Sunday, February 3, 2013

5D6N Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou -1

Assallamualaikum..
He hehe  jumpa semula..
 6/11/2012 -11/12/2012...Dalam Cuti hujung tahun mama sempat melawat Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou. Bersama kawan-kawan semaktab MPPM, kami reunion lagi. sejak ada fb, kami dapat jejak semula kawan-kawan dan dari banyak negeri  dan berpakat untuk melancong!
Sebahagiannya telah bersama mama ke Korea tempuhari..Geng 8 orang grannies!.
Makanan atas MAS memang sedaplah.
aiskrimnya..



 Di Hong Kong  terdapat banyak sangat jambatan..lagi pun semuanya pulau-pulau..kata Mr  Ricky (tour guide) ada 126 islands.. Dia bercakap Bahasa Indon dan good English.

Kediaman penduduk sana...mama mencari-cari rumah atas tanah macam kat tempat mama..dah susah nak nampak kerana serata-rata adalah rumah bertingkat-tingkat mcm ni..mama tak biasalah macam ni..tak tahulah kalau kena tinggal di apartment macam ni..

melihat-lihat bandar Hong Kong.


 Hiasan di ruang lobby Hotel Riverside di HK



 Masjid Kowloon..Islam itu di merata ceruk..mengambil wuduk dalam dingin cuaca..
sajian pertama di HK..biryani..sedap.
melihat-lihat sepanjang perjalanan ke kampung nelayan...

kat belakang tu restoren yang terkenal..kampung Nelayan tu di kawasan sini juga..dan kami menaiki bot untuk melihat sekitanya..bila dah senja sampai sini..


 Di Madamme Tussauds dapatlah bergambar dengan orang-orang terkenal..patung yg dihasilkan sereal mungkin..satunya.Mama abadikan berdiri dengan Barrack Obama..ingatkan rendah beliau..rupanya tinggi!
Sajian malam yang enak..di HK pun kita dapat nikmati makanan Muslim yang bagus.(mama ada bawa bekal sambal bilis..nanti di Shenzen baru nak makan).
 Malam tu kami merayau-rayau kat pasar malam (macam  uptown) Mr Ricky sentiasa meminta kami berhati-hati dengan begtangan kerana banyak peragut/pencuri..lebih-lebih lagi passport kata, pegang kemas2 sentiasa di hadapan ibuk!  Sangat risau pulak kita..bila berjalan teraba-raba bag sentiasa. Di sini mama membeli beberapa FM..fridge magnets dan handbag .warna warni..dan beberapa HKD habis jua di sini.

Di Riverside hotel..pagi esoknya dalam laluan untuk sarapan, mama berminat sangat dengan beberapa takungan pokok selasih 
Hari ni dapatlah melihat Disneyland Hong Kong...dah seusia begini baru dapat melihat fantasy kanak-kanak..Tak apalah rezeki itu hadir jua...

Di Negara orang..apa kisahnya..8 opahs naik juga cawan pusing ni...



 
Di sini tiada tempat khas untuk solat..jadi kami meminta kebenaran untuk solat di kawasan lapang berbumbung..kawasan ini dalam renovation..Alhamdulillah..
berkenan mama melihat ikatan buluh ni..


mama berdiri atas tembok nak tengok perarakan ..Miskey Mouse n gang..

ramai pelancong...jadi pandai-pandailah..


 Kalau boleh semua yang ada di situ kami nak cuba...boat di sini pun kami naik..suka sangat..
kat kawasan sini ada keretapi gila..macam roller coaster..itu pun 8 grannies ni naik..kecut perut tapi sangat bergumbira..

Bagus lah dalam Its small World ni..cantik..indah..warna warni   t hasil seni..leka di dalam boat melihat dunia kecil..


Kami pulang apabila selesai pertunjukkan bunga api..kagum..inilah first time mama tengok bunga api seindah dan
semeriah itu...Lepas tu bersesak-sesak keluar..tapi tak apa cuaca dingin..tak terasa letih walau seharian di sini
.nanti mama sambung lagi perjalanan ke Shenzen....

7 comments:

  1. hehehe tak terbayang betapa seronoknya opah-opah ni bergumbira... lepas dendam la tu

    ReplyDelete
  2. yer ibuintan....bergumbira dan terlupa pula dgn usia..lepas tu semua sakit lutut dan lenguh2...Terima kasih dan salam ziarag.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mama

    aduoiiiiiii...tempat yg saya agan2kan
    mama dah sampai dulu...he he
    (ingat tak saya masa kat sana tu hari...he he)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam...
      Tak apa..lepas ni Atuk pergi pulak..syok sungguh di sana.

      Delete
  4. salam kak nadz

    memang org yg berumur masuk disneyland jadi kekanak riang ,macam kami jugak hahaha

    kami hari tu hanya transit je kat airport HK on the way to US dan semasa balik
    dah malas nak stopover kat HK kerana rindu nak balik golek2 kat rumah sendiri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Pak itam,..
      jauhnya US..bilalah rezeki saya dpt pijak kaki ke US ni..mungkin Pak Itam dapat buat perbandingan Disneyland America dgn ditempat lain..

      Delete
  5. seronoknya. sy paling jauh pun sabah je bonda.. hehe

    ReplyDelete