tumbuhan yang tumbuh sendiri di luar pagar..apabila berbunga nampak cantik juga 'purple' Morning glorybila ada kelapangan, beginilah, menaip dan membaca. Mencari pengetahuan kerana semasa remaja tiada ada semua benda-benda ni... menjengok blogger dan menambah idea..
Saturday, April 3, 2010
bunga liar
tumbuhan yang tumbuh sendiri di luar pagar..apabila berbunga nampak cantik juga 'purple' Morning glorysudut jiwa ini.
Lawatan mama ke Thailand tempuhari turun naik kapal terbang di Suvarnabhumi Airport (Bangkok) sebanyak 4 kali. Mama tak jemu melaluinya kerana passage way untuk keluar masuk menemukan mama dengan paparan karya seni yang 'very interesting. Mama mencari idea , kot boleh di imitasi di sekolah mama.. Media dan teknik yang tersendiri menonjol identiti negara Gajah.
Begitu juga di kawasan-kawasan tertentu , mama melihat arca-arca dibina mewakili seni Thailand tersendiri. Kalau arca subjeknya gajah, jangan dikira..serata ceruk ada bentuknya.
hatta jagung kering pun dibuat arca.( diPattaya)
Friday, April 2, 2010
Nampuron Tavieesin , Hotspring, Chiang Rai
Lawatan ke Chiang Mai tempuhari masih dalam ingatan. Dari Chiang Mai ke Chiang Rai mama dan ahli rombongan menaiki van dan dapat singgah di Nampuron Tavieesin . Di sini terdapat hotspring (pancutan airpanas}. Kalau airpanas yang keluar dari bumi, mama pernah mandi di airpanas Ulu Legong di Baling tetapi yang ini air panasnya memancut tinggi ke atas. Taman rekreasi yang dibangunkan dengan baik oleh Thailand sebagai tarikan pelancong. Di sini pelancong boleh lakukan natural spa sendiri..legalah kaki yang dah letih berjalan apabila berendam di dalam air yang panas-panas suam di situ. Di bahagian air panas yang menggelegak, terdapat wanita tempatan menjual telur ayam dan puyuh , kita boleh membeli dan merebusnya sendiri. Mama tertarik pada bakul comel yang berisi telur, kita boleh merendam telur itu sendiri ke dalam air panas atau membeli terus yang telah masak. Harganya 30 THB sahaja. mama tidak membeli telur puyuh, mama meminta untuk membeli raga-raga comel tu. wanita-wanita di situ senyum-senyum dan bercakap antara mereka..rasanya mereka berkata'orang beli telur, makcik ni nak beli raga..pelik betul". Raga-raga comel itu dijual juga kepada mama dengan harga 5 THB(lebih kurang 50 sen) Sekarang kat rumah, mama dah sangkutkan raga-raga tu kat porch sebagai sudut seni mama..mama nak letakkan pokok-pokok bunga kecil. Di sekitar kawasan hotspring ini terdapat gerai cenderamata. Sempat juga mama membeli 3 helai kain paro untuk puteri mama, cantik tenunan dan hiasan kain paro Thai ini. Terdapat gerai - gerai makanan juga di sini. Ada se buah gerai makanan Islam, dan kami sempat merasa roti canai yang sedap, tiada kuah kari cuma di cicah susu. Fariq memberitahu mama, "tak sangka di tempat macamni roti canainya best " Di sini mama sisipkan video comel yang anakanda Fariq sempat rakam, cara telur-telur direbus dan itulah mama sewaktu membeli raga-raga comel bersama Cikgu Norma dan memilih raga telur puyuh.
untuk maklumat yang lebih terperinci layarilah websites ni.http://blog.tourismthailand.org/EugeneTang/?p=4935
Thursday, April 1, 2010
Menam Chao Phraya ..
Subscribe to:
Posts (Atom)
