Tuesday, December 13, 2011

hadiah yang istimewa buat keluarga mama

menantu (Cecilia Aisyah)dan anak(Fatehah)


Pada 3 Disember mama mendapat 2 orang menantu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Menantu perempuan adalah dari Sarawak dan keturunan Iban. Bila anak sulung mama lelaki menyatakan hasratnya untuk memilih gadis Iban, mama percaya itu pilihannya. Mereka sama-sama bekerja sebagai guru di Sarawak . Bila Cecilia diperkenalkan kepada mama, mama tahu pilihan anak mama ini adalah yg baik buatnya. seluruh keluarga mama menerima kehadiran Cecilia dengan sungguh gembira.

Mama panjatkan doa agar perkahwinan anakanda mama dengan Cecilia beroleh keberkatan dan dirahmati Allah. Sebagai saudara baru mama berharap anakanda mama akan membimbingnya sebaik mungkin. Cecilia Aisyah kelihatan ayu bila bertudung..Alhamdulillah.

Monday, December 12, 2011

Walimatul Urus

cenderamata untuk tetamu
2 pasang pengantin.




ini Idris dan uminya. Dah besar dan lasak.






2 anak perempuan mama . Umi Idris dan pengantin..Fatehah




Fatehah sedang promosi artwork mamanya!



Assallamualaikum,



lama benar mama tak update blog. Beberapa lama dulu blog mama dah tak boleh sign in, tetiba hari ni senang saja sign in..Alhamdulillah.





Minggu lepas 3 Dec 2011 di rumah mama telah berlangsung majlis kenduri walimatul urus anakanda -anakanda mama. Majlis yang sederhana sahaja..biasa-biasa , kenduri di daerah kampung...............



Majlis untuk 2 anak mama .Anak sulung mama Isfandi dan anakanda ke 3 Isfatehah. Beberapa minggu sebelumnya, mama amat sibuk dengan persiapan, dan masa itu juga sibuk dengan hal sekolah, pelajar-pelajar akan menduduki STPM. Mama dah rasa macam tak mampu melalui semuanya..tapi mama sentiasa panjatkan doa agar mama sentiasa sihat dan mampu melakukan segala macam kerja yang bersangkut paut. Disamping menguruskan perkara-perkara berkaitan kenduri, cucu mama terpaksa dijaga juga diwaktu petang. Idris semakin lasak dan di rumah tiada siapa selain mama dan babah. Bakal2 pengantin hanya balik 2, 3 hari sebelum majlis.






Friday, October 14, 2011

kini konvo si anak bongsu..Alhamdulillah.

ada kuning, ada putih dan ada merah...

hari yang dia sangat tunggu...



kakak-kakak nya lah yang suka sgt siapkan adiknya..
sejak kecil hingga dah besar kini. ..baju mesti kemas !




..kini giliran anak bongsu pula...
..sebagai seorang ibu tentunya mama terasa sangat bertuah mempunyai anak-anak yang mengikut haluan pendidikan dengan tertib dan sesuai dengan kemajuan mereka..Alhamdulillah

..Bagi Iskandar anak bongsu mama ini, mama melihat bagaimana ceria wajahnya dulu-dulu semasa menghadiri konvokesyen abang dan kakak2 nya..Masa itu dia masih di sekolah rendah dan menengah, dia akan meminta topi atau apa saja untuk diambil gambar..dan dia selalu berkata..tentu syok pakai jubah..nampak mcm orang pandai..tentu orang pandai baru dapat jubah.., dan hari itu telah lama berlalu dan pada 8 hb Oktober 2011, hari Iskandar sendiri akan naik ke pentas ..hari konvokesyennya sendiri.


dan UNIKL melangsungkan konvokesyen di PICC, Putrajaya.

Sangat bagus aturcaranya, sangat bagus ucapan dari VVIP2..sangat bersemangat dan sangat berpuas hati. Ibu bapa tentu rasa berbaloi dengan letih dan penat datang berkumpul meraikan anakanda masing-masing.



Buat Iskandar, teruslah apa yang telah dimulakan. Jika kecil mu meminati begitu maka strokelah pensel mu..gariskan garisan-garisan itu dan gemalah segalanya di lautan biru..Insyaallah.

Friday, September 16, 2011

Berkembang lagi














Semalam mama melihat Bakawali masih berkuncup,


Pagi ini telah kembang berseri..

Friday, June 24, 2011

Winter Sonata pula








Assallamualaikum,

Entah kenapa tiba-tiba mama menjadi agak malas mencoret di Busana Hati ini. Banyak hal-hal berlaku disekeliling mama , dan mama pun sibuk juga dengan tugas kerja dan di rumah.


