Saturday, March 30, 2013

Jalan-jalan di Kucing , Sarawak - 4 hari 3 malam

Sempena cuti sekolah, mama nadz  berjalan-jalan ke Kucing. Inilah kali pertama sampai Kucing , walau menantu mama nadz orang Sarawak.(Cecilia orang Miri, belum sampai lagi kali ni..tunggu waktu lain pula)  Bersama Tok Wan, Idris dan uminya, Fatimah dan ibu ayahnya, serta jua keluarga adik mama Rosni. Sebelas orang begitu, naik Air Asia di Bayan lepas, Penang.

Sebenarnya pada mulanya hanya nak bagi pengalaman pada Idris naik kapal terbang, tapi semua nak ikut..so jadi mcm rombongan Cik Kiah lah pulak.


Idris dah ready nak naik kapal terbang

Dia melambai-lambai bila nampak kapal terbang mcm dia sorang yang nak naik

huru hara atas kapal..tak duduk diam

berkawad ke sana sini  mengunjungi jiran tetangga!
 Tempat yang mama ingin ulangi ialah Pusat pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh. Semua pengunjung kena masuk ke dalam hutan hingga ke spot yang ditetapkan untuk melihat kehadiran orang Utan mendapatkan makanan. Semuanya kena berdiam diri, tidak boleh bising2 dan mengambil gambar dengan flash. sebab Idris suka berjalan-jalan dan rajin bercakap-cakap..uminya  membawa Idris keluar. Lebih selesa untuk Idris kerana berada di situ dan menunggu  sangat jemu..


Ini kat Santubung..Damai resort

di Taman orkid yang berwarna warni




Fatimah juga sangat bagus..tidak meragam di sana.

Kalau ke Sarawak..mana boleh tak beli terubuk..

9 comments:

  1. Salam nadz,
    Ikan terubuk banyak tulang halus-halus, leceh... Tak minat kuih lapis Sarawak?

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... anakanda Idris dah segak macam tu sekali. Boleh tahan ligat dia kan mama. Kakak pulak yg senyum sendiri bila melihat gelagat dia travelling dgn keluarga. Mesti mama pun seronok. Fatimah pun boleh tahan juga cerdik tak meragam. Indah perjalanan kalau dgn keluarga kan mama...

    ReplyDelete
  3. lincahnya Idris... tak ada rasa takut ke mama?

    sy paling suka ikan masin terubuk sarawak ni...

    ReplyDelete
  4. Assalam,
    Jom mai Miri pulak. Bandaraya pelancongan. Kalau lapang boleh ke Brunei...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Maaf Nadz, 2 kali hantar komen yg sama....

    ReplyDelete
  7. salam kak nadz

    mcm mana saya kuching tak sampai lagi ni hehehe

    dah brp kali plan nak pegi tapi asyik tergendala je

    ReplyDelete
  8. wah...Nadz ke Sarawak ya..bnyk bawa balik barangan sana. Pi ke Sarekei ke tak?

    ReplyDelete
  9. bestnyer jadi k.nadz...bleh jalan merata..mesti dh byk tempat dh pi ni...tu la kan untungnya anak dh besaq ni..

    ReplyDelete