengorbanan hasilan daripada pengorbanan seorang ibu,
aku bersaksi; tidak terhitungkan.
selamat mengenang ibu,
salam sejahtera di ucapkan kepada ibu,
salam penuh kasih dan sayang.
Salam Nadz
ReplyDeleteSelamat hari ibu buat semua ibu ibu yang berkorban untuk anak-anak dan suami mereka. Semoga Allah memberktinya
salam namoyaki,
ReplyDeletesesungguhnya ibu ada di hati setiap hari.
terima kasih
salam Ayah Zain,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini.
Terima kasih atas ucapan.
Bahagianya menjadi ibu .....Alhamdulillah.