Friday, February 15, 2013

Guangzhou (5D6N)Hong Kong, Shenzen, Guangzhou) -3

Selepas 2 hari semalam di Shenzen, para grannies ni pergi pulak ke Guangzhou. Mama nadz tak mahulah bercerita tentang bandar ni..Kita boleh google :             http://en.wikipedia.org/wiki/Guangzhou kalau nak tahu lebih lanjut tentang Guangzhou (Chinese广州Mandarin pronunciation: [kwɑ̀ŋʈʂóʊ̯];

Kata orang , di sini syurga membeli belah, betul kah.? Mungkin betul untuk setengah orang dan mungkin tidak untuk kami ni termasuk mama nadz sebab kami bukan orang otak business. Yang nak berniaga bolehlah ke Guangzhou kerana banyak barang2 dijual secara pukal,..kalau beli sekeping atau satu tak ada murahnya.

Walau bagaimana pun dalam cuaca dingin dan indah di sini, seronok juga bersiar2 dan melihat-lihat.  Mama nadz suka melihat bentuk  bangunan disini.
Yerlah dulu masa Form 1 hingga Form 5 , selalu tulis dalam kad 001 dak jadi Architect!  Masuk jugaklah School of Architecture, Planning and Surveying kat ITM tapi bukan buat Architect .tapi.ambil dip in Interior Design..ntah pasai apa pulak tataulah...itu pun tak kesampaian dlm kerjaya..last2 jadi cikgu..Alhamdulillah..      Cikgu Seni Visual.. (Tak apalah ada anak lelaki tu akan jadi Arkitek sorang..menyambung cita-cita mamanya...)


 
 Kata tour guide nama tempat ni 'kembang bunga', kami pun tak faham bunga apa yang kembang...tapi adalah juga bunga-bunga sikit kat sini..tapi tak ambil gambar pulak

 
 Bangunan yang dapat dilihat disini agak menarik. Satu tu macam kat Dubai, dan yang lagi satu nampak macam hardedges pulak.

4 out of 8 grannies..bangunan kat belakang tu jugak menarik
 
 yang 5 goats ini kat tempat lain. Punyanya teruk melangkah kaki ke atas untuk melihat kambing-kambing ni. macam tugu gitu , di sini banyak yang mencari rezeki dengan menjadi jurufoto..lepas ambil gambar , kenalah hulur Yuan yang ditetapkan masa nak turun..
 
 Ini rumah Kuno' gitulah kata tour guide. Taklah kuno sangat..
 Ini yang mama nadz geram tu. Masih ada orang menjual kulit/bulu binatang. Melihat ini sangat rasa kasihan, banyaknya harimau, musang/serigala dan lain-lain yang dibunuh untuk perniagaan. Lama-lama pupuslah harimau belang tu...
Satu yang menyebabkan kami gelak tak sudah-sudah beberapa hari..kat hotel Lido yang di Guangzhou tu,  dinding bilik airnya lutsinar. Habis macam mana nak guna. Yang kami ni semua agak out of date dengan kemajuan bilik air...ada yang padam lampu, ada yang kawan sebilik terpaksa dok kat luar..dan ada yang tutup ngan kain cadar..
........
..........
last-last 
baru jumpa cara nak tutupnya...
ada bidai rupanya...

16 comments:

  1. Banyaknya kulit rimau tu!!!! Dislike! Dislike! Dislike!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ,
      Mama Nadz pun sangat2 Dislike.........

      Delete
  2. Kami pun terperangkap dengan bilik air see through itu, Ha ha...bingung, bingung!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajah,
      Apa faedah nya yer buat see tru mcm tu..aduh bingung..jugak

      Delete
  3. ha ha saya yg baca pun tergelak, ada bidai, tutup dgn cadar..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Mycikgukita,
      Masa tu tak tahu apa nak buat ..gelabah..

      Delete
  4. Mama nadz,

    Bestlah dapat berjalan sama dengan rakan sebaya, mesti geng2 yang dah lama kenal....

    Guangzhou pun nampak moden sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosli,
      Guangzhou sangat maju..dah nak sama ngan Hong Kong dah..

      Delete
  5. Salam kenal Puan Nadz..
    Menariknya percutian puan di Guangzhou...
    ada rezeki ingin juga pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam..
      Salam kenal juga..
      Agak menarik Guangzhou..tapi cukuplah sekali..
      Semuga rezeki kita diberkati Allah dan dapat melihat bumi di sana sini..

      Delete
  6. Salam cikgu

    Indahnya...
    Mcmna dia boleh dpt byk stok bulu2 tu/ byk betul yg terkorban.
    Dia orang moden sgt konon, kan dah susah nak buang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam mama Ju,

      yer lah masa tu sgt kelam kabut..moden..modenn huhu

      Delete
  7. kulit hewan bulu kambing ciplak ngan pattern rimau dll tu...nampak sangat amat pendek n saiz kecil .awas rimau made in china tu yg murah pasti palsu . kalau spesis rimau china/siberia sebesar singa x mcm rimau malaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ka..palsu..kalau ciplak..Alhamdulillah..maka bukan binatang betul tak apalah...juallah berdozen pun tak marah haih depa..

      Delete
  8. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam..

      Saya sentiasa ziarah 'Komensen' , kerana banyak yang boleh dikutip sebagai pengalaman.

      Delete