Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

jalan-jalan lagi

Hari ni sabtu, mama, babah dan anak-anak pergi lagi ke Padang Besar. Fariq yang balik bercuti mahu beli jersey lagi. Banyak katanya, jersey yang dipesan kekawannya di proton. Maklumlah mereka pekerja proton dapat bonus 3 bulan gaji..(bonus cikgu seperti mamanya ini bila agaknya akan dapat..) lalu kami pun bertolak dari rumah di kaki gunung ini sudah agak tengahari. Seronok mereka adik beradik bergurau senda sepanjang perjalanan. adik-adik semua teruja tentang kakaknya yang akan mendapat baby tidak lama lagi. Mama dan babah hanya melihat telatah mereka..walau sudah besar panjang tapi masih manja dengan mama dan abah. Melalui perjalanan yang cantik menghampiri negeri Perlis..cuaca agak mendung.. dan landskap agak kelabu..tapi cantiklah. Anak-anak sempat berhenti untuk bergaya..mama dan babah jadi photographer



Sampai saja di Padang Besar, mereka nak makan pulut durian..















Fariq, Iskandar mengabiskan masa di kedai jersey ini. mama juga masuk dan hanya melihat. kedai ni berhawa dingin..kalau kedai-kedai yang lain agak panas ... inilah yang mama tak suka tentang arked kat sini panas , tak selesa....

Faten dan Fateha tawaf kedai membeli baju. Agak banyak juga yang dibeli..mama dah upload gambar-gambarnya tapi tak diload pun kat sini..



hari ni tersangatlah ramai , berpuluh-puluh bas rombongan.












Masa balik kami singgah lagi kat ladang tebu ni..cantik , nyaman..luas sungguh..cuaca pun tenang..dan kami pun senang..anak-anak ni lagilah berposing.... macam budak-budak kecik..












Luasnya ladang tebu..tapi gula mahal juga...


















waktu balik, kami singgah di Tandop kat lencongan Barat, di sini ada nasi lemak Malaysia..sedapnya boleh tahan. Yang sedap sambal sotongnya.
Mungkin popular dikalangan semua bangsa..sebab tu disebut nasi lemak Malaysia. betul..ada India, China dan Melayu yang makan..








Agak lewat petang balik ke rumah..dari jauh Gunung Jerai nampak berbalam...







Seronoknya tengok budak-budak kampung bermain bola..













Melalui jalan kampung yang dikelilingi suasana yang selesa..padi dah menguning...














Monday, May 24, 2010

rutin

Hari berlalu begitu cepat. Sekarang dah sampai peperiksaan Pertengahan Tahun.
Minggu ni.mama teramat sibuk.. bukan buat-buat sibuk.. pelajar periksa mid term. Jadi banyaklah kerja nak diuruskan.

Walaupun begitu, dalam ruang waktu sibuk pun mama dapat juga ke Danork (pekan selatan Thai dekat Bukit kayu Hitam), Tujuannya hanya nak membeli beberapa hiasan untuk landskap dewan baru sekolah. Kalau di sana..pokok tanaman memanglah tersangat banyak dan cantik... mama tengok Teko ni semasa makan tengahari. depa serve teh panas ( free)

Mama datang sini ke Danork cuma nak beli set water feature ni ja.

Ada pula sepasang burung kat situ...


Mama tak ada idea nak papar hari ni..cuma ini buat anak mama yang jauh untuk mengikuti rutin mama di sini.