Showing posts with label Resepi dan makanan. Show all posts
Showing posts with label Resepi dan makanan. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Memeriahkan dapur dengan pulut dakap pula

Pisang awak nipah yang diambil di kebun dah masak..apa nak masak ni... takkan asyik nak makan goreng pisang saja.. Nak masak pulut dakap!Dalam lemari kat dapur tu masih ada beras pulut susu...jadi rendam sejak pagi..petang kukus pulut tu dan campur santan( kena kukur lagi nyior..dah ada nyior buat apa nak gi beli )
Pergi lagi ke kebun ambil daun pisang..
Mama belah 4 setiap sebiji..kalau separuh besar sgt (teringat dulu-dulu aruah mak letak sebelah dan kekadang sebiji pisang)

Balut jer pisang tu dengan pulut..mcm lepat jadinya
so dakapkan..mama guna tali rapia..terlupa nak ambil tali kulit pisang....

Rebus..ada orang kukus..terpulang lah...macam mana pun boleh dimakan..pagi dan petang...


sementara menunggu pulut dakap itu di rebus..mama buat N3 ni...
esok boleh juga bawa ke sekolah..ada LDP..nak bagi adik-adik cikgu tu rasa..kerana ada sorang tu katanya kat tempat dia tak ada pulut dakap..
Anak bongsu mama pernah tanya..'Siapakah pencipta pulut dakap ni'...........kalau telefon ada pencipta agak-agaknya makanan camgini pun kena tahu pencita atau pereka nya..carilah awak..entah-entah moyang kamu..

Wednesday, January 19, 2011

Lepat ubi kayu

waktu petang...
Dah ada ubi kayu.... buang kulitnya..basuh ..sagat/parut..rasa penat sagat..asyik nak termakan jari..cincang kecil terus blend....tapis dgn kain ..ninkan airnya...
cari nyoir sebiji..kukur..perah ambil santan..
gula melaka cairkan..tapis..campur sikit gula putih..kena banyak gula sebab ubi kayu ni jerap manis.
Babahnyer pergi kebun ambil daun pisang..buat unggun api..layur daun...
(dibawa balik juga dua mayang pisang awak)
puteri tolong potong daun kecil2 dan lap...
Mama nadz balut jer...jadilah lepat.35 biji penuh satu pengukus...kukus lah dekat2 satu jam juga..bukan untuk minum petang dah ..buat makan waktu malam..kira supperlah..
in the morning..bawa ke sekolah..bagi kat kawan-kawan rasa....sedapnya lepat ubi kayu ni kak nadz..hik hik hik..
juga 10 sikat pisang awak tu mama sedekahkan kat kawan-kawan di sekolah.."cikgu 2 kena peram 2, 3 hari pasni ..goreng..kalau rajin buat ler lepat pisang'..
Tak dan ler kak..goreng jer..lepat-lepat tak dan ler ..huh hu hu

balik sekolah masih ada 4 biji lagi lepat ubi ni..mama nadz makan lagi..nasib baik ada..semalam tak sempat ambil gambar yang dah masak!

Monday, December 27, 2010

jom masak

Sambil menyiram pokok bunga pagi ni, sambil menegur sapa jiran, jiran sebelah memberi 4 ekor ikan cencaru..(mereka ada boat laut dalam..nelayan)..rezeki pagi-pagi..dan mama cakaplah..best ni alhamdulillah..nak buat ikan sumbat daun kaduk...
Lalu..mama ke tepi rumah , petik daun-daun kaduk yang menghijau segar, lebih kurang ...

Sambil tu ambil sedikit daun cendehom (lupalah org selatan sebut apa daun ni)

yang baru nak tumbuh sendehom tu..


4,5 pokok daun pudina










Masuk ke dapur terus nak masak..biar awal sedikit
Ikan cencaru ni mama buang jacketnya kerana nak mudahkan masa makan..dibelah bahagian belakang dan disumbat dengan bahan-bahan seperti hirisan daun kaduk yang telah digaul dengan sambal (sambal mcm sambal belacan tapi diletakkan bawang merah)


mama kemaskannya dengan daun pandan, selalunya mama guna daun kunyit..hari ni mama nak tukar keharuman....mama guna kuali lama-lama untuk digoreng dengan api perlahan dan sedikit saja minyak..


wangi, dan sedap...
ikan yang dimasak macam ni adalah kegemaran kesemua anak-anak..mahu diratah-ratah..




buatlah pula asam pedas kedah..biasa-biasa macam selalu


buat kan teh..campurkan helaian daun pudina...