Cuti sekolah baru-baru ni, mama sempat pergi melancong dengan guru-guru,kawan-kawan semaktab(MPPM). Kali ni mama ke Korea. Beberapa tahun lepas kita disajikan drama Korea 'Winter Sonata' , maka salah satu acara lawatan ialah mengunjungi tempat pengambaran drama Winter Sonata iaitu Pulau Nami. Tak dapat dinafikan, memang cantik, bersih, soothing. Kalaulah musim winter tentu keindahannya seperti dalam drama itu. Namun demikian, cuaca yang sikit2 sejuk itu pun dah dapat kita lihat pulau kecil yang tersangat dijaga ini.

Korea yang tinggi Teknologinya, kebersihan bandarnya memang menjadi tarikan kita

TAPI..penjual/ peniaga Korea sangat sombong..itulah yang menjadi rombongan kami terasa tersentap . Tour guide Korea amat baikhati tetapi ..nasihat mama..kita melancong saja ke Korea..sight seing, tak payahlah membeli sgt..nilai Won pun tinggi..air minuman pun mcm harga set makan tengahari!

Friday, June 3, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Kerabu Bunga Tongken

Bunga tongken berkembang
sebesen bunga yang telah di petik


kerisek

cabai..ini mama ambil dari pokok yang ditanam kat tepi rumah ada 4 biji saja





setelah di celur dan digaul dengan perencahnya..maka dapatlah banyak itu kerabunya untuk hidangan tengahari ni 31/5/2011





"Hari ini mama tengok banyak sangat bunga tongken berkembang.Bergugus-gugus. wangi. mengharumkan laman.



Kata kawan mama kalau buat kerabu rasanya sedap.Berkhasiat lagi



Ada seorang kawan Cina ada bagitahu, digoreng dengan telur pun sedap.



Mama hanya rajin mengunyah bunga ni sahaja , macam makan jamu..



Khasiatnya..elakkan mata rabut, awet muda..



macam kerabu taugeh saja cara membuatnya



Rasanya superb..sedap..



Jadi kawan-kawan mama, bloggers yang dihormati sekalian yang membaca, jomlah tanam pokok tongken kat pagar rumah, kat pergola, kat wakaf ke..selain harumnya mengimbau di laman, boleh dijadikan santapan juga.



Indahkan halaman, ..




Saturday, May 28, 2011

cucu




kalau berjauhan akan kerinduan..


bila cuti begini..mengasuh mu..maka keletihan..


melihat cucu mamatok yang makin membesar..


Bersyukur dengan anugerah yang hebat ini..alhamdulillah.








(kak zakie..agar terubat rindu pada Idris.)

Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari Guru









Selamat Hari Guru untuk semua rakan guru dan juga semua guru2 di Malaysia.

mama dah bekerja 33 tahun menjadi guru.

dari guru di sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Mama telah mengajar murid darjah 1 hinga darjah 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di sekolah menengah.

Mama akan cuba habiskan beberapa tahun lagi untuk mencurah bakti .


Alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah kurniakan, dan kaum keluarga dan anak-anak yang sentiasa bahagia.


Terima kasih buat sahabat/kenalan/saudara/saudari yang mengirim sms dan ucapan di FB. Terima kasih kerana mengingati hari yang bermakna ini.


Monday, May 2, 2011

sirih pinang

sirih pinang
putri mama.. Fateha


Hari Ahad, Hari Pekerja 01.05.2011 ..mama sekeluarga agak sibuk dari pagi menyiapkan pelbagai benda dan perkara. Masak (adalah masak yang special sikit sebagai tambahan), yang lain memperelokkan dalam rumah dan juga membersih laman...



Majlis bermula pukul 4 petang.

dengan keharuman kesidang, tongken, kenanga dan jasmin..



Puteri mama telah selamat bertunang. Majlis yang beradat elok, berlangsung dalam suasana tenang di dalam rumah, dan kemudian meriah di laman untuk menjamu selera sempena selamat sejahtera semuanya.


Puteri mama dua orang saja. Yang kakaknya dah pun menjadi umi Idris..dan Fateha pula kini dalam fasa baru. yang hero-hero mama entah bila..semuanya mengejar kerjaya..

sebagai ibu, tentu mama rasa sayu tetapi bersyukur kerana jodohnya telah tiba. Majlis perkahwinan akan berlangsung sebelum akhir tahun.

sekejap saja masa berlalu, tiba-tiba Fateha yang manja itu telah sampai masa-masa indahnya..

