Showing posts with label dalam perjalanan. Show all posts
Showing posts with label dalam perjalanan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Guangzhou,(Hong Kong dan China 5D6N) Part Akhir



Assallamualaikum semua,
Pengalaman melancong ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou memberi rasa bersyukur pada mama nadz..kerana rumah comel  mama atas tanah!  Di sana kebanyakkan  di awangan, iaitu apartment yang terkadangnya menjulang tinggi. Sangat padat .
salah satu yang sempat dirakam
Sebenarnya kali ni mama nadz ingin bersembang bab makanan apabila di sana. Mama ni jenis yang agak berkira@pilih-pilih makanan. Kalau tekak tak terima, mama tak boleh makan. Jadi bila jauh dari Malaysia ni, pasti mama bawa bekalan makanan. Mama bawa sambal kering, kacang goreng dan ikan bilis goreng, bila nak makan baru mama campur gaulkan. Juga mama bawa mee segera ( kot-kot lalu makan di sana). Kat rumah tak pernah makan pun jenis-jenis mee segera ni.


mama pack kecil-kecil  supaya senang dibawa dalam handbag.
bila di sana terasa sangatlah sedap, masin, masam, manisnya serta pedas!
masa pergi mekah tempuhari, mama nadz bawa macam ni juga..kalau bawa segedabak bungkus besar agak cerewet. dah tu berat..

Semua restoran yang kami kunjungi di sana adalah mengikut pakej itu. Jadi harapnya , tentunyalah semuanya halal . Kekadang timbul juga rasa was-was tapi, tawakal juga menyenduk nasi dan  sayur.
Ada juga masakan yang sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi di Shenzen. Ada sayur yang di saji dihiasi cili kering rangup-rangup yang besar.. (Bila balik ada cuba nak buat, kat Padang Besar hari tu ada terjumpa cili kering XXL tu), nanti kalau jadi di cuba akan mama buat N3.
Jom kita tengok makanan-makan di sana.
 maaflah gambar begitu saja, tak berapa kelear..(camera bukannya sama ngan Pak Itam)
                           
 Waktu di Hong Kong







    

setiap hidangan di beri  seteko teh..teh tawar..kalau habis boleh minta lagi seteko
       Bila jauh sikit dari Malaysia, jumpa jer rakyat Malaysia , banyak pula nak sembang


bergambar dengan madam, nyonya-nyonya dari Ipoh. Ramah betul . 

Sekianlah sahaja perjalanan 8 orang opah, nenek, mamatok, nani. tok oma, wan tok..seronok sangat kerana sebaya,   7 cikgu , dan yang paling berbekas, kami adalah  7 guru keluaran MPPM, Melaka. walau pun selepas maktab ada yang melanjutkan penimbaan ilmu dari universiti luar negara dan  tempatan.
nota sikit: yang hujung berbaju hijau bukan dibidang pendidikan  

Lepas ni kami dah janji..kalau ada rezeki menyongket lagi!

Wednesday, August 11, 2010

Separuh hari di Kuala Lumpur- 10/8/2010


Sehari sebelum berpuasa, mama ke Kuala Lumpur, menemani Fatehah yang dipanggil temuduga. Maka bertolaklah mama selepas maghrib ke KL. Dah lama tidak sampai ketengah bandaraya ni, semuanya tidak mahir dengan jalan dan bangunan. Setiba diKL se awal pukul 3 pagi kami mencari bangunan HLA. Menggunakan perkhidmatan GPS pun agak lucu.Lebih kurang pukul 4.30 pagi , maka sampailah kami. Bila dah cam bangunannya maka kami mencari masjid pula, dan pengawal di situ memberitahu tentang masjid KLCC. Lalu pagi itu dapatlah kami solat subuh di masjid KLCC. Kata Fatehah,' Tak dapat kerja tu pun tak apa, yang penting dapat solat subuh di masjid KLCC! Begitu hebat.
Mama pun rasa begitu, siapa sangka sehari sebelum berpuasa dapat bersolat subuh berjamaah di masjid KLCC. Jemaah wanita hanya mama dan anak-anak. Tidak ramai jemaah pagi itu. Hanya satu saf saja jemaah lelaki dan Amin serta babah berada di situ. Amin pun amat seronok dapat solat subuh di masjid seindah itu.
Sambil menunggu Fateha menghadiri temuduga, mama dan anak-anak berjalan-jalan di persekitaran KLCC. Menghabiskan masa kerana lama benar temuduganya. Mungkin ramai .


Mama dapat lihat arca ikan ini di situ. kali akhir mama tengok arca ini semasa anak-anak masih kecil. Masa tu Amin ( anakanda yang bongsu) baru berusia 4 tahun..dan hari ini Amin dapat melihat semula arca ini setelah 20 tahun umurnya.



Mama tertarik dengan buah 'elephant apple'. Epal gajah ni lebat sangat. kalaulah boleh dimakan..sebenarnya buah ini boleh dimakan tetapi agak berbau.