Cuti sekolah dah pun nak berlalu..dah pelbagai kerja dilakukan musim cuti ni..yang seronok tentulah anak yang bercuti, dapat makan pelbagai makanan yang mama suka sediakan dari tumbuhan yang ada kat laman atau dari kebun atau juga dari kawasan persekitaran..dan mereka suka menu-menu yang macam ni..sesekali adalah anak yang bongsu minta mama buatkan spagheti

Thursday, September 30, 2010

Kerabu Serai

Assallamualaikum,
Hari ni sekolah mama dan PIBG telah mengadakan majlis Bacaan Yasin Perdana untuk pelajar PMR, SPM dan STPM. Sebenarnya setiap tahun akan diadakan majlis yang serupa di masjid-masjid sekitar kawasan yang berdekatan sekolah. Tahun ini di adakan di masjid yang agak dekat juga walau terpaksa masuk ke dalam kampung sedikit. Sememangnya sekolah mama ni persekitarannya kampung-kampung. Hubungan guru-guru dan ibu bapa amat baik dan waris-waris ini amat membantu lebih-lebih lagi dalam penyediaan jamuan makan.
Apa yang ingin mama nak cerita ialah..tentang menu jamuan makan tengahari..tentang sedapnya kerabu serai yang disediakan oleh orang kampung situ. Kerabu serai ini tuan2 dan puan2, amat istimewa, bagi mama rasanya saling melengkapi citarasa dan aroma! Ini adalah kali kedua mama merasa dan makan kerabu serai. Kali pertama sewaktu Mesyuarat Agung PIBG, waris-waris ini menyediakan salah satunya Kerabu Serai. Masa kali pertama makan tu..mama rasa macam nak ratah sepiring.... lamanya tunggu hingga hari ni baru dapat rasa semula.
Mama baru setahun bekerja di sini jadi taklah pernah tahu bahawa Serai bila dijadikan Kerabu sedapnya sebegitu!

Hari ni mama telah berbual dengan ibu-ibu yang hadir (Ramai waris yang hadir!) mama sempat bertanya tentang resepi Kerabu Serai...maka suatu hari mama akan cuba walau kata ibu tadi 'ini adalah resepi generasi ke generasi..orang2 lama saja yang dapat menyediakan sesedap ini" selain Kerabu serai , ada lagi masakan lain..(PIBG tumbang lembu se ekor untuk majlis ni) ada gulai daging dgn ubi, daging masak rempah(mama tak tahu nak sebut apa menu yang daging lagi satu), kerabu taugeh dengan pisang muda...bercakap mengenai kerabu taugeh..ini pun special juga..tak pernah lagi mama makan pisang muda mentah dihiris nipis dan digaul dengan kerabu taugeh..SEDAP! mereka guna pisang padang (kat tempat lain tak tahu panggil pisang apa) Walaupun begitu kerabu taugeh pisang ni mama tak berapa berkenan sebab mereka taruk perut..(mama tak lalu dengan daging perut)jenis-jenis bahagian dalaman mama tak makan.
Pelajar dibawa dengan bas ke masjid ..
masakan daging..(tak tahu nama menu ni apa)

gulai daging..
kerabu taugeh+pisang muda

Ramai yang minat kerabu ni..tapi bukan mama

Kerabu Serai
Siapa yang pernah merasanya pasti tahu sedapnya kerabu ni..

menu jamuan..gulai daging
antara guru dan ibubapa
pelajar-pelajar dan waris yang hadir

waktu jamuan tengahari
Balik dari majlis ini, mama ke sekolah semula untuk menyambung membimbing pelajar dengan kerja-kerja pengkaryaan mereka yang hampir siap. Mereka perlu menghantar folio n pengkaryaan pada mid-oktober. Sebenarnya mama missed class dengan mereka 12 hari, kerana mama berkursus di IPG. Itulah mama membayar balik masa-masa yang mama tinggalkan mereka . Pukul 4.30 petang barulah mama memandu pulang..jauh nak balik kurang lebih 100KM..tapi sempat lagi singgah ke hospital Sultanah Bahiyah menjenguk putri dan baby yang masih dibawah pengawasan doktor. Baby pramatang perlu dijaga rapi, dan Alhamdulillah kedua-duanya sihat. Kesian putri..dalam dakapan mama tadi, mama tahu putri mama amat tabah walau tanpa suami di sisi.
Masa berlalu cepat..