Monday, December 21, 2009


UUM universiti yang dikelilingi kehijauan. Mama menemani puteri mama mendaftar pengajian Masters nya hari ini. Melihat layanan mesra semua kakitangan, mama tahu ini lah kesopanan dan kesusilaan yang berjaya diterapkan di kalangan pegawai-pegawai di sini. Dari pengawal keselamatan hingga staff yang bertugas, urusan menjadi mudah, cepat tetapi tenang. Semasa menunggu puteri, mama sempat berbual dengan seorang pelajar Masters dari Negara Somalia, oh bagusnya beliau kerana dapat bertutur beberapa ayat bahasa Melayu. Walau keseluruhan perbualan kami dalam bahasa Inggeris tetapi beliau cuba menyebut ayat Bahasa buat mama memperbetulkan. Beliau bertanya kenapa di Kuala Lumpur lain sebutannya dan bahasa Melayu di Utara ini berbeza sebutan. Oh! kata mama ..kalau perkataan makan saja dah berbeza apatah lagi sebutan perkataan lain. Kata mama pada nya..sudah makan..dah makan..dah makang, udah make..ohhh Dia berkata dia perlu lama lagi mempelajari bahasa di Negara Malaysia! Have a wonderful study in my beloved country!

No comments:

Post a Comment