Tuesday, November 13, 2012

Nasi Daun Lemuni


Assallamualaikum,
Mama Nadz pagi  ni sediakan nasi daun lemuni untuk sarapan seisi keluarga. sementelah anakanda Fateha masih dalam pantang, apabila menyediakan nasi ini untuknya, mama Nadz masak lebih, jadi semua dapat menjamu selera. mama letak sedikit saja santan, kalau bukan untuk orang pantang, pastinya santan dilebihkan supaya sedikit lemak. Sejak beliau dalam pantang mama nadz sudah 2 kali menjamunya nasi yang berkhasiat ini. Daun ini juga digunakan untuk membalut tungkunya.sehari anakanda Fateha akan menungku 2 kali, Kami menggunakan batu sungai sebagai tungku, batu itu adalah batu turun temurun, emak mama Nadz pun guna batu menungku itu, mama Nadz pun dan kini anak-anak mama Nadz pula.
Banyak jenis-jenis daun yang digunakan untuk alas menungku selain daun lemuni. Fateha juga setiap pagi akan mandi dengan air rebusan daun-daun kayu, mungkin hingga 44 hari seperti kakaknya. bab itu babah akan cari dan rebus. Agak sibuk sekarang ni dalam rumah.
Semuga meeka akan sihat sejahtera dengan cara begitu.


daun lemuni, pucuknya mama Nads guna dalam nasi, yang lebih ni untuk balut batu tungku.
lauk orang pantang, ikan tenggiri masak lada hitam berasam.

nasi daun lemuni. sedap ni, makan panas-panas. Kami yang lain makan berlaukkan sambal udang..

udang ni mama Nadz beli petang kelmarin kat tepi laut, udang segar sekilo 35 hengget!

menghimbau kenangan dulu-dulu, apabila arwah bonda mama nadz sentiasa menjaga mama Nadz dengan rajin, kemas  dan punctual apabila mama Nadz bersalin. Nasi lemuni ini katanya akan 'hambat angin'  ..dulu arwah  menjamu mama Nadz  nasi sebegini dengan haruan dan ikan seludu bakar  . Mama nadz pun buat sebegitu kerana haruan sentiasa ada.   di rumah, ada orang tu setiap hari mengail kat belakang rumah buat isterinya...

Fatimah semakin berisi dan Idris kini semakin lasak, kedua-dua..cucunda mama nadz tu...

Salam. jumpa lagi

7 comments:

  1. Salam Nad,bagi mai resipi Nasi Lemuni ni kat Fad ..sebab pokok lemuni ada di rmh jiran...Dahan pokok lemuni ini boleh kita buat senduk kacau nasi selalu...baik untuk kesihatan kata arwah mak Fad dulu...Dulu pokok ni ada di rmh I tapi dah tebang sebab tak dak ruang nak buat dapur..so kena tanam balik la ya

    ReplyDelete
  2. w/salam.
    Fadz,
    Bahan A
    3 cawan beras, basuh2, tos
    5 ulas bawang merah(bawang kecik) mayang halus2
    1 in halia mayang halus2
    1 kulit kayu manis
    2,3 biji cengkih
    2 bunga lawang, sesudu kecil halba
    6-10 lada hitam
    sedikit garam
    santan ..boh la dalam seringgit santan..tapi(anak dlm pantang nad letak 1/2 cawan jer)
    ini
    3 gelas air
    Bahan A ni mcm kita buat nasi lemaklah..didihkan air dgn segala bahan tu..bila dah mendidih boh beras

    Bahan B
    4,5 tangkai pucuk lemuni (ambik daun2 muda ja..batangnya jangan)
    2 bawang putih
    3 bawang merah(bawang kecik)
    1 gelas air.

    Bahan B ni campur dan mesin dan masukkan terus dalam masakan nasi lemak di atas.masa nasi mendidih.
    call me if you hv to ask. hv a nice day there.

    ReplyDelete
  3. dah lama mak saya tak masakkan nasi ni.. sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. norh..sekali sekala kena makan juga nasi ni..banyak khasiatnya.

      Delete
  4. Assalamualaikum Mama

    yang bukan dalam pantang pun tumpang sekaki yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam Atuk, yang bukan dalam pantang yang pulun sakan..sebab mcm2 lauknya..apa pun sgt berkesan kerana khasiatnya...Atuk selalu makan ke?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete