Showing posts with label Bersyukur lah. Show all posts
Showing posts with label Bersyukur lah. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Tahniah buat pelajar-pelajar SV STPM 2011..


Assallamualaikum semua
Beberapa minggu dulu sebelum keputusan STPM diumumkan, mama agak tak senang duduk, memikirkan keputusan pelajar. Apabila keputusan STPM dah diumukan, barulah rasa lega. Tersangat gembira, tersangat bersyulur dengan keputusan STPM itu terutama subjek yang mama ngajar iaitu Seni Visual. Tidak semua sekolah ada package Seni Visual untuk STPM, rasa bersyukur kerana nama sekolah pun masuk surat kabar -100% lulus..Tahniah sekolahku , tahniah semua-semua.

Mama hanya ingin bersembang hanya bab seni mama saja di sini. Setengah orang berpendapat SV adalah subjek low class sebab tu lah ramai pelajar dari kelas2 pandai tak ambil SV ni dalam STPM. Tak apalah..disebaliknya hidup ni ada ketikanya berkeperluan seni juga..
Tahun lepas pelajar STPM ini sangatlah berusaha dan tabah untuk melakukan yang terbaik. 90 % dari mereka tidak belajar subjek seni visual semasa tingkatan 4 dan 5. Jadi apabila berada di tingkatan 6 (disekolah mama disebut kelasPrau U) sudah tentulah kena berusaha lebih. Ada 3 kertas yang perlu diduduki mereka iaitu kertas 1 (teori), kertas 2 (lukisan) dan kertas 3 (penghasila karya-perekaan /pengkaryaan). Untuk kertas 3 mereka kena menyiapkan portfolio dan karya.

Bab kertas 3 inilah yang melatih mereka mengenal kanvas, akrilik,oil paint dan lain2 yang sewaktu dengannya, melatih mereka bersabar, bertimbang rasa, cermat, kemas, bersih,menetapi masa dan tahan leteran cikgu!
Mama membimbing mereka berkarya, seronok sebenarnya apabila mereka berjaya menghasilkan karya seperti yang telah dijana difikiran mereka dan menjawab persoalan-persoalan yang dikehendaki.Sangat rasa puas hati.

....Mereka tidak kisah sangat, walau kami belajar tanpa bilik seni yang khusus, sangat kecil bilik seni mama tahun lepas, dan pelajar seringkali duduk di atas lantai untuk berkarya..sangat indah mengingatkan itu semua dan sangat indah apabila melihat berderet-deret A untuk Subjek Seni visual!
mama paparkan sedikit suasana mereka menyiapkan pengkaryaan..3,4 bulan jangkamasa ni, sehari selembar benang..lama-lama jadi kain..sehari 1-2 jam dan akhirnya siaplah kerja-kerja ini..Di situ ada Faiz , ada Ayu, ada Huda, ada Aza , ada Jan serta lain-lain yang memberi rasa kepuasan dan keindahan mencipta kejayaan! Untuk semua bekas pelajar STPM 2012, selamat maju jaya.

Tuesday, December 13, 2011

hadiah yang istimewa buat keluarga mama

menantu (Cecilia Aisyah)dan anak(Fatehah)


Pada 3 Disember mama mendapat 2 orang menantu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Menantu perempuan adalah dari Sarawak dan keturunan Iban. Bila anak sulung mama lelaki menyatakan hasratnya untuk memilih gadis Iban, mama percaya itu pilihannya. Mereka sama-sama bekerja sebagai guru di Sarawak . Bila Cecilia diperkenalkan kepada mama, mama tahu pilihan anak mama ini adalah yg baik buatnya. seluruh keluarga mama menerima kehadiran Cecilia dengan sungguh gembira.

