Showing posts with label surat buat anak-anak. Show all posts
Showing posts with label surat buat anak-anak. Show all posts

Friday, May 21, 2010

hamparan hijau.

Cepatnya masa bergerak, baru saja melihat bendang selesai dibajak, hari ni telah terbentang hamparan hijau. cepatnya pokok padi tumbuh. Sejuknya mata melihat kehijauan ini.
Mama memandu agak perlahan, merakam gambar dari dalam kereta dan komposisinya adalah apa yang dapat hanya. Mama amat suka warna hijau ini ...yang berada disekeliling mama semasa memandu. Kawasan sawah dan kampung-kampung. Saujana mata memandang. sawah hingga ke tepi laut Jalan di kawasan ini lurus dan sudah tentu tempat sebegini tidak banyak kereta.









Betapa mama bersyukur dengan keindahan alam. Mama berada di daerah yang jauh dari bising bingit kenderaan. Mama senang dan tenang memandu. Mencari rezeki di daerah lain dan pulang saban minggu menjenguk rumah yang setia menunggu dengan kewangian bunga kesidang, bunga kenanga, melur, tongkit, mawar dan TYT.
Bila pulang ke rumah amatlah terasa damai. Puteri ke-1 telah mulai terasa tendangan baby, mulai mengidam macam-macam..mama tidak lama lagi akan menimang ahli baru. Puteri ke-2 pula sibuk bercerita dengan peperiksaan Masters yang baru selesai..puteri ini becuk sedikit, dia amat berminat dengan kerja-kerja yang dilakukan di ofis dan setiapnya akan diceritakan pada mama.
Mama akur dengan ketabahannya, bekerja disiang hari dan memecut ke Universiti pula untuk part timenya. Bila di aju soal berumah tangga..akan dijawab nanti dulu..kita tunggu kelahiran anak menakan. Puteri ke-2 ini amat teruja menunggu kakaknya mendapat baby sulung. Akan berserilah rumah ini nanti..kerana telah lama pun sepi.
Putera bongsu pulang bercuti.......mama tersangat merindui putera bongsu ini. Iskandar yang akan membuat latihan praktikumnya dengan perkapalan ini membisik kepada mama..nak makan spageti...
hari ni mama nak masak spageti buat anakanda itu.. (mama nak makan nasi dengan ulam-ulam..) tak apalah untuk anak mama..kerana mama sentiasa menyayangi kamu semua. Dua orang Putera lagi yang berada jauh di sana ..mama sentiasa menunggu kepulangan kamu setiap cuti .

Saturday, May 8, 2010

Selamat hari IBU

SELAMAT HARI IBU
Anak-anakku,
Hari ini mama mengingati aruah emak mama (Atuk Eisha). Adakah anak-anak mama masih mengingati atuk? Dulu masa kamu masih kecil atuk selalu membelai kamu dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Atuk akan memarahi mama sekiranya mama meninggikan suara kepada kamu. Atuk telah tua ketika itu tapi masih menjahit sarung bantal dan tilam untuk menyambut kelahiran anak-anak mama ini. Betapa atuk menyimpan kain-kain perca untuk menjahit buaian kamu.
Mama kini amat merindui atuk .
Mama mengingatinya kerana mama banyak mewarisi sifat fizikal atuk itu.. berdarah kacukan Indian muslim dan Parsi, hanya mama satu-satunya mewarisi keseluruhan wajah mami itu. Bila mengingati atuk, mama selalu membayangkan kehidupan awal mama dikalangan wajah-wajah Indian muslim..amat indah dengan masakan India dan juga pakaian cara mereka.
Kini masa berlalu, mama telah lama meninggalkan kehidupan cara itu, mama mengadaptasi segalanya yang ada di daerah ini. Atuk dan Wan telah lama tiada..tapi kenangan terlalu banyak untuk mama ceritakan kepada anak-anak mama, kerana kamu tidak pernah diberitahu dengan meluas susur galur keluarga mama yang begitu istimewa.
Jangan lupa, selalulah berdoa untuk mereka yang telah tiada.

Friday, April 9, 2010

cerita buat adi

pegaga ..musim kemarau hari tu..nasib baik banyak lagi yang ada
mata itik

awak


Anak-anak mama yang jauh,
hari ni mama teringat nak makan ulam daun 'mata itik'. Dah lama tak makan kerana tak sempat balik ke rumah hujung minggu. Minggu ni ..hari Jumaat hari ni..bila mama balik ke rumah kita..siap mengemas rumah, sapu habuk sana sini, mama terasa nak makan ulam daun mata itik dan daun pegaga. Mama dan HB ke kebun kita kat tepi hutan di kaki gunung Jerai tu..cari daun ulam. Mama tengok kebun kita dah bersih, tak semak macam dulu-dulu lagi , pokok buluh madu dah subur tumbuh, pokok salat dah besar dan pokok pisang sungguh ramah ..banyaknya yang berbuah..mama balik dengan pelbagai ulam ... Hari ni mama, HB dan puteri akan makan tengahari -nasi ,ulam-ulam serta ...apa mama nak masak tengahari ni..lama dapur tak terusik..masak lemak daun ubi atau rebung madu masak gulai kuning.. mama berblog dulu sebelum masak. Jumpa lagi..banyak kerja yang perlu mama buat..rumah kita dah macam merajuk dah..