Showing posts with label tidak semua kita boleh makan. Show all posts
Showing posts with label tidak semua kita boleh makan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Guangzhou,(Hong Kong dan China 5D6N) Part Akhir



Assallamualaikum semua,
Pengalaman melancong ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou memberi rasa bersyukur pada mama nadz..kerana rumah comel  mama atas tanah!  Di sana kebanyakkan  di awangan, iaitu apartment yang terkadangnya menjulang tinggi. Sangat padat .
salah satu yang sempat dirakam
Sebenarnya kali ni mama nadz ingin bersembang bab makanan apabila di sana. Mama ni jenis yang agak berkira@pilih-pilih makanan. Kalau tekak tak terima, mama tak boleh makan. Jadi bila jauh dari Malaysia ni, pasti mama bawa bekalan makanan. Mama bawa sambal kering, kacang goreng dan ikan bilis goreng, bila nak makan baru mama campur gaulkan. Juga mama bawa mee segera ( kot-kot lalu makan di sana). Kat rumah tak pernah makan pun jenis-jenis mee segera ni.


mama pack kecil-kecil  supaya senang dibawa dalam handbag.
bila di sana terasa sangatlah sedap, masin, masam, manisnya serta pedas!
masa pergi mekah tempuhari, mama nadz bawa macam ni juga..kalau bawa segedabak bungkus besar agak cerewet. dah tu berat..

Semua restoran yang kami kunjungi di sana adalah mengikut pakej itu. Jadi harapnya , tentunyalah semuanya halal . Kekadang timbul juga rasa was-was tapi, tawakal juga menyenduk nasi dan  sayur.
Ada juga masakan yang sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi di Shenzen. Ada sayur yang di saji dihiasi cili kering rangup-rangup yang besar.. (Bila balik ada cuba nak buat, kat Padang Besar hari tu ada terjumpa cili kering XXL tu), nanti kalau jadi di cuba akan mama buat N3.
Jom kita tengok makanan-makan di sana.
 maaflah gambar begitu saja, tak berapa kelear..(camera bukannya sama ngan Pak Itam)
                           
 Waktu di Hong Kong







    

setiap hidangan di beri  seteko teh..teh tawar..kalau habis boleh minta lagi seteko
       Bila jauh sikit dari Malaysia, jumpa jer rakyat Malaysia , banyak pula nak sembang


bergambar dengan madam, nyonya-nyonya dari Ipoh. Ramah betul . 

Sekianlah sahaja perjalanan 8 orang opah, nenek, mamatok, nani. tok oma, wan tok..seronok sangat kerana sebaya,   7 cikgu , dan yang paling berbekas, kami adalah  7 guru keluaran MPPM, Melaka. walau pun selepas maktab ada yang melanjutkan penimbaan ilmu dari universiti luar negara dan  tempatan.
nota sikit: yang hujung berbaju hijau bukan dibidang pendidikan  

Lepas ni kami dah janji..kalau ada rezeki menyongket lagi!

Wednesday, December 23, 2009

Dalam leka mama telah terlupa. dalam gembira mama makan apa yang terhidang. lalu 2 hari ni sakit perut , demam dan muntah-muntah. Food poisoning. Teruk sungguh, lemah seluruh anggota.menggigil demam dan bilik air teman setia..aduh.
Putera bongsu pun berkata lagi..aah mama makan juga. Kelmarin dah cakap jangan makan kueh tu..jangan makan lauk tu. Mama leka.