Mama panjatkan doa agar perkahwinan anakanda mama dengan Cecilia beroleh keberkatan dan dirahmati Allah. Sebagai saudara baru mama berharap anakanda mama akan membimbingnya sebaik mungkin. Cecilia Aisyah kelihatan ayu bila bertudung..Alhamdulillah.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari Guru









Selamat Hari Guru untuk semua rakan guru dan juga semua guru2 di Malaysia.

mama dah bekerja 33 tahun menjadi guru.

dari guru di sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Mama telah mengajar murid darjah 1 hinga darjah 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 di sekolah menengah.

Mama akan cuba habiskan beberapa tahun lagi untuk mencurah bakti .


Alhamdulillah dengan kesihatan yang Allah kurniakan, dan kaum keluarga dan anak-anak yang sentiasa bahagia.


Terima kasih buat sahabat/kenalan/saudara/saudari yang mengirim sms dan ucapan di FB. Terima kasih kerana mengingati hari yang bermakna ini.


Monday, May 2, 2011

sirih pinang

sirih pinang
putri mama.. Fateha


Hari Ahad, Hari Pekerja 01.05.2011 ..mama sekeluarga agak sibuk dari pagi menyiapkan pelbagai benda dan perkara. Masak (adalah masak yang special sikit sebagai tambahan), yang lain memperelokkan dalam rumah dan juga membersih laman...



Majlis bermula pukul 4 petang.

dengan keharuman kesidang, tongken, kenanga dan jasmin..



Puteri mama telah selamat bertunang. Majlis yang beradat elok, berlangsung dalam suasana tenang di dalam rumah, dan kemudian meriah di laman untuk menjamu selera sempena selamat sejahtera semuanya.


Puteri mama dua orang saja. Yang kakaknya dah pun menjadi umi Idris..dan Fateha pula kini dalam fasa baru. yang hero-hero mama entah bila..semuanya mengejar kerjaya..

sebagai ibu, tentu mama rasa sayu tetapi bersyukur kerana jodohnya telah tiba. Majlis perkahwinan akan berlangsung sebelum akhir tahun.

sekejap saja masa berlalu, tiba-tiba Fateha yang manja itu telah sampai masa-masa indahnya..

Friday, December 31, 2010

Cuti..


Hari Ahad 2/1/2011, sekolah sepatutnya akan bermula tapi mama nadz dan yang lainnya di Kedah akan bercuti lagi...kan kita Malaysia dah menang bola sepak hari tu kat Indonesia..jadi sama-samalah merayakannya dengan bercuti.. hebatnya sebiji bola..dikejar, disepak, ditangkap, dilambung dipam-pam ditepis dan ada cuti pula...

Terima kasih pasukan bola sepak Malaysia tu..bermain dengan semangat yang hebat. Walau mama tak ambil port tentang bola sepak ni, tapi mama melihat betapa bersemangatnya hb dan anak-anak bersorak riuh dalam rumah malam tu.

Good Bye dan hello 2011

Kenangan yang banyak untuk 2011 dan diakhiri juga dengan kenangan yang seronok sangat. Kan mama mengajar English untuk satu kelas (1 kelas) saja tingkatan 3. Mengajar pula kelas hujung ..dan keputusan PMR Bahasa Inggeris mereka baru-baru ini baik sekali. Kata pengetua keputusan BI lah yang paling bagus peningkatannya..Kata penyelia tingkatan kepada mama tempuhari..'nak ucap tahniah banyak-banyak kepada kakak, kelas cikgulah yang membantu peningkatan sebab 3/4 lulus BI, walhal itu kelas yang di anggap lemah..dulu-dulu kelas macam ni tak masuk book!....................Terima kasih

Aduhai

Aduhai

'Saya mengajar mereka dengan kasih sayang..I teach them to love the English words..cewah.'

Terima kasih pelajarku..betulkan kata teacher, Rajin usaha kita berjaya..English yang kamu kata susah tu.. kamu dapat lulus dan mengharumkan peratus PMR sekolah dan melonjak peratus Bahasa Inggeris sekolah kita..

Wahai sahabat Blog..kita jumpa lagi pada tahun 2011..

