Showing posts with label I have a friend. Show all posts
Showing posts with label I have a friend. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Berjumpa di Melaka

Mama masih ingat 13hb Mac yang lalu mama berada di Melaka dan pergi melawat Maktab Perguruan Perempuan Melayu , Durian Daun.(Sekarang IPG Kampus Durian Daun)

30 tahun dulu mama keluar dari maktab itu dan hari itulah mama menjejakinya semula. Kami yang hadir reunion itu terasa begitu hiba, pilu dan lepas itu rasa amat bersyukur dan gembira pula.


Berada di Melaka terasa sekejap sangat, kawan-kawan lama yang asal dari Melaka menjemput ke rumah mereka untuk sessi makan-makan..(gambar yang mama add dalam picasa dah jadi sangat kecik pula) Mama menghabiskan 4 hari 3 malam..rata-rata mama ziarah dari Melaka ke Seremban, ke Tapah, Kuala Kangsar dan Taiping . Menjengok dan menziarahi kawan-kawan lama se maktab.


Maka banyaklah bercerita selama itu..ada yang mengikut takdir, menapak dari satu peringkat ke satu peringkat dan menjadi guru besar cemerlang, menjadi penolong kanan,ada yang sehabis maktab menyambung ke peringkat universiti, ada yang keluar negara menyambung pelajaran, ada yang telah menjadi nazir sekolah, seronok bercerita..lebih2 lagi yang kini bergelar opah atau nenek..sangat-sangat seronok..32 tahun berpisah dan bila berjumpa...ada yang dah tak kenal wajah..

Yang sangat teruja bila kami semua telah tua-tua dan menunggu masa bersara...(ada kawan yang telah pun bersara!)..dan itulah takdirnya adab eberapa dari kawan-kawan mama semaktab telah pun kembali keRahmatullah..AlFatehah..


Anggerik ini ada lah hadiah dari seorang kawan mama dari Melaka. Semasa mengunjunginya, mama kagum dengan 'gardennya'..banyak sangat pokok bunga yang di tanam..Tak sangka pula beliau menghadiahkannya apabila mama asyik membelek-belek dan bertanya-tanya hal anggerik ini..sekarang dah berkembang kat laman mama..jadi mama paparkanya..wangi..



Anggerik dari hutan pun cantik menghiasi halaman...

Friday, February 11, 2011

Makan kenduri di Langkawi..reunion..

Minggu lepas, musim cuti Tahun Baru Cina, hari Ahad 6 Feb. mama ke Pulau Langkawi, memenuhi undangan kenduri seorang kawan(En Dali). Kawan mama itu adalah kawan sekelas, semasa di sekolah rendah, lamanya kira-kira 41 tahun tak pernah jumpa. Itu pun kami bertemu dalam facebook. Beliau menjemput mama ke kenduri putera sulungnya. Beliau menetap di sana dan telah pun pencen. Dulu beliau seorang pegawai polis yang agak berpangkat juga..
Dari rumah mama di kaki gunung Jerai ni, tak lah jauh sgt ke Jeti Kuala Kedah, mama dapat tiket feri pukul 10.30 pagi..jangan dikatalah, ramai sgt manusia, CNY ..maka bersesak di terminal feri...
Niat yang baik selalunya dirahmati Allah..mama dan babah dapat tempat di tingkat atas yang dikhaskan untuk satu package tour..ada dua seat kosong di situ..selesa hingga ke Pulau.
Mama juga call seorang lagi kawan mama yang tinggal di Langkawi juga, tentang kehadiran mama ini. Siap di jawabnya..
'Hang sampai Kuah, hang call aku, aku bagi kereta'.
Sampai di Kuah, siap menunggu CMN (ini kwn sekolah menengah dulu-dulu). Terus dibaginya kunci kereta dan katanya
' nanti hang habis round , hang call aku mai ambik keta..5 minit saja aku akan sampai'
Walau bahasa nya begitu , dari dulu mama tahu CMN ada lah seorang kwn yang perihatin dan baik. beliau bertugas di airport Langkawi.
Amatlah senang mama bergerak untuk ke rumah kenduri...Suasana kenduri meriah, kebanyakkan yang hadir adalah pegawai-pegawai polis..kumpulan kompang dan lauk pauk semuanya kerjasama dari polis-polis.
Tidak lama mama di rumah kenduri, berjumpa sahabat itu dalam sibuknya, walau amat baik, mama tahu beliau cuba melayan semua tetamu..tidak pun sempat bersembang lama ..Dan kawan itu En Dali sempat tanya.
.Naik apa dari jeti"...
CMN kwn menengah dulu bagi keta..
awat tak call saya, kereta aku 2,3 bijik..
En Dali sibuk, macam mana nak call..its ok..
Abis kenduri, kami berdua round shopping..ke RAM's, ke Idaman Suri, ke Ismail Group..beli juga satu set casserole dan cokelat ..hmhmhm dan akhirnya ambil feri pukul 5.30 dan nak balik
CMN datang, dia kata..
Hang lain kali mai Langkawi call aku..toksah sewa kereta..mahal
tumpang aku dok ada..kereta aku bkn pi mana..dok round pulau saja..
Dulu-dulu mai langkawi dok sewa van..habis beratus juga..

