Sunday, February 28, 2010

Doa buat putriku

se orang kawan pernah memberitahu rakan setugas termasuk mama semasa duduk-duduk di ruang rehat bahawa dia mencari calon menantu, mencari seorang gadis untuk anak terunanya..memberitahu perkara itu dalam cakapan yang berbahasa dan mesra. Kami merenung kesungguhan dia bertanya mungkin antara kami mengenali anak siapa atau sebagainya. Mama memahami hati seorang ibu, ingin mencari yang terbaik buat setiap anak. Kawan mama itu mempunyai anak yang begitu baik sekali. berjawatan, berwawasan dan melangkahi usia yang sepatutnya berumah tangga. menyerah kepada ibunya untuk memilih calon menantu. Maka kawan mama ini akan membisik bertanya di kalangan rakan setugas. Baginya senang sekiranya apabila ibu juga berpendidikan semestinya anak-anak begitu. Mama hanya tersenyum apabila kawan itu mengajukan pertanyaan sedemikian. Apa kuasa mama untuk ini. Entah kali ke berapa kawan-kawan bertanya persoalan begitu..bagaimana putri mama.. bagimana putri mama. Mama tidak pernah memberitahu jawapan kerana semua ini hak putri mama. Mak tidak berani masuk campur, mama takut putri mama akan berselisih pendapat. Walau di sudut hati mama, mama begitu kagum dengan situasi si anak teruna itu. seorang lelaki yang mencari calon isteri. telah berada dikedudukan yang amat selesa, mantap dari segi keewangan, baik agamanya, mama amat kepingin sebegitu buat putri mama yang satu ini. Mama dapat rasa kebahagian buat putri mama, alangkah beruntung putri mama sekiranya putri mama menuruti impian mama. Tapi apa pun mama tidak mahu bercerita begitu kerana putri mama berprinsip berbeda dengan mama..Biarlah yang terbaik..walau apa pun. cuma dalam doa mama titipkan kesungguhan mama ini.

1 comment:

  1. salam nad,

    selamat berkenalan. terima kasih kerana ziarah blog kak nab.

    mudah2an nad akan mendapat calon menantu idaman tu. kak nab dah ada 2 menantu lelaki..pilihan anak2 sendiri, alhamdulillah..menantu2 tu baik budi bahasanya.

    ReplyDelete