Monday, December 6, 2010

majlis

Bila musim cuti begini..mama nadz ingin sempurnakan apa yang telah tertangguh. Baby Idris dilahirkan pra-matang dengan 1.6 kg sahaja, jadi banyak masanya adalah berada di hospital dibawah jagaan pakar kanak-kanak. Puteri mama(umi baby) begitu juga, berulang alik dan tinggal di hospital. Sekarang baby Idris telah berusia 2 bulan dan kelihatan segar dan sihat. Kelmarin mama adakan sedikit majlis cukur rambut baby.
Puteri mama yang berpantang macam mama juga dulu-dulu, bermandi herba setiap pagi dengan rebusan berupa daun-daun yang terdapat di persekiran daerah kampung -daun pisang kering, daun capa, daun kunyit, daun inai, daun kapur,daun pandan dan pelbagai lagi..wangi semerbak rumah mama setiap pagi bila rebusan itu mendidih. Kadangnya mama campur juga dengan bunga-bunga yang ada kat taman mama. Dan puteri mama mengikutnya tanpa banyak soal, berulamkan pegaga dan ulam2 lain untuk kesihatan dalam setiap hidangan. mama juga menjemput seorang wanita (bidan ) untuk menungku dan mengurut puteri selama beberapa hari dan juga memandikan puteri dihari ke 44 pantangnya..dan juga kelmarin untuk majlis cukur rambut baby Idris.
Daun keladi untuk diletakkan rambut baby yang telah dicukur.
Pinang, kapur dan gambir


sirih..(dipetik dari taman mama ni)


Baby Idris pada hari sabtu 4/12/2010
( .... Kak Zakie yang nak sangat melihat baby Idris....)



Kelmarin 5/12/2010..baby Idris dah tak ada rambut...
baby Idris hanya minum susu ibu dan cepat membesar..alhamdulillah..tidak banyak ragam dan kerenah walau dilahir pra-matang..Sekarang dah pandai senyum -senyum...




Thursday, September 23, 2010

Masih

Assallamualaikum,
Mama masih menunggu. belum pun jadi Datin.
Puteri masih di hospital, telah 2 minggu sejak malam Aidil Fitri.
Puteri mendapat penjagaan yang baik di Hospital Sultanah Bahiyah. Sentiasa di pantau doktor pakar. Saban hari mama dan yang lain-lainnya menziarahi puteri. Agak jauh dari rumah tapi semuanya, terlebih-lebih si adiknya, teruja sangat menanti orang baru..
Kasihan puteri..bertarak-tarak sakitnya..14 hari yang di lalui dalam seragam merah jambunya.
Semoga esok akan hadirlah..begitulah perancangan doktor..
Segalanya padamu ya Allah. Ku himpun doa untuk kesempurnaan segalanya.

Monday, September 6, 2010

meniti ramadan ke penghujungnya

Assallamualaikum,
Semuanya pantas berlalu. Sekejap saja Ramadan akan pergi, Syawal dah mula mengintai. Mama bagai berjalan di celah pepohon... terkadang senang meloloskan diri,terkadang mengeluh keletihan , ada kalanya maju bertapak dan adakalanya berhenti sejenak mendengar kicau burung....
Banyaknya kerja-kerja yang perlu dibereskan.
Pelajar STPM seni Visual mama sedang bertungkus lumus menyiapkan portfolio dan pengkaryaan dan waktu itulah mama dipanggil berkursus , Minggu selepas Hari raya kursus itu akan bersambung lagi..Risau mama dengan masa-masa genting ini.
Peperiksaan PMR pun tidak lama lagi..mama ada juga mengajar English untuk form 3 PMR ni..satu kelas jer tapi kesian sangat pada pelajar tu bila mama berkursus..tiba nya sekarang cuti Hari Raya. Banyak sebenarnya lagi yang perlu mama bersama mereka ...
Hari raya dah makin hampir, putera puteri mama bersms tentang persiapan raya...Dalam kesibukan ulang alik antara rumah dan tempat kerja..mama merindui masa-masa putera-puteri masih kecil, mama akan sibuk membawa mereka membeli baju raya.....Sekarang semua dah bekerjaya dan ada pendapatan sendiri, Apa yang mereka sebut, mereka yang mengadakannya..Alhamdulillah.
Fariq beberapa kali menanya tentang warna tudung yang mama mahu..Katanya nak beli untuk mama.. Mama cakap nak warna macam bunga-bunga yang berkembangan di laman kita
warna apa..
warna purple
tapi mama nak yang light purple..