Thursday, April 21, 2011

hanya 2 kuntum bunga...

bila bunga berkembang di laman...adalah kumbang datang menyapa..

Dalam rutin kerja mama sekarang ..ada kelapangan mama juga sedang menyiapkan beberapa bekas hantaran ni....(mama suka hasilkan sendiri..tak nak tempah-tempah)...

Jadi bila ada masa lapang , mama buat N3 baru..

Saturday, April 16, 2011

Dari kebun pula




Assallamualaikum.

Babah balik dari kebun. Ada 2 tandan pisang di atas motor..lepas tu babah pergi lagi ke kebun, lagi 2 tandan pisang di bawa balik.. Amboi banyak pulak pisang yang dah tua di kebun..

Babah kata kalau dibiarkan..nanti2 ada orang berkenan, mcm selalu, kita biarkan biar masak sebiji dua, esoknya lihat tinggal pokok saja..pisangnya dah di cantas!..dah berapa kali terjadi , begitu juga dengan kebun2 disekitar..banyak juga kejadian mencuri hasil tanam orang.. Ada satu jiran kat kebun mama, abis ditebangnya pokok-pokok pisang kat kebun nya itu, kerana buah pisangnya sering dicuri..geram katanya..bila ditebang..siapa pun tak payah makan ..marah sangat dia.

kalau masak serentak..jenuh makan !
Tak apalah..nanti kita sedekahkan kat jiran-jiran dan kawan-kawan kat sekolah..........

Dan mama pun ambil beberapa biji ..nak menggulaikannya dengan ikan masin kering.. untuk hidangan tengahari hari ni....gulai tumis darat....

sesaja nak tunjuk gulai tumis darat mama ni

kata anak-anak..gulai pesyen lama....tapi sedap!

dulu-dulu gulai pisang di masak waktu pagi pada hari kenduri untuk menyorok!..geng-geng gulai pisang untuk menyorok adalah sambal belacan dan ikan tamban kiat.(special word to Kedahan)

Sunday, March 27, 2011

Berjumpa di Melaka

Mama masih ingat 13hb Mac yang lalu mama berada di Melaka dan pergi melawat Maktab Perguruan Perempuan Melayu , Durian Daun.(Sekarang IPG Kampus Durian Daun)

30 tahun dulu mama keluar dari maktab itu dan hari itulah mama menjejakinya semula. Kami yang hadir reunion itu terasa begitu hiba, pilu dan lepas itu rasa amat bersyukur dan gembira pula.


Berada di Melaka terasa sekejap sangat, kawan-kawan lama yang asal dari Melaka menjemput ke rumah mereka untuk sessi makan-makan..(gambar yang mama add dalam picasa dah jadi sangat kecik pula) Mama menghabiskan 4 hari 3 malam..rata-rata mama ziarah dari Melaka ke Seremban, ke Tapah, Kuala Kangsar dan Taiping . Menjengok dan menziarahi kawan-kawan lama se maktab.


Maka banyaklah bercerita selama itu..ada yang mengikut takdir, menapak dari satu peringkat ke satu peringkat dan menjadi guru besar cemerlang, menjadi penolong kanan,ada yang sehabis maktab menyambung ke peringkat universiti, ada yang keluar negara menyambung pelajaran, ada yang telah menjadi nazir sekolah, seronok bercerita..lebih2 lagi yang kini bergelar opah atau nenek..sangat-sangat seronok..32 tahun berpisah dan bila berjumpa...ada yang dah tak kenal wajah..

Yang sangat teruja bila kami semua telah tua-tua dan menunggu masa bersara...(ada kawan yang telah pun bersara!)..dan itulah takdirnya adab eberapa dari kawan-kawan mama semaktab telah pun kembali keRahmatullah..AlFatehah..


Anggerik ini ada lah hadiah dari seorang kawan mama dari Melaka. Semasa mengunjunginya, mama kagum dengan 'gardennya'..banyak sangat pokok bunga yang di tanam..Tak sangka pula beliau menghadiahkannya apabila mama asyik membelek-belek dan bertanya-tanya hal anggerik ini..sekarang dah berkembang kat laman mama..jadi mama paparkanya..wangi..



Anggerik dari hutan pun cantik menghiasi halaman...

Friday, March 25, 2011

kata doktor..
setiap jam titiskan ke matanya
4 kali...4 jam lah lamanya..
selepas itu setiap 2 jam..hingga esok pagi
Insyallah esok legalah matanya
virus saja.....
Bila Idris sakit mata ..satu rumah turut terdiam jua...Idris akan menjerit dan menangis seharian hari ini...
semuga esok Idris akan sihat
..gundah gulana mamatok harini...mengasuh baby sepanjang hari

Sunday, March 20, 2011

Diari Cuti.

