Monday, June 16, 2014

melihat Gunung Kinabalu

Cuti penggal 2..Mamatok bawa Idris ke Sabah..

Mama Nadz mengikut keluarga membawa pengantin ke kenduri di Sandakan. Dapatlah peluang menjejaki Sabah. Sampai umur begini baru dapat sampai negeri Sabah. Idris baru 4 tahun dah sampai sini. rezeki kan

Dari Sandakan ke Kota Kinabalu pula jalan-jalan hinga Ke Kundasang.

Habis lah seminggu  di sana.
dapatlah melihat keindahan Gunung  Kinabalu dari seat Air Asia

mamatok dan cucunya
Idris with uncle Jijim




Friday, February 28, 2014

Reunion

...........Pada usia 13  tahun,  apalah sangat mengerti tentang persahabatan.  Waktu itu mama bersekolah Menengah di Tapah Road, sekejap saja pun di situ, hanya 3 bulan, sebelum berpindah balik ke Kedah.   serata tempat mencari kehidupan  belajar, sambung belajar ,bekerja dan kini  di tahun akhir bekerjaya....(mama dah nak pencen).
Namun bertahun-tahun sejak dulu, mama nadz sangat mengingati seorang kawan mama semasa usia 13 tahun itu di Tapah Road...sangat mengingatinya kerana dia sangat baik dengan mama dan pernah seorang guru di situ mengatakan kami adik beradik, kerana wajah seakan serupa....
Waktu itu Mama Nadz pindah ke Kedah..dan dia juga berpindah ke Teluk Intan(masa tu Telok Anson)...
Bagaimana lah nak mengesan seseorang hanya dari memori budak kecik....
Sekiranya bertemu sesiapa dari Telok Intan mama pasti bertanya..tanya nama saja..kot 2 sesiapa kenal..di maktab, di universiti....bukan mudah ya...
Satu ketika ada seseorang pernah memberitahu rasanya mcm beliau tahu nama itu...dan katanya  jadi guru juga kawan mama itu.....
Hari ni bila ada FB...mama sentiasa mengesan dengan nama beliau..(macam mana kalau nama samaran identitinya di FB)
Mama sering berdoa untuk bertemunya..teringin sangat-sangat................
43 tahun sudah.berpisah ...bagaimana  mungkin dikesan....kita sentiasa bergerak, berpindah randah...
Dengan rezekiNYA, dengan titipan doa selalu, satu hari mama melihat gambar dan nama-nama guru di satu laman FB seorang kawan di Melaka(kawan-kawan  maktab tahun 80 an)...nama beliau..wajah beliau.....
Maka melalui seorang kawan kepada seorang kawan..mama cuba menghubungi...
Akhirnya dapatlah mama bertanya gerangan dan khabar..betul lah dia...kami serupa..sangat merindui dalam 43 tahun itu....
Tuhan Maha Kuasa kan
 Mama juga mencari dan menghubungi rakan  rakan yang pernah belajar di Tapah Road  43 tahun dulu..rakan sekelas...
Detik itu inisiatif salah seorangnya cuba mengumpul balik batch itu..Memang payah, sukar dan rumit.Tapi, akhirnya dapatlah berkumpul beberapa belas orang, disekolah lama kami..sekolah yang telah bertukar nama... kami adakan reunion!...
Dan di hari itu mama dapat memeluk dengan puas sahabat mama itu yang datang dari Melaka...   


Di hari yang Indah itu dapatlah bertemu beberapa orang kawan ...yang bergelar Dato, Ir, Prof,,,,Capt  dan lain-lain kerjaya...
yang canteknya..hanya kami yang kaum wanita hadir..hanya kami..dan kedua kami  adalah cikgu! pernah jadi sahabat baik 43  tahun dulu..dan insyaAllah akan terus menghubungi kini..

catatan ini khas buat As......kupernah bermemori..bagai kabus
 kala hilang kabus, rupanya ada lambaian kelopak mawar wangi...
seharum ingatan dalam jiwa kanak-kanak hingga dewasa..