Semuga hari Raya kita seceria warna-warna di laman rumah mama. Buat semua teman Blogger mama mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berhari raya..Maaf zahir batin.
Aidil Fitri yang mulia.
maaf di atas segala kekurangan dan kecetekan ilmu memaparkan cerita.
Buat semua yang sentiasa menziarah blog mama dan menitip rasa..
Cikgu Sonata, Rozali, Rosli, Ayah zain, Uncle, Pak Itam, Shami2, Ummi Humaira, Mama Ju, Q, Kakzakie, kak Nab, Penjejak Maya, Kamato, Ibu guru,PB. Cik Amy,Bapa dari srengege, Raduan, Norazlan, Tai Lim, komensen.
(hanya sempat menyebutnya di sini)
dan yang lain-lain juga.
Thank you very much




Terkadangnya dalam ceria seperti warna-warna itu ada juga yang kemasaman dalam kehidupan ini. Bagai masamnya buah binjai..tetapi masamnya ada kelebihan juga.
Hidup ini pun begitu, yang tiada indah, sebenarnya sebagai pedoman buat kita mencari sisipan yang tersalah, kekurangan adalah untuk kita mencari kelebihan .

Pekerja asrama memberi beberapa biji buah binjai ( setengah tempat menyebutnya buah kemang). Ada pelajar masih tak kenal buah binjai..puteri dan putera mama pun tak kenal buah binjai ini..Si bongsu Iskandar memberitahu mama..tembikai susu ka.....








Wednesday, August 11, 2010

Separuh hari di Kuala Lumpur- 10/8/2010


Sehari sebelum berpuasa, mama ke Kuala Lumpur, menemani Fatehah yang dipanggil temuduga. Maka bertolaklah mama selepas maghrib ke KL. Dah lama tidak sampai ketengah bandaraya ni, semuanya tidak mahir dengan jalan dan bangunan. Setiba diKL se awal pukul 3 pagi kami mencari bangunan HLA. Menggunakan perkhidmatan GPS pun agak lucu.Lebih kurang pukul 4.30 pagi , maka sampailah kami. Bila dah cam bangunannya maka kami mencari masjid pula, dan pengawal di situ memberitahu tentang masjid KLCC. Lalu pagi itu dapatlah kami solat subuh di masjid KLCC. Kata Fatehah,' Tak dapat kerja tu pun tak apa, yang penting dapat solat subuh di masjid KLCC! Begitu hebat.
Mama pun rasa begitu, siapa sangka sehari sebelum berpuasa dapat bersolat subuh berjamaah di masjid KLCC. Jemaah wanita hanya mama dan anak-anak. Tidak ramai jemaah pagi itu. Hanya satu saf saja jemaah lelaki dan Amin serta babah berada di situ. Amin pun amat seronok dapat solat subuh di masjid seindah itu.
Sambil menunggu Fateha menghadiri temuduga, mama dan anak-anak berjalan-jalan di persekitaran KLCC. Menghabiskan masa kerana lama benar temuduganya. Mungkin ramai .


Mama dapat lihat arca ikan ini di situ. kali akhir mama tengok arca ini semasa anak-anak masih kecil. Masa tu Amin ( anakanda yang bongsu) baru berusia 4 tahun..dan hari ini Amin dapat melihat semula arca ini setelah 20 tahun umurnya.



