Monday, January 31, 2011

31/1/2011

hari akhir bulan Januari. Elok tersusun nombornya. 31.1.2011... 31012011..banyaknya nombor satu..Satu adalah nombor mula..kalau lari 100 meter nak juga jadi nombor 1..kalau kedudukan dalam kelas lagi la nak dapat no 1..sebab akan dapat naik ke atas pentas menerima hadiah!( Dalam dunia persekolahan mama nadz dulu-dulu banyak kali dapat nombor satu dalam kelas dan tingkatan..sekolah kat kampung saja...hingga tingkatan 5..masih dapat nombor satu. Sekolah kat daerah luar bandar di Kulim, Kedah.(jadi cikgu juga) Pagi ni mama ke sekolah agak awal..ingat nak jadi yang no 1..tandatangan kehadiran..... ada lagi rakan guru yang gelap-gelap buta dah sampai.... Lihat ..Keadaan masih gelap..sekolah mama mengajar ni di tepi ladang kelapa sawit..
mama pandang ke langit..burung-burung pun awal keluarnya..berterbangan di awan..


Banyaknya burung ni..bangau? camar? entahlah..mungkin burung hijrah...

Sebenarnya mama sangat suka dapat tiba awal ke sekolah..dapat bersedia minda juga dapat bersama pelajar -pelajar membaca Yassin di surau sekolah setiap pagi.....Alhamdulillah.

Friday, January 28, 2011

Timur datang lagi...

Tiba musim timur ni..kena rajin menjaga laman, kalau tidak menguninglah daun-daun. Pagi Jumaat (Kedah kan cuti hari ni)..mama kemas-kemaskan laman dengan aktiviti menyapu, mengutip bunga, menggunting, mencantas, membaja, membubuh tanah, mengubah dan mengalih pasu-pasu... Tiada warna hijau pun kat meja makan ni...jom..kita greenkan sikit...

Maka mama carilah 'teko' ni..sayang sangat mama kat teko ni..sebenarnya teko ini adalah hasil seni mama masa belajar dulu di studio kraf tembikar... Teko yang tersimpan ceruk dalam almari..mama keluarkan..isi air dan ..ambil serumpun kecil pokok lidah jin(setengah orang kata pokok lidah mak mentua!)..letak kat dalamnya..semuga tak layu..hias meja makan..




adalah nampak hijau to break the monotony of the dull colour...
Sekian..mama nadz nak masak pula...


Wednesday, January 26, 2011

sapaan buat kawan-kawan blog!

Pernah kawan-lawan melihat bunga ni?..mama tengok banyak berkembang kat tepi kantin sekolah, cantik warnanya dan telah berkembanga berhari-hari..cantik kalau di tanam kat pagar rumah, menjalar-jalar nanti..Apa namanya bunga ni..Bapak Srengenge mungkin tahu..
Mama nadz tak dapat kesan nama bunga ni...Husband cikgu Sonata ada tak tanam pokok ni?..
Lepas tengok bunga-bunga cantik tu, mama nadz pergi petik daun peria pantai..banyak, segar di taman sains..cadangnya nak masak sayur putih malam ni..
Daun peria pantai ni, kalau nak jadikan ulam-ulaman pun boleh.. tapi masak sayur putih (santan) lah yang paling sedap, dirampaikan dengan udang atau telur..kalau ada keledek pun ok juga.

sebesen mama nadz petik..Mungkin Rozali , kak zakie, mama ju atau Ummi Humaira pernah makan sayur ni... Kak Nora mcm mana, kat sana ada ka pokok peria pantai..sedap ni..
Cik hidayu dan Cik Amy..agak-agaknya pernah makan ka?
Siap dibasuh dan hanya nak tunggu di masak..gambar sayur putih belum ada lagi.. Pak Itam , Rosli dan AZ mungkin pernah rasa sayur ni/
Kat sarawak ada tak cikgu Mohamad? Kalau Uncle mungkin pernah makan sebab dok balik Aloq Staq...
Yang pasti pernah makan sayur ni Cik gu Fadz dari Impian Murni atau Datin Fauziah'kak G'..
Labu ni pula nak buat puding..nanti lah dah siap mama buat postings.. W/salam



Saturday, January 22, 2011

Dodoi mu adalah angin bayu.....

Cucu mama nadz dah berusia 4 bulan..bahagia melihatnya membesar..dari bayi pra-matang seberat 1.6 KG, sekarang baby Idris telah mencapai berat hampir 6 KG..Alhamdulillah.





Kelmarin dari Seberang Jaya nak balik ke rumah, mama berhenti sekejap kat tol Sungai Dua untuk solat. cucu mamatok itu dibiar menyambung tidurnya di dalam surau..mama nadz dan uminya sembahyang di sisi Idris..lena sungguh..selesai solat mama dan umi sengaja berlama-lamaan..sebab Idris tengah lena dengan nyenyak..seronok dibuai angin dari laut dan sawah padi...dan kipas angin..