Assallamualaikum..Awal tahun sangat sibuk lalu ruangan ini tak dapat dipenuhi walau pun banyak yang terlintas di hati mama...Esok Ahad mama cuti lagi sempena hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah(16 Januari).
Petang ni mama pusing keliling rumah..hari dah nak senja..Puncak Gunung Jerai masih dapat dilihat ..dari celah-celah pucuk pokok bunga..Mama mana ada kerja lain kalau kat luar rumah..asyik-asyik nak belek pokok-pokok bunga saja..agaknya pokok2 ni jemu ke tidak tengok mamatok ni..
Tengok pokok tebu.. siapalah yang nak bawa gi mesin (nak minum air tebu)..Anak bongsu mama dah balik ke kampus

dah tumbuh segar anak pokok bunga ni..menunggu musimnya berbunga..
Ini pokok bunga sundal malam..masih belajar nak hidup..kalau

baik penjagaan dapatlah nengok bunganya..
Banyaknya anak cabai.(cili).hari tu mama buang biji cili kering kat pasu ni..sekarang tumbuh merumun..kesian penjual cili kat market, kalau semua ni berbuah ..tak payah pergi beli dah...

mama dengar kicauan burung..mencari sarang..sepasang burung yang merajuk..hinggap berjauhan..!

Yang manalah yang merajuk..
Ni ha sarangnya kat atas pokok bunga kertas...

Tapi ada seekor burung kat tepi sarang ..anak-anak burung berkicau bising.... Hari dah senja..burung pun tahu balik ke sarang...
Mama merenung sarang burung.. Rajin burung-burung ni..
A bird nest is the spot in which a
bird lays and
incubates its
eggs and raises its young. Although the term is popular in reference to a specific structure made by the bird itself.
In most species, the female does all or most of the nest construction, though the male often helps
Letih nya di hujung minggu, banyak kerja rumah perlu diselesaikan..seminggu terbiar ..
'Siapa suruh mama tanam pokok bunga banyak-banyak..semua nak tanam....orang bagi jer mama tanam..mama berkenan saja mama tanam..kan dah berhutan..dulu Pak Ngah pernah kata kat mama' nanti aku nak lepas sekor harimau bintang..biar dok dalam pokok bunga ni..semak!!!'
Melihat pokok adalah terapi minda