Mama tertarik dengan buah 'elephant apple'. Epal gajah ni lebat sangat. kalaulah boleh dimakan..sebenarnya buah ini boleh dimakan tetapi agak berbau.



Line in nature. mama sempat click akar pokok ini. Maka ada objektif. Pelajar-pelajar mama bersedialah. dengan gambar ni akan ada soalan untuk apresiasi . Aspek formal yang sangat baik untuk dihuraikan!



Pokok 'seralat'. Seronoknya melihat pokok ini tumbuh subur ditengah bandaraya ni. ..dekat KLCC pula. Kat kebun mama pun ada ditanam pokok ni. Buahnya harum dan sedap. Mama panggil pokok seralat..kat tempat lain tak tahulah.



menara berkembar sempat di intai di sini.




dalam masjid



Mewahnya lampu!cantik!




awal pagi masjid KLCC.



Melihat bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk pagi itu, mama tak dapat gambarkan bagaimana anak mama akan bekerja di sini..berbeza sungguh..dari kawasan dan daerah yang tenang di kampung. ...




Thursday, April 22, 2010

Puteri mama

minuman coklat untuk puteri
nasi daun pisang, udang masala dan ayam goreng

makanan puteri yang mengidam


baru nak letak kuah..



Anak-anak mama yang jauh,


Mama cuti hari ni dan kebetulan puteri ke 2 ada di rumah. Hari ni hari jadi puteri. Puteri mama ini akan jadi ibu hujung tahun ni. kata puteri beliau teringin nak makan nasi daun pisang..Alahai.. nasi daun pisang..masakan India pula yang diidamkannya.


Telah lama benar mama tak makan tengahari atau makan malam bersama keluarga kat luar, asyik makan kat dapur rumah ja, so hari ni sempena hari jadi puteri, maka mama bertiga orang pergilah ke bandar , cari nasi daun pisang kat Chennai restaurant.


Walau mama tak berapa berkenan makan makanan macam ni, demi puteri yang disayangi mama ikut jugalah. Sungguh seronok melihat puteri makan dengan berselera. Agaknya nanti akan ada mirip Shahrul Khan kot..itulah usik HB pada puteri. Puteriku, apa pun dugaan hidup ini tempuhilah, kerana Allah maha mengetahui dan sentiasa merahmati hidup kita umat manusia.


Dan cuti hari ni, di rumah kita ini mama banyak menghabiskan masa mengemas dan mencuci dapur kita yang mama sering tinggalkan. Terkadang mama terasa amat terkilan bekerja jauh dan tak dapat menjaga rumah kita ini sebaik-baiknya. Tapi mama tahu, 5 tahun lagi apabila mama bersara, mama akan ceriakan dapur dan rumah kita, insyaallah.

Mama rindu untuk berkebun, menjahit dan memasak sepenuhnya. Sekarang pun mama lakukan tapi asyik teringat kerja-kerja dengan pelajar.

Monday, December 21, 2009





Semalam menghantar putera mama yang ke 3 ke stesyen keretapi Gurun kerana beliau akan balik bekerja di Tanjong Malim setelah bercuti awal Muharram. Di stesyen keretapi Gurun, mama dan Elit terpaksa menunggu agak lama kerana , begitulah..keadaannya keretapi ini selalu lambat sikit tapi mama tahu ini adalah lumrah dan membantu kita memahami sabar. Terengar suara-suara rungutan di kalangan yang menunggu. Mama beritahu pada hati bukan buat apa pun untuk kita merungut kerana kita hanya menunggu saja.



Melihat stesyen keretapi ini mama teringat perjalanan mama dolu-dolu semasa menggunakan perkhidmatan keretapi sewaktu kursus perguruan di MPPM Melaka tahun 70 an dan semasa di ITM lewat 70 an. Keretapi hari ini begitu selesa berbanding tahun-tahun itu. Amat selesa dan bertuah anak ku. Kamu lahir di negara aman dan makmur.