Thursday, September 5, 2013

Akrilik



Inilah minggu yang perlu bermain dengan akrilik dan water colour!
Sangat suka juga! 43 orang semuanya..riuh rendah pelajar mewarna..

Inilah waktu-waktu sebelum tiba satu lagi gelombang sebelum mengakhiri kerjaya..

Mama sentiasa memujuk hati agar tabah..agar suka dan pastinya pasrah

Waktu ini juga hati sentiasa ceria bila pelajar2  tahun lepas 1/3  dah mendaftar di pusat pengajian tinggi...
Tahun lepas mereka score deretan prinsipal A kan....(orang kata seni visual senang, tu pasal ramai A..senang tak senang ....kena lah tengok soalan dulu!)


kata seorang penggiat seni kepada mama satu ketika ..'kalau boleh sesibuk mana buatlah painting setahun satu at least'....................untuk diri sendiri dah lama mama tak berpainting..hanya menunjuk ajar pelajar saja...itu pun dah berpuas hati.

....Nanti bila tiba masa bersara....baru nak bermula...

Sunday, August 4, 2013

sebelum Raya


Assallamualaikum semua,

Hari ni awal pagi mama sudah kacau pulut untuk dibuat ketupat palas. Sehari mama akan buat sekilo pulut  dan selepas dibalut, mama akan dinginbekukan. Malam raya nanti baru mama rebus@kukus. Jadi malam tu tak lah sibuk dengan ketupat dan boleh ke surau berjumpa kawan2 dan sembahyang tasbih.



pulut yang dibeli di Padang besar  (santan dari kelapa kat pokok nan sebatang depan rumah)

Sambil menunggu pulut elok , mama keluar ke laman rumah, memetik bunga tongkeng dan daun cekur, nanti petang nak buat kerabu, anakanda yang jauh-jauh dah balik, ada sorang tu dah lama menyebut teringat kerabu bunga tongkeng. Macam tahu-tahu ada beberapa gugus berkembang. Alhamdulillah rezeki anak meantu nak makan kerabu bunga tongkeng, mereka kata..manalah nak cari kerabu bunga tongkeng kat Malaysia ni..selain dari dapur mama!...bunga yang jarang orang tanam.



cukuplah untuk sepiring kerabu  .akan dicampur dengan daun cekur. Cadangnya nak buat kerabu yang mcm som tam sebab gula kabung Siam baru jer mama  beli 5 paket..sedapnya masakan dengan campuran gula kabung tu..  

bakawali yang tidak pernah mungkir..sentiasa berbunga..baru-baru ni ada 21 buds..dan telah kembang beberapa belas dan masih ada lagi yang akan berkembang..wanginya laman pagi ni. Bila matahari dah memancar cahayanya..sat lagi dia layu lah sebab ianya Queen of the Night 

 Ros yang sangat setia..ada jer bunga setiap pagi, mama tanam rata sudut jadi  masing-masing mcm ambil giliran berbunga.

 bunga Alamanda ni sangat ramah..agaknya mcm puannya...he he he

bunga kertas pun nak raya jugak..

TYT  ni macam sakit jer..sikit sangat berbunga..jadi tak ada bau sabun lah petang-petang nanti.
Janggut Adam -".French Moses". ni makin banyak dan dah panjang meleret..nak trim rasa sayang pula, kat sudut lain lagi banyak mama gantung..aduhai dah jadi mcm tirai kat laman.  Idris pun tak pernah tarik-tarik mcm dia tahu mamatoknya sayang sgt pokok2 bunga ni
hari tu sangkut sikit kat pokok n..cepat biaknya..hari-hari siram air beras...yang sayangnya ranting bunga kertas tu mcm jauh hati..memburuk pulak..macamna nak buat ya..

kenanga yang sangat setia..telah 30 tahun lebih hidup dalam pasu di laman ini

Jom masuk balik ke dalam rumah..
Jom balut ketupat palas!



maaflah , gambar kelabu sikit, hanya dari camera mama yang biasa-biasa..

 SELAMAT HARI RAYA SEMUA, MAAF ZAHIR BATIN





.