Thursday, February 21, 2013

Relaks petang=petang


tempat yang bernama Teroi ni ada dalam daerah mama nadz.  Kalau nak kerumah mama nads kena lalui tempat ni...kenapa dinamakan Teroi mama pun kurang pasti..nanti mama tanya orang2 kat sini bila-bilalah. Bukan apa..bila lalu kat sini, nampak ada bengkel cuci kereta...mudah di sini..kereta ummi idris ke, kereta Tok Wan ke, yg mamatok ka..datang ke sini saja..Lagi pun memberi semangat kat budak-budak kerja tu..

.memang hari tu berhajat nak cuci kereta sebab tersangat kotor dah..selalunya mama dengan bantuan depa2 lah basuh kereta ni  di rumah..  Dah lalu sini dan ada   ..langsung parking  kat sini..

Perhatian semua:  Ini kawasan kampung ja jadi begitulah pemandangannya..

Sangat suka menengok budak-budak ni buat kerja..Gembira saja sambil melakukan kerja..Entahlah siapa boss , siapa pekerja.

yang si comel nakal ni apa lagi..peluang mengatur langkah menjadi haruan semula..Dia suka meneroka, melihat dan mencuba kesana sini.


bermain seperti di taman permainan. Jenuh ummi mengejar ke sana sini..
Tak apa..Ummi cikgu P/  Jasmani..dah biasa dengan larian serta kejar mengejar!
                                                      




Idris pun nak membantu..tak boleh lihat ayaq..

 Ummi Idris pernah mengajar  budak-budak remaja ni semasa di tingkatan bawah..Walau ummi Idris dah tak mengajar di sekolah mereka, mereka masih menegur dan sangat suka bersembang sambil melayani kerenah Idris.

Lepas kereta dah bersih..
jom singgah pula kat gerai makan berdekatan...
Walau di kampung...jauh tersangat dari kota besar tapi..boleh order semua menu ni..



   
aiskrim untuk Idris..tetapi sesudu jer dia makan..besar ke nak main..
Chicken Chop..pinggan mama nadz...besar sgt ayamnya..tak terhabis

 Ini nasi goreng ayam rendang..sedapnya kata Tok  Wan
 sebenarnya sangat jarang mama nadz makan diluar..tetapi sesekali kalau kena dengan keadaan  bolehlah juga..
Bagai hari begitu indah dan tenang dapat bersantai makan-makan berlatarbelakang Gunung Jerai  (tak der gambar sebab tak ambil).

               



2 comments:

  1. Unik betul nama tpt nie teroi kan..kalau kat sini teroi tuh petola..heheh

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Masa mama nadz mula sampai sini pun rasa Unik..teringat perkataan Troy dlm sejarah Eropah...
    Bila dah lama bermastatutin di sini..dah ok cuma org sini sebut teqoi,,pelat Kedah

    ReplyDelete