Beberapa orang pelajar sekolah pengsan dan meracau..histeria (term yang kena guna)
1. hari mula terjadi kat asrama..2 orang pelajar pengsan dan meracau macam-macam
2. keesokannya 5 orang pula terjadi serupa semasa kat kelas..serupa juga
3 . hari seterusnya..semasa malis anugerah kualiti..2 pelajar pula dipapah keluar dewan..semacam saja..pengsan dan meracau.
Ustaz , ustazah serta guru-guru semua bekerjasama memperbaiki keadaan.
Terkadangnya mama terasa seram apabila staff yang telah lama berkhidmat di sekolah ini menceritakan keadaan kawasan ini dahulu.
Terdapat 2 orang guru di sekolah ini juga yang sering pengsan-pengsan..
Mama sebenarnya kuat semangat kerana pengalaman -pengalaman yang pernah dilalui dahulu.
Mama baru setahun di sini dan mama tak sangka pula akan terjadi histeria macam tu.
yang ingin mama nyatakan di sini entah kenapa, sejak mama tengok pelajar -pelajar ini pengsan, badan mama terasa lain macam. Mama ada memegang mereka dan membaca ayat kursi kerana pernah ada seorang ustaz memberi panduan apabila ada pelajar pengsan dan apa-apa yang perlu dilakukan.
Selepas kelmarin, mama dah tak dapat tidur..berjaga sepanjang malam, badan sering berpeluh dan pening.
mama beritahu rakan sebelah meja, kalau mama pengsan, tolong hubungi so n so. Mama takut pula diserang histeria..
Ya Allah lindungilah mama
Mama balik ke rumah di daerah sini, mama masih lemah dan banyak membaca quran..
masih teringat..Amat seram apabila pelajar menjerit dan meronta-ronta ketakutan kerana nampak lembaga tak ada kepala ..nampak itu dan ini
mungkin sahabat blogger mama ada petua-petua atau panduan untuk menghadapi masalah seperti ini...terutama buat mama kerana mama perlu sihat untuk bekerja.