Thursday, September 23, 2010

Masih

Assallamualaikum,
Mama masih menunggu. belum pun jadi Datin.
Puteri masih di hospital, telah 2 minggu sejak malam Aidil Fitri.
Puteri mendapat penjagaan yang baik di Hospital Sultanah Bahiyah. Sentiasa di pantau doktor pakar. Saban hari mama dan yang lain-lainnya menziarahi puteri. Agak jauh dari rumah tapi semuanya, terlebih-lebih si adiknya, teruja sangat menanti orang baru..
Kasihan puteri..bertarak-tarak sakitnya..14 hari yang di lalui dalam seragam merah jambunya.
Semoga esok akan hadirlah..begitulah perancangan doktor..
Segalanya padamu ya Allah. Ku himpun doa untuk kesempurnaan segalanya.

17 comments:

  1. salam sekeluarga,

    Doa semoga Allah berikan yang terbaik.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam mama....

    semoga semuanya dlm keadaan selamat....

    ReplyDelete
  3. Salam mama nadz,

    Oh belum lg rupanya...ingatkn dh selamat. Semoga anak mama selamat melahirkan.

    ReplyDelete
  4. Salam Mama Nadz,

    Masya-Allah masih menunggu kiranya. Sabarlah mama. Kesihannya Putri... mungkin masa nak raya dah ada rasa tapi sebenarnya bukan sakit nak bersalin.... lagi pun belum ada pengalaman bersalin. Atau sekarang dan over-due? Biasanya kalau belum due memang kena tunggu.

    Apa-apa pun doa mengiringi moga segalanya dalam perlindungan Allah jua hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum

    Bapa, ummi, Ina dan kakzakie,
    Terima kasih kerana mengingati mama..
    Pagi ini pukul 3.05 pagi puteri dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki..Alhamdulillah..

    masa malam aidil fitri walaupun sakit..doktor menangguh dahulu kerana masih terlalu awal..32 minggu..
    Pagi ini Jumaat dah genap 34 minggu dan dengan doa kesemua Puteri telah selamat melahirkan baby yang ditunggu-tunggu itu..

    ReplyDelete
  6. Salam Mama Nadz

    Alhamdulillah...maaf tak tinggal jejak sebelum nii...

    Masa puteri nadz sakit ari tuu...kak su ada baca, tapi tak sampaikan rasa simpati tuu...

    Alhamdulillah tadi kat PDKM nadz kata dah selamat dilahirkan...Amin.

    Inilah dugaankan dariNya....Tahniah ya... nekwan ke nenek ke wan nadz, hee..hee...hee...

    Wslm

    ReplyDelete
  7. w/salam kak su,

    Terima kasih kerana menziarahi dan bertanya kabar mama.
    Alhamdulillah..lega rasanya bila puteri telah selamat.
    2 minggu menjadi penghuni wad..

    jadi Mak tok kot...

    ReplyDelete
  8. salam,

    mudah2an semuanya selamat saja nanti..

    ReplyDelete
  9. Salam mama nadz,

    Sebuah penantian yang membuahkan sebuah pengakhiran yang memuaskan. Tersenyum dengan kurniaan Allah. Syukur Alhamdulillah gembira Putri dengan kepuasan yang sukar dizahirkan. Salam dan tahniah dari kakak buat Putri.

    ReplyDelete
  10. salam mama nadz

    alhamdulillah, semua dah selamat

    doa saya semoga kurnian Allah ini akan menjadi penyeri dalam kehidupan puteri dan mak toknya

    ReplyDelete
  11. salam mama...ni yang first ke?

    ReplyDelete
  12. w/salam penjejak maya,
    Terima kasih..Alhamdulillah semuanya selamat.

    ReplyDelete
  13. w/salam kakzakie,

    Terima kasih kerana sentiasa mengingati mama nadz. Menunggu adalah satu waktu yang meresahkan..tapi kurniaan Allah paling hebat..pengasihnya DIA.

    ReplyDelete
  14. W/salam Pak Itam,
    Terima kasih atas titipan doa..Ameen.
    Alhamdulillah ..Insyaalah
    Idris Umair adalah penyeri ruang-ruang kehidupan seluruh keluarga lebih2 lagi umminya, maktoknya.

    ReplyDelete
  15. w/salam uncle,

    Ini lah first. cucunda yang dinanti seluruh keluarga.
    Baru sorang jer pun yang kahwin.. tahun lepas kenduri, tahun ni mama nadz dah timang cucu...tak sangka pula dapat cucu ni seronok bangat!heboh satu FB dan blog..

    ReplyDelete
  16. tahniah....alhamdullilah semuanya selamat...

    ReplyDelete
  17. mama...tahniah dgn kelahiran baby tu..
    apa namanya ya..

    mama..jgn lupa tukar link blog sy yg baru ni tau..tgk kt list mama...masih lg link yg lama tuu..hehe

    ReplyDelete