Line in nature. mama sempat click akar pokok ini. Maka ada objektif. Pelajar-pelajar mama bersedialah. dengan gambar ni akan ada soalan untuk apresiasi . Aspek formal yang sangat baik untuk dihuraikan!



Pokok 'seralat'. Seronoknya melihat pokok ini tumbuh subur ditengah bandaraya ni. ..dekat KLCC pula. Kat kebun mama pun ada ditanam pokok ni. Buahnya harum dan sedap. Mama panggil pokok seralat..kat tempat lain tak tahulah.



menara berkembar sempat di intai di sini.




dalam masjid



Mewahnya lampu!cantik!




awal pagi masjid KLCC.



Melihat bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk pagi itu, mama tak dapat gambarkan bagaimana anak mama akan bekerja di sini..berbeza sungguh..dari kawasan dan daerah yang tenang di kampung. ...




Saturday, July 3, 2010

Perth - Sepanjang Jalan Kenangan

Mama telah membeli arang/charcoal di sebuah Kedai di pusat membeli belah di Freemantle. kat tanah air ni pun ada tapi ada beberapa kedai alatulis yang mama pergi kat Alor Star, mama tak jumpa, lalu kesempatan ke Perth mama jenguk juga kedai work n crafts kat sini. dapatlah membelinya..sebab pelajar mama belum pernah merasai melakar/melukis dengan arang ni...
agak mahal lah kalau di convert ngan RM!!
Lepas ni akan berkarya lah budak-budak tu..mama juga...akan berexperimentasi dengan arang.. gambar bawah ni masa kat Changi ..click2 kereta yang di pamerkan..
Hari sebelum balik, mama round-round Perth jalan kaki, bershopping sikit-sikit, hari ni lah baru nampak ramai manusia kat jalan dan kedai.

nak ke Harbour Town... kalau signboard macam ni agak-agaknya kat Malaysia, ada ke yang akan pusing ke kiri...


Perihatin tentang kebersihan sehingga begini..plastik untuk ***-- pun disediakan. Agaknya kalau kat negara kita, mampukah kita melayani kerenah masyarakat. Taklah kita terpijak masa berjalan kat taman-taman..
Ingin berbaque..di sini tempatnya disediakan..kemudahan yang bagus dan pengunjung hanya perlu lapik dengan almunium foil..mudahkan..tak perlu unggun api..nak cari kayu lagi/arang tak perlu bawa..mudah

kawasan nyaman dan santai

senang lanskap macam ni, nak lukis perpektif mudah...tak ada figura..manalah orang-orang Freemantle ni..
Mama juga sempat Swan River Cruise


Bersih dan lengang
Jangan bimbang, kat Malaysia pun banyak bunga macam ni..kat taman rumah mama pun dah banyak species yang mama dah tanam

sejarah Perth di sini







Breakfast yang tak dapat dihabiskan..teringat nak makan nasi lemak waktu-waktu macam ni.




Dari tingkap Hotel Aarons waktu pagi


Koala bear ni masih lena..sememangnya species ni separuh hidup hanya untuk tidur...
warna bas ni sangat bagus..senang..memudahkan visual.
Ulang tayang..saat-saat yang sungguh diingati mama...



Mama pun sempat tengok World Cup

dari atas tren di Changi

Sebenarnya apabila kita ke tempat orang banyak perkara kita dapat kutip buat kita jadikan panduan dan idea. banyak sangat pengalaman itu di sana terutama tentang sikap masyarakat mengambil berat nilai kebersihan, sabar dan tepati masa.
Harapnya mama akan dapat berkunjung ke Perth lagi, adik-adik ipar sentiasa mengharapkan mama pergi lagi dengan putera-puteri.. dan sering mempelawa puteri mama ke sana untuk bekerja di premis mereka...akan difikirkan kerana :
Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang... akan pergi juga tapi bukan dalam masa terdekat.

Thursday, July 1, 2010

Perjalanan Pagi

Lebuhraya dan jalan-jalan kampung..berkongsi langit yang serupa indahnya..
warna warna bagai dipungut dari palette dan disapu selesa ke muka kanvas.

Satu pagi mama bertolak dari rumah di daerah ini ke tempat kerja di utara sana. Awal pagi itu mama dapat melihat keindahan langit. Mama sempat merakam situasi itu. Sambil memandu perlahan mama click-click mana yang sempat. Camera biasa-biasa saja dan walau gambar tak jelas mama paparkan juga, mama suka melihat bentuk awan pagi ini..bagai teknik impasto dalam catan.




sesekali macam karya Van Gogh dalam Starry Night..




Berulang saban minggu ..melalui daerah dan kawasan yang sama .melihat dan menikmati pusingan masa ...tapi mama tidak pernah jemu kerana alam sekeliling kita amat indah dikurnia Allah.
(Banyak sangat pula gambar-gambar yang berbaris dalam koleksi.. semuanya teringat untuk diabadikan ke atas kanvas..tapi mama sekarang sibuk sangat anak-anakku. Insyaallah pada cuti hujung tahun anak-anak mama akan pulang ke rumah ..semuga mama diberi kesempatan melukis dan mengecat keindahan yang telah dirakam dan dipinjam)