Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

Thursday, April 15, 2010

bersama pelajar

Pelajar-pelajar melihat karya-karya di galeri
Berada di laman arca


Suasana galeri


Sekiranya kamu bercita-cita menjadi pendidik....suatu hari mungkin "UPSI".


Assallamualaikum ,
Mama memandu agak jauh dua tiga hari ni. Dari Jitra ke Tanjong Malim ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan balik. Mengiringi dan menyertai ceramah seni dan melawat pameran hasil karya STPM. Mama membawa bersama 4 pelajar perempuan calon STPM. Mama mahu pelajar-pelajar ni peka dengan arah tuju mereka dalam Seni Visual STPM. Seperti kata Prof M. Mustaffa dalam ceramahnya pagi 15/4/2010 (ceramah pagi tadi).. Seni Visual perlu kritikal thinking. Mengikuti ceramah Prof Dr M Mustafa dan ceramah catan Dr Fauzi .
Mama tahu bahasa-bahasa ceramah itulah isi-isi penting untuk menjawab soalan-soalan .
Pelajar-pelajar mama juga dapat bertemu rakan seangkatan dari sekolah lain seperti dari Pontian, Muar, Batu Pahat , Perlis, Kuala Kubu di dalam auditorium tersebut.Mama juga dapat berjumpa kawan -kawan lama sekuliah . Bertanya kabar tentang keluarga dan kerjaya. yang lebihnya bercerita tentang pelajar masing-masing yang akan menduduki STPM hujung tahun..dan kerja kursus yang dalam pembikinan. Mengunjungi Galeri Seni dan melihat Catan, Anyaman, Arca, cetakan dan lain-lain diharap dapat di manafaatkan oleh pelajar mama ini.