Friday, November 12, 2010

Cuti bencana Alam..
















Dah bekerja 30 tahun...
inilah kali pertama , mama bercuti kerana 'bencana alam'.. 2 hari..
walau bagaimana pun kena laporkan diri di sekolah terdekat walau tak dapat ke sekolah sendiri
dan perlu dapat pengesahan dari majlis daerah.

hari ke 3 , 4/10/2010, mama pergi juga ke sekolah, meredah air banjir..berdesas desus kereta mengharungi air.... mengambil jalan-jalan yang tak pernah mama lalui..nak pergi juga ke sekolah...bila sampai..hanya ada beberapa guru saja yang hadir..pelajar-pelajar mama pun tidak hadir kesemuanya...(kata kawan: buat apa mai, dah tau jalan semua kena tutup..bahaya..nak balik lagu mana!)
sememangnya banjir di daerah Jitra @ Kubang Pasu ni teruk sesangat..
lalu petangnya mama dah tak boleh balik ke kaki Gunung Jerai , terkandas, tiada jalan yang boleh menghubungi dari Jitra . Malam tu mama bermalam di rumah seorang kawan yang rumahnya tidak terbabit banjir....mama tidur di Kodiang..
Bilik gerakan banjir sentiasa mama hubungi untuk bertanya jalan-jalan yang kemungkinan mama lalui..tapi mama dinasihati agar jangan dok tebiang..kena tunggu hingga air surut..

Pagi Jumaat itu 5/10/2010, mama memandu mengikuti kereta yang akan menunjukkan jalan..anak muda cikgu Fadz, meredah negeri Kedah mengambil jalan yang amat jauh dari Changlun ke Sintok dan ke Kuala Nerang..meredah jalan-jalan kecil dan berlopak ditengah hutan (dekat-dekat sempadan Thailand) melengkungi gunung Janing..mengambil masa 3-4 jam....dan petangnya barulah mama sampai ke rumah..(rasa macam cross country..)

Hikmah yang besar..mama dapat melihat kawasan kampung, hutan, gunung-ganang, bukit bukau, lembah, pembalakan, pekan kecil, Padang Cenderai(tak tahu pula ada nama itu kat Kedah..cantik tempat ni..seakan-akan kawasan tanah tinggi Cameron Highland).. mama menghargai kurniaan tuhan itu..indahnya negeri Kedah...
then cuti 3 hari sempena deepavalli..cuci kereta yang berlumpur dan mewangikannya semula...
dan juga mendodoi Idris....
Hari ini Idris masih dihospital lagi..telah 4 hari di ward kanak-kanak..begitulah bayi pra matang..hujan dan cuaca yang basah lembab..dan Idris yang begitu ..terus demam.. dan
bila pula mama akan menulis N3 lagi..kerana banyak nak di paparkan ,
kerana tugas dan tanggung jawab!
berapa hari lagi STPM pula....

8 comments:

  1. salam...ala sedihnya ....harap bersabo la...best jugak cuti2 ni yer...he3x

    ada komen di n3 tag...tak perasaan dah kena tag jugak rupanya! agak sibuk masa ni...nak jalan2 ni pun tak sempat

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama

    Moga Idris dah sembuh

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Mama Nadz,

    Kesiannya mama.... kenapalah mama pergi sekolah lagi. Kan dah kena cross country. Besar ganjaran dari pengorbanan yang mama buat itu.

    Bila nak keluar N3 Idris tu mama? Kakak dok menunggu ni. Apa-apa moga Putri sabar dgn dugaan menjaga Idris tu....

    ReplyDelete
  4. La....yang mama kalut pi skolah jugak buat apa? Satgi kot2 sangkut kat tengah bah, apa nak buat? Saya masa cuti deepavali hari tu pun nak pi aloq staq sama tapi makcik kat aloq staq kata jangan...insyallah next time...tadi baca paper, dia kata la ni ada regency hotel kat ataih gunung jerai....ya ka?

    ReplyDelete
  5. w/salam SAK,
    Sekarang sekolah dah bermula cuti.. dah kemas-kemas beg ke..Selamat merehatkan diri dalam himbauan piramid n lembah nil...

    ReplyDelete
  6. w/salam Rozali,
    Terima kasih mengunjungi mama nadz. mama sibuk sgt dan tak sempat meng_update N3. sekarang pula cucunda baby idris amat berperangai...merebut masa2 luwes mama..
    w/salam.

    ReplyDelete
  7. w/salam kakzakie,
    Mama nadz pergi juga, sebab ttgjawab...tapi budak2 tak mai pun...heheeh
    Insyaallah apabila idris dah nampak ceria, akan mama N3kan dia...

    ReplyDelete
  8. ddear uncle Salam,
    Dah sangkut..terkandas kat Kodiang malam tu..balik keesokannya..heheheh dok tebiang juga pi sekolah pagi2 tu..itulah...tak apalah..itu satu pengalaman main air banjir dgn roda kereta..
    nanti mama gi tanya kat org bawah-bawah tu tentang regency hotel..lama dah mama tak nek puncak Jerai, walaupun sekarang banyak kemudahan..

    ReplyDelete