Kelmarin 19 hb, mama dan keluarga..bawa semua yang ada di rumah..pergi makan kenduri. Kawan mama masa muda-muda dulu itu mengadakan kenduri di sebuah hotel di Sungai Petani..(Di SP bukanlah banyak sangat hotel..) mama pergi akan lewat petang sebab sebelum itu telah ke 2 buah rumah kenduri di daerah mama.. Masa kami sampai dah tak ramai tetamu, jadi agak selesa memetik camera ni lagi pun warna temanya memang mama suka..
Faten (umi idris)dan Fateha juga nak bergambar..lihatlah cucu mamatok pun datang ke majlis kenduri...Idris dah berusia dekat 6 bulan..dah suka mencapai segala benda dekatnya dan memasukkan ke dalam mulut!

Pagi 19 hb itu , mama jengah keluar tingkap dapur..nak lihat sawah yang dah mula ditanam padi .....mama nampak seekor bangau sedang mencari ikan..sempat mama ambil camera dan snap..bangau ni ada bulu dibahagian leher berwarna merah pekat a..sangat cantik..kalau ada DSR...tentu clear.. tak lama lepas tu bangau tu pun terbang...
Agaknya bangau ini tersedar apabila mama kuakkan tingkap sedikit...

BUNGA DANGLA Ini bunga Dangla..setengah tempat di Kedah mengambil bunga ini untuk dibuat jeruk
(macam jeruk maman cara membuatnya).16 hb mama ke sekolah kerana ada kelas Tambahan tingkatan 6..lalu dapat tengok bunga Dangla ini..Pelajar yang membawa ke pokok itu dan menceritakan bagaimana tok -tok mereka membuat jeruk..
Pokok Dangla..masa ni bunga dah habis hanya tinggal yang atas-atas..mama terlewat mengambil gambar masa ianya riuh berbunga...
bergam Bergambar dgn Pengarah serta Timbalam IPG Kampus Durian Daun, Melaka

12 dan 13 hb Mac yang lalu , mama menghadiri reunion geng Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun, di Melaka. Maktab kesayangan kami itu telah menjadi IPG, bertaraf Universiti. Kami disambut mesra oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG itu..30 tahun dahulu mama menghuni di situ, dan inilah berjumpa balik..Mama menghabiskan 1 hari bermalam di Rumah Puspanita Melaka dan 2 malam di rumah kawan-kawan ...Sangatlah seronok berjumpa kawan-kawan lama Ada yang dah jadi Opah, nenek, Tok atau mamatok, dan ada yang berpangkat Datin, Penolong Kanan....kebanyakkannya Guru Besar sekolah.

Saturday, February 26, 2011

semakin sibuk sekarang

Assallamualaikum...
hari Khamis lepas sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah di sambut di sebuah kampung 1KM dari sekolah. Kami berarak dan berselawat ke Masjid di kampung itu yang terletak agak dalam. Sambil berjalan dan berselawat pagi itu, mama lihat kampung itu masih segar dengan suasana kampung..terhimbau mama macam zaman 60 an...dengan bukit, anak sungai, bentuk rumah dan suasana...indah ..scenic! gambar ini mama snap dari belakang masjid...semasa mendengar ceramah .

orang kampung bergotong royong menyediakan bahan untuk jamuan. Kebanyakkan mereka berbual dalam bahasa Siam. Lembu seekor yang disedekahkan oleh PIBG menjadi lauk untuk semua yang hadir, pelajar-pelajar sekolah dan waris.

Ibu-ibu waris pelajar juga membantu menyediakan gulai daging dan kerabu pisang muda yang sangatlah lazat. Inilah yang mama sangat suka tentang masyarakat di sini , bergotong royong dalam apa jua aktiviti sekolah. mereka membantu hingga selesai majlis. mama jua bersama mereka tetapi hanya berdiam diri, tidak dapat menyampuk bercakap atau memahami, kerana di kalangan ini boleh dikatakan mereka bercakap siam...
Adalah juga bertegur sapa dalam bahasa Melayu..tetapi telo siam lah...
Alhamdulillah..dapat juga mama buat satu N3...mama agak sibuk 2, 3 minggu ini..banyak sangat kerja..kerja sekolah dan hal-hal di rumah..cucu mamatok semakin besar dan memerlukan banyak perhatian..umminya dah pergi bekerja lalu mamatok dan babah yang mengasuhnya waktu mama ke sekolah mama hantar ke rumah jiran sebelah seorang guru pencen...masing-masing dah bercucu..Idris dapat kawan di situ..