




Dah bekerja 30 tahun...
inilah kali pertama , mama bercuti kerana 'bencana alam'.. 2 hari..
walau bagaimana pun kena laporkan diri di sekolah terdekat walau tak dapat ke sekolah sendiri
dan perlu dapat pengesahan dari majlis daerah.
hari ke 3 , 4/10/2010, mama pergi juga ke sekolah, meredah air banjir..berdesas desus kereta mengharungi air.... mengambil jalan-jalan yang tak pernah mama lalui..nak pergi juga ke sekolah...bila sampai..hanya ada beberapa guru saja yang hadir..pelajar-pelajar mama pun tidak hadir kesemuanya...(kata kawan: buat apa mai, dah tau jalan semua kena tutup..bahaya..nak balik lagu mana!)
sememangnya banjir di daerah Jitra @ Kubang Pasu ni teruk sesangat..
lalu petangnya mama dah tak boleh balik ke kaki Gunung Jerai , terkandas, tiada jalan yang boleh menghubungi dari Jitra . Malam tu mama bermalam di rumah seorang kawan yang rumahnya tidak terbabit banjir....mama tidur di Kodiang..
Bilik gerakan banjir sentiasa mama hubungi untuk bertanya jalan-jalan yang kemungkinan mama lalui..tapi mama dinasihati agar jangan dok tebiang..kena tunggu hingga air surut..
Pagi Jumaat itu 5/10/2010, mama memandu mengikuti kereta yang akan menunjukkan jalan..anak muda cikgu Fadz, meredah negeri Kedah mengambil jalan yang amat jauh dari Changlun ke Sintok dan ke Kuala Nerang..meredah jalan-jalan kecil dan berlopak ditengah hutan (dekat-dekat sempadan Thailand) melengkungi gunung Janing..mengambil masa 3-4 jam....dan petangnya barulah mama sampai ke rumah..(rasa macam cross country..)
Hikmah yang besar..mama dapat melihat kawasan kampung, hutan, gunung-ganang, bukit bukau, lembah, pembalakan, pekan kecil, Padang Cenderai(tak tahu pula ada nama itu kat Kedah..cantik tempat ni..seakan-akan kawasan tanah tinggi Cameron Highland).. mama menghargai kurniaan tuhan itu..indahnya negeri Kedah...
then cuti 3 hari sempena deepavalli..cuci kereta yang berlumpur dan mewangikannya semula...
dan juga mendodoi Idris....
Hari ini Idris masih dihospital lagi..telah 4 hari di ward kanak-kanak..begitulah bayi pra matang..hujan dan cuaca yang basah lembab..dan Idris yang begitu ..terus demam.. dan
bila pula mama akan menulis N3 lagi..kerana banyak nak di paparkan ,
kerana tugas dan tanggung jawab!
berapa hari lagi STPM pula....




