Sunday, May 2, 2010

Hatyai pula..

Cuti hari pekerja..mama ke Hatyai kerana ada jamuan makan tengahari di sana ..meraikan seseorang. 2 bulan lepas dah ke Bangkok jadi bila ka Hatyai tidaklah teruja sangat. Hidangan makanan Thai biasa saja. tiada yang special pun. Tapi apa yang mama paling berminat ialah apabila dapat ke floating market kat Hatyai. Sungainya taklah seelok atau sejernih Sungai Menam atau sebesar selebar sungai Muda ,Kedah tetapi keadannya konsepnya menyebabkan pelancong dan pengunjung tempatan..ramai sangat.Menurut rakan-rakan di sini makanan halal, sebab itu ramai pengunjung Islam lebih-lebih lagi dari Yala, Narathiwat dan ada yang bertutur bahasa melayu macam dialek Kelantan

Ramai
makanan dihidang dalam bekas tanah/teracotta macam periok tanah kecil atau dihidang dalam tempurung atau dalam lekar yang dilapik daun pisang

minuman diisi dalam buluh
dalam bekas teracota macam vase bunga pun ada..tak der gambar kat sini..

semua dijual dari atas perahu dan semua wanita..nasi ayam ni ..katanya sedap..tapi tak tahulah mama tak rasa nak makan pun



mama beli yang ini ..otak-otak ke apa..rasa macam satah tapi besar bungkusnya..sedap ada daun pudina dalamnya

cucur udang..mee..semua ada

semuanya menjual dengan senyum dan peramah


macam lincikang, rasa macam cendol..sedap..

udang yang segar, dibakar atas sampan . 5 ekor =20BHT=rm2

penjual itu akan meletak makanan di dalam raga dan menghulurnya dengan galah kepada kita, kita ambil ja terus letak duit ke dalam raga tu. Raganya pun dihias..
ini cendol ka..
lincikang ka
bubur caca ka..
tapi sedap
bekas ni mama bawa balik ,,rata-rata yang membeli nakkan bekas agaknya..
kalaulah kat Kuala Kangsar yang sungainya mengalir damai, luas dan bersih,
Di sana kan ada perusahaan tembikar kat sayong
kalau floating market dapat dilaksanakan macam konsep kat Hatyai..
Alangkah majunya kraf kita
ekonomi tempatan
dan makanan tempatan cara kita
perantau pun akan pulang balik kampung
pelancong asing akan mendapat kenangan.









6 comments:

  1. Assalamualaikum Mama Nadz

    seronoknya
    kalau saya nak melancung ke Hatnyai
    boleh mama teman kan
    kira2 pemandu pelancung leee

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. w/salam..cepatnya Rozali baca N3 mama ni.
    Nak jadi pemandu pelancong taklah boleh kot..mama tak tahu cakap siam susah nanti.
    Kalau kita lihat bandar-bandar di siam ni..elok bandar kita lagi tapi mereka ada keistimewaan tersendiri. macam Hatyai ..sungai yang kecil tak selebar mana, air kotor sampai hijau..depa majukan cara macam tu..mama kagum dengan konsep perniagaan tu..
    terima kasih kerana sentiasa menziarah mama ni
    w/salam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum teacher..
    PB(HIDAYU) ziarah lagi..
    jauh perjalanan indah permandangan..
    tengok makanan yang ada di hatyai seperti unik..
    tapi mesti enak kan?
    walaupun ala2 tradisional,tapi itu lebih sedap dan puas hati.
    panorama di sana juga memikat hati..
    dengan keunikan para peniaga dan cara mereka meraih rezeki..
    syukran teacher atas perkongsian perjalanan...
    dapat juga manfaat dan info kpd pembaca..
    =)

    ReplyDelete
  4. w/salam Hidayu,

    sebenarnya mama banyak melihat dari sudut kemajuan seni itu sendiri..
    pecahan seni yang diimplement oleh orang siam..betapa setiap pecahan seni itu ditonjol dalam fokus kepada kemajuan ekonomi.

    ReplyDelete
  5. terima kasih buat Hidayu yang sudi mengunjungi N3 mama..lawatilah selalu..w/salam

    ReplyDelete
  6. oh begitu..maksudnya,mama menilai kesenian setiap etnik dan budaya juga ye..serta mama comparekan dgn kesenian di negara kita..?menarik..
    kagum dengan ketelitian mama nadz...
    InsyaAllah..ada masa dan ketika.ayu melawat lagi.mungkin pelbagai info manfaat diperoleh di sni..
    =)

    ReplyDelete