gambar kenduri atau kawan-kawan tak sempat pun mama snap..cuma ada gambar kat jeti Kuala Kedah dan Kuah saja..
Begitu mudah urusan ..dirahmati bila niat memenuhi undangan kenduri..
dalam doorgift..cenderahati dari rumah kenduri selain bunga telur,kuih muih dan cenderahati 2 key chain....ada sebotol minyak gamat.. pure Langkawi
terima kasih semua

Monday, January 3, 2011

Terima Kasih Daun Keladi

Sampai saja di rumah hari ni, mama tengok sekuntum bunga ros dah nak kembang kat tepi pagar, lalu sebelum masuk ke dalam rumah mama click2 dahulu sebab nampak cantik sangat kuntuman nya seakan menyambut mama petang ini dan berseri-seri warnanya dalam redup petang..harum semerbak..menggembirakan hati. Apabila dah melihat bunga ros yang itu..teruslah lihat yg lain.....yang merah menyala kat tepi pokok kelapa, dan yang comel-comel dekat bekas ikan guppy... Kenapalah tiba-tiba hati seronok saja hari ni....
How beautiful a day can be... When kindness touches it!




















Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. And today? Today is a gift. That's why we call it the present.

Melangkah masuk ke dalam rumah, terus saja puteri mama(umi baby Idris) memberitahu bahawa ada parcel buat mama....
Aha ... itu parcelnya atas meja..dari kawan mama!
Wah..seronok nya
'Sebab tu hari ni sejak dari sekolah hati mama senang, terasa lapang..kawan-kawan kata wajah mama nampak girang, senyum mama sentiasa ada di wajah..ahai..sebab inikah...
Mama dapat parcel dari kakzakie! kak zakie pemilik blog TITISAN NURANI

Terima kasih daun keladi .Banyak -banyak terima kasih..sungguh mulia dan sangat lah berbesar hati mama dapat benda-benda kat dalam parcel tu....Tempuhari mama ada mengintai kalendar dan diari yang kakzakie dapat kat pejabatnya , mama tengok banyak sangat..tak muat meja lalu ehmm ehmm..dari Selatan negaraku berparcel ia ke utara di Kedah ni...



Untungnya ada kawan kerja pejabat macam kakzakie..dapat diari dan kalendar yang cantik-cantik macam yang mama dapat ni..

Cantik kan..warna biru pula..






Puteri pandai pula ngenen-ngenen...yang ni sesuai buat mama yang sinun sesuai untuk cek..








Berbiru-biru mama lepas ni..


terima kasih Kak zakie..semuga dirahmati..mama amat terharu.
..........Tak sangka di alam maya ini mama telah berjumpa ramai kawan-kawan yang baik hati.
..........yang sentiasa mendoakan mama,anak-anak serta cucu.
.........yang sentiasa menasihati mama
........yang sentiasa berpandang positif tentang N3 mama yang biasa-biasa ni.
........yang mengirim cermin comel dan FM dari negara China tempuhari..
........yang memuji gambar yang mama papar..katanya cantik shot nya walhal, tak ler elok mana...
TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH SEMUA
MAMA SAMBUT 2011 DENGAT AMAT SELESA

Sunday, August 1, 2010

Seronoknya! koleksi indah lagi!

Hobi yang terjadi bila jalan-jalan. Bila jumpa jer..beli dan beli. Juga bila kawan-kawan yang berjalan -jalan kemana-mana, bawa balik dan present pada mama. Bertahun juga FM ni dikumpul. 2 pintu peti sejuk mama letakkan FM ni.










Hari ni..dapat parcel!!!
bila buka parcel kat rumah....rasa macam nak menangis... begitu cantik..kiriman sahabat Alam Maya...





FM negara China...
Ada FM dari Tawau lagi..










Comel dan cantik sangat benda ni...
Fateha dah booking awal-awal ,,
Nak guna kat pejabat katanya,,nak belek powder kat muka...
Cantikkk..




Ini semua kiriman teman.sahabat blogger yang budiman...Cikgu Sonata...sayang kamu..eheheh






Terima kasih Daun Keladi
Mama temui semua blogger yang baik hati sejak mama ada blog
Ada yang sentiasa mendoakan mama, anak-anak dan keluarga
Ada yang menggembirakan mama dengan celoteh dan N3 yang lucu..
Ada yang -emailkan gambar pemandangan yang satu-sayunya khas untuk mama lukis Tasik Naverone...( belum mula..kanvas dah beli..akrilik pun dah beli..masa belum ada)
Terima kasih buat semua..
Hari ni terasa sungguh seronok
Kat tempat kerja pun seronok..awal pagi seorang guru belanja makan..pastu ada seorang guru lagi pun tanya.."Akak dah bayar..meh saya bayarkan..lama tak belanja akak!"
Hari ni hari yang banyak rezeki..Alhamdulillah
Balik rumah, jiran pula..bagi 3 ekor ikan talapia.. Nak kena masak ikan 3 rasa buat putri..
Subhanallah

Thursday, November 5, 2009

Bertemu Kawan Lama

kawan datang dan pergi. dari alam persekolahan di sekolah rendah, kemudian ke menengah dan ke UiTM, ke maktab perguruan, ke Institiut perguruan dan ke Universiti..sentiasa bersama kawan-kawan. sesuatu hari terkadangnya teringin sangat berjumpa seseorang kawan, tapi di mana dia. Dalam blog ini mama akan coretkan beberapa kawan yang mama telah jumpa, telah berbual dan telah berkirim salam. Alhamdulillah