Thursday, March 15, 2012

Pokok-pokok di halamanku

Assalamualaikum semua,
Agak lama mama Nadz tak berkunjung ke blog. Biasa lah sibuk juga, malas pun ada, dan umur pun kian meningkat..dan cucu mama Nadz pun mengambil ruang-ruang masa juga..sangat sayang dia..

Salam buat semua, sewangi bunga kerak nasi..harum yang menusuk aura kita..
Hari ni mama nak perkenalkan sejenis pokok yang ada kat halaman mama nadz ni. Pokok yang agak cantik, kalau banyak dan sangat senang pula nak jaganya...mama nadz panggil pokok janggut, tapi kalau ikut setengah orang sebut janggut Hantu (seramm!!), dan ada kata janggut Sulaiman..apa-apa pun janggut..mcm janggut professor serba tau dlm majallah gila-gila..
Mama Nadz asalnya dapat dari pemberian seorang jiran..sikit jer diberinya, tapi sekarang setelah 15 tahun lebih dah jadi banyak..segenap penjuru laman mama nadz gantung..bertindak bagai dinding dilaman..mama nadz gantung di kiri dan kanan dua-dua porch (tempat kereta biasa-biasa ja yang ditukang oleh babah)
Mudah..tak perlu pasu, tak perlu tanah..gantung kat kayu/dawai /atau kipas angin lama. Biarkan dibuai angin..kalau boleh biar kena hujan, dan sedikit teduh. kalau panas nanti akan nampak kering..kalau hujan , senang tak payah nak siram. Ada lebihan air basuh beras, rajin-rajinlah spray...mama Nadz sembur air setiap pagi dan petang.Mama nadz dapat satu petua apabila dah lama memiliki pokok ni..kita jangan senang-senang tarik janggutnya..cepat mati, kalau nak biakkannya atau nak bagi pada orang kita pungut yang jatuh-jatuh saja dan gantung pada bekas yang baru..cepat membiak! Setiap pagi mama nadz lihat banyak janggut-janggut tu jatuh ..dan yang itulah mama nadz kumpul dan buatkan rumah baru untuk nya..itu sebab dapat banyak..sekarang dah ada 50 lebih gantungan ni..
Kita jumpa lagi lain kali, banyak pokok lagi ni yang mama nadz nak habaq!

Nama saintifik tumbuhan di atas ialah Tillandsias Usneoides atau Spanish Moss


23 comments:

  1. Salam mama nadz,
    Lama tak bercerita. Sampai 50 pasu tanaman si janggut tu ye. Ada juga yang memanggil si janggut ini 'Janggut Nabi Sulaiman'. Ha, ha, Ada ada aje kan. Satu soalan, mengapa pokok kerak nasi saya segan berbunga?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama Nadz

    sejuk tangan mama ni...menjadi semua tanaman tu...

    ReplyDelete
  3. w/salam Hjh,

    Pokok janggut ni mudah sgt jaganya tu yg dibiak-biakkan..cuma kekadang burung curi diterbangkan untuk buat sarang.

    Itulah pokok kerak nasi/kesidang ni..ada yg malas berbunga. Hjh kena letak tempat panas, biar daun dan batangnya terdedah dengan panas..jangan biar tanah kering, kena siram dengan banyak waktu pagi. lagi satu kalau nampak daunnya menguning itu petanda akan berbunga..kalau daunnya menghijau segar sepanjang masa..tak berbunga..jgn lupa letak baju bunga sama..lagi meriah bunga.Cubalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cantik pokok janggut tu, tak perlu tanah kan...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Askm Mama Nadz, ya ka kalau daun pokik kerak nasi tu kuning dia nak bunga? Saya ingatkan daun nak kering sebab tua, jadi saya potong! Alamak... Dah Tigard tahun pokok tu, daun batang semua tengah panas.. Baja bunga dah letak... Tak juga bunga... :( apa lagi tip yang dapat membantu? Saya dah bercakap dengan pokok tu pun.!

      Delete
    4. Askm Mama Nadz, ya ka kalau daun pokik kerak nasi tu kuning dia nak bunga? Saya ingatkan daun nak kering sebab tua, jadi saya potong! Alamak... Dah Tigard tahun pokok tu, daun batang semua tengah panas.. Baja bunga dah letak... Tak juga bunga... :( apa lagi tip yang dapat membantu? Saya dah bercakap dengan pokok tu pun.!

      Delete
  4. w/salam En Rozali,

    Entahla sejuk ka panas tangan ni..sebab suka punya pasal..suka sembang ngan pokok heheh..siapa-siapa pun boleh menanamnya!

    ReplyDelete
  5. dah banyak pokok janggut tu...boleh buat nursery - boleh jual ni....kat rumah ni tak ada pokok2 ni - lain2 ade le - serah cik hubby je yg tukang jaga ! he3x

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu

    Maaf lama tak komen.
    Suka tgk bunga2 cikgu! Bunga kesidang tu msm2 nama kan, di selatan kerak nasi, ditgh utara lain dan di tgh lain, menarikkan.
    Saya teringin sgt janggut tu, dulu pernah ada, tapi mati, ada tgk kat kat nuersey tapi mahal!memang sgt cantik!

    ReplyDelete
  7. pokok ni banyak terdapat dipaya negeri new orleans..

    ReplyDelete
  8. w/salam En Kamato,
    pokok janggut tak perlu tanah..gantung2 gitu ja..tapi kena rajin siram dan biar dibuai angin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah pelihara pokok janggut hantu ni 5 tahun, tapi x mrimbun...apa petuanya ye? Frm Siss Daisy

      Delete
  9. Cikgu Sonata,
    ramai orang kata suruh buat nursery..ehe ehe..kalau buat nursery abislah pokok ni..nanti2lah, memang berminat pun dgn nursery,,tunggu pencen!(Jemputla mai Kedah..boleh ambik gantung kat Melaka)

    ReplyDelete
  10. w/salam Mama Ju,

    yerlah, ada kata kerak nasi, kesidang dan lain2 nama..apa-apa pun harumnya tetap sama..

    Macam mana nak bagi pokok ni kat mama Ju ..

    ReplyDelete
  11. Dean Anon,

    tak tahu pula saya bahawa terdapat banya di paya New orleans! terima kasih..salam kenal

    ReplyDelete
  12. mama nadz,

    Saya suka pokok janggut tu....kalau tak silap asal dari US, banyak di kawasan paya di State Of Florida kan ?

    ReplyDelete
  13. En Rosli..yerka..dari US pulak..tak tahulah mama..mungkin kot, seronok juga ada pokok dari US ni..tuan dia belum pun sampai sana..pokok dah ada keliling rumah..thanks

    ReplyDelete
  14. Masih ada ke pokok kerak nasi tu..cntik sgt

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Mama ju, dklntn mkcik sy kta nma tikam seladang.

    ReplyDelete
  17. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete